Day 4

1.9K 90 7
                                    

Aku tersenyum-senyum mengingatkan keadaan semalam.

*Tump!*

"Hoi! Senyum-senyum. Ingat pakwelah tu!" Jerit Lidya sambil mengetuk meja aku.

"Eh eh, ni jangan suka-suka ketuk meja orang. Pihak sekolah dah baik-baik bagi keselesaan, boleh pula kau rosakkan."

"Elehhhh, tukar topik pulak dia. Haaa, ceritalah pasal pakwe kau tu. Hensem ke dia?"

"Busy-body pulak kau. Aku mana ada pakwe, dia tu kawan aku je."

"Oh kawan..friendzoned ~ hihihi."

"Dahlah malas nak cerita. Kau ni asyik bising aje."

"Alooo, merajuk pula dia. Tak nak kawan sudah. Huh!"

"Eh! Aku ke kau yang merajuk sekarang ni?"

"Ke situ pulak dah. Ala dahlah tu, iklan je lebih. Cepat cerita! Hah, siapa nama dia? Umur berapa?" Eleh, nak menggatallah tu.

"Nama dia Eddy, umur dia 20 lebih gitu..."

"HAAAH! 20 LEBIH?! GILALAH KAU!"

Aku menekup mulut Lidya yang celupar itu. Dasar budak tak guna. Satu kelas pandang kitorang tau tak.

"Shuuuuut. Kau tu yang gila! Yang kau jerit bagai nak rak tu kenapa? Buat malulah kau ni."

"Heeee, sorry. But hey, seriously? Twenty above? Lainlah kalau..."

"Eh eh, aku dah cakap kawan je kan? Kawan tak kira umur you know..."

"Eleh, papojolah. Hm, nama macam pernah dengar. Asal mana si Eddy tu?" Banyak soal pula minah ni.

"Eleh, dekat drama omputih kan ada nama cenggitu. Oh..ayah dia tu mat saleh kahwin dengan mak dia asal sini. So, kacukanlah."

Mata Lidya membulat. Tersenyum sehingga ke telinga nampak. Sukalah tu.

"OH. MY. GULA-GULA! Kacukan? Uish, orang yang lahir kacukan ni hensem-hensem tau! Untungnya kau dapat dia!!! The ship has sailed!" Apakah..? Eish, aku nak je sumbat stokin busuk dalam mulut dia ni tau!

"Hish! Dahlah! Berapa ratus kali aku nak cakap yang dia tu kawan SAHAJA. Faham!?" Kali ini aku serious dengan Lidya yang tak faham bahasa tu.

"Alaaaaa...sorilah tak sengaja. Aku ni jenis yang suka tengok orang bersuwit-suwit macam korang walaupun kawan. Forgive me, please..?" Lidya menghadiahkan muka 10 sen dekat aku. Aku bagi GST juga dekat budak ni kang baru tau.

"Fine. I forgive you. Now let's focus to our class, shall we?"

*****

"Lagi 3 hari je saya stay sini. Saya kena ikut girlfriend saya balik ke tempat dia." Eddy memecahkan kesunyian setelah 5 minit kami berada di taman.

Aku dapat rasakan perkara pelik akan berlaku. Tapi aku tak tahu apa dia.

"Oh...okay." Jawab aku dengan suara yang sedih.

"(Y/N), kenapa ni?"

"Tak ada pape."

"Apa yang awak paling minat dekat dunia ni? Macam dari segi permainan ke, artis ke, lagu ke, apa-apa jelah."

"Saya minat lagu dari...(R/N)."

"Oh, wah! Yeke? Saya pun minat orang/band yang sama juga! Semua lagu dia favourite saya. Dekat rumah, bilik saya penuh poster muka dia tau." Eddy ketawa kecil mengingatkan poster yang ada dekat bilik dia.

Tujuh Hari [C]Where stories live. Discover now