Kelam malam direnung. Inilah aktiviti yang sering dilakukan mereka sekiranya pulang ke rumah Puan Milah. Puan Milah hanyalah Tok angkat mereka. Mereka bertemu dengan Puan Milah pun masa selamatkan Puan Milah dari diragut. Nasiblah ada mereka kalau tak mungkin Puan Milah dah terlantar di atas katil hospital.
"Angel "panggil Michelle sambil menyiku perut Angel. Matanya masih menatap ciptaan Allah SWT di langit itu.
"hmmm kenapa? "soal Angel. Matanya juga tidak lari dari memandang ciptaan Allah SWT itu. Hatinya berasa tenang melihat taburan bintang di langit. Indah sekali gumam hati kecilnya
"kau happy? "ujar Michelle perlahan
"semestinya. Aku happy sangat. Kau pun boleh nampakkan"balasnya sekejap sekejap berhenti. Dia faham dengan soalan Michelle dan sebab itu dia boleh membalas dengan yakin.
"tak sabar nyaaaaaaaa"jerit Angel setelah mereka diam buat seketika. Badannya yang berbaring di atas pangkin itu diangkat. Begitu juga Michelle. Mereka sama sama berdiri dan pandang satu sama lain. Hanya mereka yang faham maksud pandangan itu
"esok dah start"wajah Angel dipandang
"tak sabar kan? "wajah Michelle juga dipandang. Mereka sama sama tersenyum
"tak sabar nak tengok reaksi diorang"sambung Michelle yang tersenyum hingga menampakkan giginya
"haah. Samalah"sokong Angel yang turut tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya
"pasti kelakar. Arghhhhh nak lompat lompat aku rasa"betullah dia memang terasa ingin melompat.
Tangan Michelle, Angel pegang dan mereka sama sama melompat. Hahahaha. Happy tahap gaban binti giler dah ni dan yaa gaban tu jantina dia perempuan. Selalu jumpa jantina lelaki je kann? Hari ini kita jumpa jantina perempuan. Hahahaha
"anak dara anak dara sekalian, dipersilakan masuk. Hari dah lewat malam nii. Apa nak jadilah kamu berdua ni, perangai tak berubah. Esok nak kena bangun awal. Cepat masuk"ujar Puan Milah. Kepala nya digeleng berulang kali. Sudah lali dengan perangai Aisha dan Aira yang tak tidur malam setiap hari pertama datang ke rumah dia
"aii aii Tok Mak.. Kami menurut perintah"balas Angel dan Michelle serentak. Bibir diukir senyuman manis. Puan Milah hanya menggelengkan kepala melihat telatah cucu cucu angkatnya itu. Nasib sayang . Kalau tak dah lama dihumban dalam sungai kecil di belakang rumah
"Aira, Aisha pergi kejutkan kawan kawan kamu cepat" suruh Puan Milah. Tangannya mengacau sup tom yam didalam periuk. Pagi pagi macam ni jarang ada selera tapi kalau makan benda masam masam, selera makan mudah naik (sis tak makan mende masam masam😁)
Tangan Angel yang ligat menyusun pinggan di lantai terhenti. Wajahnya dipalingkan kepada Michelle yang mengambil cawan di kabinet. Michelle yang menyengetkan kepalanya memandang Angel sambil tersenyum mengejek. Waktu yang dinanti nantikan tiba
"Aisha, Aira cepat. Ish budak budak ni nanti tak sempat nak sahur mulalah lapar"bebel Puan Milah. Tangan ligat menuang tom yam didalam mangkuk "Ya Allah budak budak ni, cepatttt"jeritnya sekali lagi. Dadanya digosok perlahan lahan. Sabar jela. Angel dan Michelle yang terkejut dengan jeritan Puan Milah terus berlari menaiki tangga menuju ke ruang tamu tempat tidur jejaka jejaka idaman gadis itu.
Bushhhh
"adoiiii, sakit kaki aku"jerit Adrian. Lantas dia memandang ke arah kakinya "kau ni buta ke haa? Mata letak dekat lutut. Nak tidur pun tak senang"tengking Adrian. Sakit hatinya tiba tiba ada benda berat jatuh dekat kaki dia. Dahlah tak boleh tidur sebab nyamuk. Ni baru nak terlelap ada pulak makhluk landing atas kaki. Siapa tak bengang
"sorry sorry tak perasan tadi"ujar Angel memohon maaf
"ahhh lantak kau lah. Tidur lagi bagus"matanya menjeling ke arah Angel. Tanpa mempedulikan Angel, terus kepalanya diletakkan ke atas bantal.
"siapa suruh kau tidur. Adrian bangun"marah Michelle. Tangannya menarik tangan Adrian dan yang ajaibnya Adrian tak marah lagi tapi menggedik pula
"alaaa Cherry. Nak tidurlah"ujar Adrian. Badannya dikeraskan.
"takde takde, bangunnnn sebelum Cherry marah"balas Michelle tanpa dia sedari. Dia turut membahasakan dirinya 'Cherry'. Adrian yang tersentak dengan panggilan Michelle itu terus segar bugar matanya. Dia terpana. Michelle yang turut tersedar dengan panggilan itu hanya buat macam tiada apa apa berlaku. Terus dia pergi menggerakkan abangnya. Yang ni pun liat jugak nak bangun ni. Gumam hatinya
Angel hanya memerhati dari tepi. Dirinya cemburu dengan keakraban Michelle dan Adrian dari dulu. Haish apa kau ni Angel. Kau tak patut fikirkan dia. Sekarang kau ada bodyguard yang seribu kali hensem dari si mangkuk ayun tu
"Ayyan,Ian,Airy,Danny,Izz,Joong Ki bangunn.. Palli oppa"panggilnya sambil menampar lembut pipi mereka. Serentak itu semua bangun. Dengan rambut serabut, mata terpejam, mulut menguap dan tangan menggosok mata tersangatlah comel. Senang hatinya melihat wajah mereka
"morning princess"sapa mereka serentak sambil tersenyum kecil. Aummm comel
"morning. Jum bangun kita makan "ajak Angel
"jum"balas mereka lalu berebut rebut ingin memimpin tangan Angel kecuali Danial. Sampai ditangga Angel melihat Michelle melangkah naik dengan bekas di tangan. Dirinya hanya memandang pelik. Apalah Michelle nak buat? Haish
"Michelle"bergema rumah dengan jeritan Michael. Tangannya mengelap muka dengan kain selimut. Sakit hatinya dengan Michelle. Cara elok ada tapi sibuk nak guna cara ni
"bangun aku kata. Ke kau nak lagi"ugut Michelle. Bekas berisi air disua ke arah abangnya. Acah ingin menyimbah macam tadi
"ahhh serabutlah kau"balas Michael. Lantas dia bangun dan turun tangga menuju ke dapur. Mulutnya masih membebel. Sebenarnya dia dah bangun saat Angel dimaki Adrian tapi dia saja buat tak tahu sebab sekejap sahaja Angel dimaki. Dengar Angel gerakkan lelaki lelaki korea membuatkan dirinya ingin digerak Angel juga namun hajatnya tak tercapai sebab Michelle. Dasar adik tak bagi kerjasama. Huhhh.. Nasib sayang
Cuba bayangkan tempat tidur jejaka idaman gadis ini lebih mewah btw lebih kurang macam ni yeee
YOU ARE READING
Suamiku Si Ustaz Nakal
RomanceAngela seorang gadis kacukan Korea-Malaysian. Sebelum dipindahkan ke Korea disebabkan kehendak keluarga , dia dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama Adrian. Iye , dia menyimpan dendAm terhadap Adrian. Seorang lelaki yang perasAn kacak sehingga...