"Apa salah aku? Kenapa badut-badut tu nak bunuh aku?" Soal Sarah sendirian.Malam ini telah berubah menjadi malapetaka buat penduduk di Mayland.
Peluh mengalir seiringan dengan air matanya.Ketakutan yang tidak dapat diucap melalui kata-kata.
"Kalau aku tau jadi macam ni, aku tak akan bergaduh dengan mak.Biarlah mak nak marah aku seribu kali pun lepas ni, aku tak kesah.Aku nak mak aku selamat..Aku tak bermaksud nak sakitkan hati dia. Oh Tuhan, tolonglah, aku nak jumpa dia sekali lagi.Aku nak mintak ampun.Aku menyesal sangat-sangat," setitis air mata keinsafan merenangi pipinya yang kemerah-merahan.
Air matanya dikesat.Langkahnya berat meninggalkan tempat persembunyiannya. "Aku tak boleh bersembunyi di sini selamanya.Lambat-laun, badut-badut tu akan tau jugak."
Bayangan jambatan ditinggalkan di belakang.Matanya meliar melihat ke persekitaran.Pada waktu malam sebegini, apa-apa pun boleh berlaku.
PEAK-A-BOO!!
Kedengaran satu suara dari atas jambatan.Sarah perlahan-lahan menoleh ke belakang.
AAAHHHHHHHH!!!
Seorang badut berambut hijau berdiri di atas jambatan dalam cahaya yang samar-samar.Senyuman maut diberikan kepada Sarah.Gergaji berantainya diangkat setinggi-tingginya untuk menakutkan gadis itu.
YOU ARE READING
The Night Carnival
HorrorSarah, seorang gadis berumur 15 tahun yang baru sahaja berpindah ke sebuah pekan kecil disebabkan perceraian ibu bapanya.Ibunya, Maria cuba untuk memulakan kehidupan baharu setelah berpisah dengan suaminya. Pada mulanya, agak sukar bagi Sarah untuk...