Pegawai Trafik Yang Tidak Makan Rasuah

524 29 5
                                    

Cuaca hari ini sangat baik. Panas sangat pun tidak, redup sangat pun tidak. Sederhana. Sebagai manusia yang mengamalkan cara hidup sederhana, saya amat menyukai cuaca sebegini. Rasa damai dan tenteram sekali sampai ke jiwa.

Oh, indahnya bumi Tuhan!

Tik! Tik! Tik!

Tepat saja jarum saat ke nombor 12. Saya terus menutup suis bekalan untuk komputer di meja. Sudah 12.45 tengah hari. Masa untuk makan demi kelansungan hidup kita sebagai manusia. Selepas separuh hari bekerja, ini adalah masa untuk kita mengecas kembali tenaga.

Apa? Kamu fikir telefon bimbit sahaja yang perlu dicas?

Walaupun saya begitu menyukai cuaca yang sederhana sebegini, saya tetap juga terlupa untuk berzikir sambil berjalan kaki menuju ke Gerai Mak Yam. Mungkin jika cuaca buruk seperti ribut petir baru saya reti nak berzikir. Tapi, masa itu nak ke Gerai Mak Yam bagaimana pula?

Oh, maafkan aku Tuhan!

Hari ini saya membuat sedikit kelainan daripada kebiasaan. Asyik lakukan perkara yang sama setiap hari pun bosa juga bukan? Jadi, saya terus ke dapur dan memesan air dengan Siti.

"Teh O ais limau satu – kurang manis – biji asing – ais jangan banyak sangat – nak straw kaler biru."

Siti kepal penumbuk dan acukan kepada saya.

Oh, garang wajahnya masih terserlah keayuan!

Saya balas dengan senyuman yang penuh tenang. Setenang cuaca hari ini. Lalu terus saja saya berjalan dan mencedok nasi.

Hari ini tidak ada udang galah. Kalau ada pun saya peduli apa. Udang galah tak patuh dijadikan makanan. Kalau saya menjadi Persiden organisasi terbabit, saya akan mewartakan Udang Galah sebagai haiwan lindungan. Sesiapa yang didapati menangkap Udang Galah akan dikenakan denda serta kompaun. Begitulah tegasnya saya perihal Udang Galah ini.

Nasib baik hari ini ada lauk rebung masak lemak. Saya cedok ke dalam pinggan dan ambil seekor ikan kerisi goreng. Rasanya sudah cukup lauk untuk hari ini. Bau rebung ini benar-benar membuatkan saya rasa seperti seekor Panda yang memakan buluh saban hari.

Oh, apa khabar Panda yang berharga juta-juta di Zoo Negara? Masih makan buluh atau sudah pandai makan rasuah?

Saya lihat sekeliling. Kebanyakan meja sudah dipenuhi dengan pelanggan. Ada sebuah meja yang lihat ada seorang saja lelaki duduk di situ. Dia berpakaian seragam nampak gayanya. Warna putih. Barangkali seorang polis trafik.

Ok juga kalau makan sambil berbual dengan polis trafik ni, fikir saya. Tanpa berlengah saya terus berjalan menuju ke arahnya.

"Ada orang di sini?"

Iya, kadangkala kita perlu bertanya sesuatu yang sudah kita ketahui agar tidak terlihat kurang ajar dan badigol.

"Takda, takda. Duduklah."

Polis trafik itu tersenyum mesra seperti cogan kata Mesra-Cepat-Betul.

"Eh, taklah bukan nak duduk di sini. Saja je tanya. Ingat saya teringin sangat ke nak duduk kat kerusi ni."

Saya cuba berjenaka dalam hati tanpa disedari saya tergelak kecil sewaktu menarik kerusi untuk duduk. Polis trafik itu memandang saya dengan sedikit kehairanan.

"Sorang je ke encik?"

Itu adalah salah satu cara untuk kita cover malu.

"Aah. Baru lepas ronda kawasan sini. Singgah makan dulu."

"Ooh. Selalu ke ronda kawasan sini?"

"Tengoklah. Kalau duti kena ronda sini, kenalah. Kalau tak, kat tempat lain lah."

Siri Bercakap Dengan KutuWhere stories live. Discover now