Day 5

1.7K 75 0
                                    

Sepanjang malam tadi, aku dan ibu bergelak ketawa tentang kisah Eddy sewaktu kecil dulu.

Tetapi hari ini, aku asyik batuk saja. Kali ini batuk menjadi semakin kuat dan teruk sampai terkeluar darah.

*****

"Good morning, mum!" Kata aku sambil turun ke tangga untuk sarapan pagi.

"Morning too, darling. Sinilah, I made something special for youuuuu." Balas ibu sambil menghulurkan pancakes yang sedap.

"Yum....delicious."

"Syrup?"

"Yes please!"

Ibu menuangkan syrup tersebut ke atas pancakes tadi. Wow, tengok cara dia mengalir tu. Fuhh, meleleh air liur dibuatnya.

"Dah, makan cepat. Nanti terlambat nak pergi sekolah." Kata ibu. Aku dengan 'cuba tidak gelojoh untuk makan' cuba untuk cepat sebelum terlambat.

{ KRINGGGGGG }

"Oh tengoklah tu, siapa lagi kalau bukan si anti-soSIAL tu kan?" Oh, tengoklah tu si budak yang minta perhatian.

"Ha'ahlah, betul cakap kau. Muka dia memang boleh dikatakan anti-soSIAL gila." Kata seorang budak perempuan sebelah dia. Yang seorang lagi ketawa mengekek-kekek.

"Hi, Zerina. Oh. Kau pun baru buat kawan ke?" Hmph, langsung, tak terkejut bila Zerina dah ada geng dia sendiri.

"Yes, I do. Do you JEALOUS? Oh gosh, we look so fabulous! Nak tahu tak? Tadi ada budak bola tegur kitorang! Am I right, girls?"

"Yeaa, diorang minta nombor telefon kitorang lagi tau..."

"Ish, bukan tu je. Dia minta ID WeChat lagi. Ruginya kalau kau tak berkawan dengan kitorang (Y/N)."

"Err. Maaf. Aku tak berminat langsung nak berkawan dengan korang sebab aku pun dah ada kawan." Jawab aku sambil tunjuk Lidya yang sedang datang ke arah aku.

"Hi (Y/N)! Oh..hi Zerina. Tak sangka kau dah ada kawan?" Tanya Lidya dengan mulut dia yang pedas tu.

"Eh eh eh, don't judge to easily. Diorang ni dah lama jadi kawan akulah! Sejak bulan pertama tahun ni." Balas Zerina dengan muka gelisah.

"Oh yeke? Siapa nama yang sebelah kiri kau tu?" Tanya aku pula. Saja ingin mencabar dia, nak tengok reaksi dia macam mana.

"Hoho kacang je. Nama dia Dania. Betulkan?" Jawab Zerina dengan muka confident beb.

"Eh, akulah Dania! Itu Hani." Kata Dania yang berdiri di sebelah kanan Zerina.

"Huh, 'betulkan?' Aku tak rasa yang ingatan kau ni hilang sejak bulan pertama kau jumpa dia. Amirite?" Tanya aku kepada Zerina. Hehe, gotcha.

Zerina petik jari dia tiga kali.
"O-M-G hello! Mana ada aku boleh lupa nama diorang ni. Aku sengaja je nak perdayakan kau supaya kau percaya cakap aku."

"Zerina, aku tak rasa yang kau sengaja nak perdayakan (Y/N) kan? Kau memang lupa nama kitorangkan? Sampai hati! Urgh, jom chow Dania. Tak ada mood nak berkawan dengan orang yang hilang ingatan ni!" Kata Hani sambil menarik tangan Dania untuk bawa dia pergi jauh dari Zerina.

"Hah...guys! Halaa.....! Apa ni! Ergh, I swear (Y/N), aku akan balas dendam kat kau!" Lalu Zerina terus pergi menghilangkan diri.

"Padan muka dia. Siapa suruh dia kacau kau? Kan dah kena. Hm, kau jangan percaya drama dia. You play the drama, you get the karma, tau?" Kata Lidya.

"Eleh itu aku taulah, wahai kawanku Lidya. Bertuah aku ada kau tau. Kalau tak...."

"Kalau tak mesti kau kena tenggelam dalam kepala hotak Zerina!"

Kami berdua ketawa terbahak-bahak.

*****

"Tak sangka awak dapat kawan yang backup awak tau! Awak beruntung dapat berkawan dengan dia. Jadi, awak kena hargai apa yang dia buat." Kata Eddy selepas mendengar cerita aku di sekolah tadi.

"Ya, saya makin rapat dengan Lidya sekarang ni. Mentang-mentang dia sorang je kawan saya. We might have been bestfriends for ever."

"Yehet. Saya pun berharap saya kawan macam tu." Kata-kata Eddy membuat aku risau.

"Eddy, sayakan ada? Lagipun girlfriend awak pun dah cukup untuk buat awak gembira."

"Ya, saya tau. Tapikan saya cuma ada dekat sini beberapa hari je lagi....mungkin betul cakap awak, girlfriend saya memang suka gembirakan saya. Saya pun lakukan benda yang sama. Maknanya, saya hargai dia sangat-sangat." Wow, tak sangka dia ni memang boyfriend material! Err, apakah..?

"Oh ya lagipun saya ada belikan novel ni untuk awak. Karya...."(random names)

"Woah! Macam mana awak tahu yang saya minat dia sangat-sangat?" Aku terkejut melihat Eddy membelikan aku novel yang penuh diminati oleh aku.

"Tadi saya pergi rumah awak kejap. Masa tu saya ingat awak dah balik. Tapi mak awak cakap yang awak ada kelas tambahan, jadi saya singgah sekejap. Lepas tu, saya ternampak satu novel ni dan saya tanya mak awak novel tu kepunyaan siapa. Dia jawab awak empunya novel tu dan ceritakan yang awak memang minat gila. Sebagai kawan, saya terfikir untuk belikan sesuatu sebelum saya pergi." Berbuih mulut Eddy menjelaskan semuanya.

"Hm, Eddy, tak perlulah bersusah-payah. Tapi nak buat macam mana, awak dah pun terbeli buku tu.. Thank you so much. I appreciate it."

"Aww, thanks. Eh, hari macam nak gelap. Biar saya hantar awak balik." Kemudian, Eddy tunduk dan bertanya kepada aku, "Nak dukung tak?"

What the...."Ha? Iyeke?"

"Yep, jom. Rileks bukannya saya nak culik awak pun."

"Oh, okay...." Ni mimpi ke apa ni?!

Tujuh Hari [C]Where stories live. Discover now