Bab 27

2.7K 70 13
                                    

5 tahun Kemudian....

"Abang Uwais......"panggil Kanak Kanak perempuan ITU

"Iya Aishah, ada apa?"Tanya Uwais dan mengadap gadis cilik yang bernama Aishah itu.

"Abi suruh Aishah panggil abang ke ruang solat, katanya ada sesuatu yang ingin dibincangkan" ujar gadis cilik ITu dengan polos

Sejurus mendengar ujaran Aishah, lantas Uwais meletakkan Buku yang dibacanya di meja dan bangun pergi ke ruangan solat namun sempat lagi dia mengucapkan terima kasih kepada Aishah dan memberinya lolipop sebagai upah.

.....,...........

"Assalamualaikum ,"

"Waalaikumussalam, yaa Uwais kemari kamu , ada sesuatu yang abi mahu bincangkan"ujar lelaki separuh Abad ITU

"Itulah sebabnya ana datang kemari, katanya Aishah , Abi mahu bincangkan sesuatu. Apa yang abi mahu bincangkan?"soal Uwais dengan penuh tanda Tanya.

Wajah Lelaki separuh Abad itu kelihatan serba Salah. Apa yang beliau mahu tuturkan sebentar lagi membuatkan ramai hati yang terluka terutama sekali jejaka didepannya ini namun mahu tidak mahu dia terpaksa jua menuturkannya. Nafasnya kedengaran berat dihembus,

"ABI,," panggil Uwais lembut.
"Ada sesuatu yang mengganggu ka? Adakah ana mampu membantu ABI? Seandainya ana mampu, ana cuba Yaa" ujarnya sambil tersenyum

"Begini Uwais, sebetulnya serba salah abi ini namun tiada sesiapa yang mampu membantu abi kecuali Kamu..." Nafasnya dihela, Uwais hanya menunggu dengan sabar Dan menanti perkataan yang seterusnya keluar dari orang yang banyak berbakti itu

"Sahabat ABI, dia selalu membantu abi termasuk membesarkan tempat kita ini malah duit saluran yang Kita terima setiap Bulan merupakan dari dia juga. Sudah lama dia tidak kesini , Kali Terakhir 5 tahun lepas. Dan Baru baru ini dia muncul dan terdengar Kamu mengajar yang lain mengaji Jadi dia jumpa ABI Dan meminta dokumen tentang diri Kamu. Maafkan ABI kerana memberitahu asal usul Kamu kepada dia.. Tapi apa yang utamanya adalah, dia mahu kamu membantunya"

"Tidak mengapa ABI,, saya tidak Kesah jikalau asal usul saya diketahui orang luar tetapi apa yang harus ana lakukan untuk membantu dia?"

"Kamu dikehendaki membantu puterinya. Katanya wajah kamu serupa dengan sahabat puterinya . Mungkin dia ingin kamu jadi sahabat puterinya dan jaganya di sebuah Universiti ternama. Soal kemasukkan kamu nanti dia akan uruskan . Apakah kamu sanggup? Abi tak mahu memaksa"

"Izinkan saya masa untuk memikirkan soal ini yaa Abi"

"Baiklah kalau itu yang kamu mahu, setiap keputusan kamu abi hormati"

"Baiklah abi, ana pergi dulu yaa" kata Uwais dan meminta diri

Suamiku Si Ustaz Nakal Where stories live. Discover now