Rasanya dah berjam-jam aku terperuk dalam kereta sempit ni.Penuh dengan barang, sampai aku rasa sesak nafas.
Sebenarnya, aku dan Maria (mak aku) akan berpindah ke Mayville.Ya, hanya kami berdua.Mak dan ayah dah bercerai bulan lepas.Tapi, aku masih belum tahu apa sebabnya.Ayah jarang balik rumah sejak kebelakangan ni.Aku betul-betul rindukan ayah yang dulu.
Tetapi, lelaki boleh berubah.Aku mula faham kenapa mak boleh ambil tindakan sebegini.Lelaki memang teruk dan tak boleh dipercayai.
Alamak,teringat balik kisah cinta aku.Alang-alang baik aku ceritakan.
Beberapa bulan lepas -ketika aku di gred sembilan - aku pernah bercinta dengan seorang yang sangat istimewa.Dia senior aku, seorang atlet.
Sebut sahaja nama 'Aaron Michael', satu sekolah menjerit - terutamanya perempuan gedik.Dia kapten pasukan ragbi di sekolah aku.Dia ada ramai peminat.Terutamnya aku.
Boleh dikatakan, dia lelaki yang paling aku minat dalam sekolah.Mata hazelnya yang memukau, tambah lagi dengan rambutnya yang perang keemasan, badannya yang tegap dan berotot.Lirikan matanya membuatkan setiap gadis tergoda.Auch, kalau diingat kembali, boleh jatuh cinta untuk kali kedua.
Aku ni boleh dikatakn cantik juga lah, sampaikan jejaka paling popular dalam sekolah pun boleh aku pikat.Sebelum kami bercinta, memang tak ramai yang kenal aku.Aku ni pendiam juga lah orangnya.
Tapi, selepas berita tentang hubungan kami berdua tersebar, Kaboom!! Macam letupan bom atom.Sehinggakan orang yang aku tak kenal pun boleh tahu segalanya tentang aku.Pelik betul..
Sejujurnya, memang seronok bercinta dengan pelajar popular ni.Lelaki semuanya segan dengan aku.Macam bercinta dengan putera raja pulak.Mereka tahu Aaron orang yang kuat cemburu.Sebab itu mereka tak berani datang dekat.Tapi, kesah apa aku dengan budak lelaki lain.Pergi la..
Yang paling menyakitkan hati, PEREMPUAN.Aku ni dah macam pengganas pula dalam sekolah tu.Tengok aku pun semacam je.Maaf, aku tak suka berkongsi.
Tetapi, segalanya berjalan dengan pantas.Sangat pantas.Keluarga Aaron tidak merestui hubungan kami berdua.Ayah dia memang tidak membenarkan perempuan macam aku ni berkawan dengan anak dia.Keluarga dia memang kaya.Boleh dikatakan dia yang paling kaya dalam sekolah.Kalau boleh, biarlah aku ni anak seorang pengurus syarikat atau pengurus bank.Tetapi, aku ni hanyalah seorang anak pekerja pejabat biasa.Tidak layak untuk berkawan dengan anak dia.
Aaron mintak supaya hubungan ini ditamatkan, atas alasan 'keluarga' konon.
Seminggu kemudian, kecoh satu sekolah apabila Aaron sedang hangat bercinta dengan Camelia, budak pertukaran sekolah yang sebaya dengan aku.Dia memang lebih cantik daripada aku, mungkin.Aah, malas aku hendak cerita panjang-panjang! Meluat aku.
"Kamu pasti kamu dah bawak semua barang-barang kamu?" Mak tiba-tiba mencelah.Baru nak feeling sikit.
"Mak, kita dah separuh jalan.Apa yang buatkan mak patah balik kalau saya kata saya tertinggal bantal peluk?" Jawabku sinis.Malas betul hendak melayan soalan bodoh pada masa macam ni.
"Mak tak akan patah balik atau belikan kamu yang baru," kata Puan Maria dengan nada yang tegas.Matanya memandang tepat ke arah jalan.Sekali-sekala dia menjeling ke cermin pandang belakang untuk memantau aku.Macam la aku boleh lari.
"Oh, sebab ni ke ayah tinggalkan mak? Mak langsung tak beri dia peluang." Kata-kata aku seolah-olah memerlinya.
"Sudah! Jangan cakap pasal lelaki tu lagi.Dia tak ada kena mengena dengan hidup kita, faham!" Berdengung telinga aku.Cakap perlahan-lahanlah.Macam la aku ni jauh sebatu.Aku kat belakang dia je.
"Mak langsung tak boleh nak uruskan keluarga.Tengoklah, baru cakap sikit dah nak melenting.Lebih baik saya tinggal dengan ayah, lagi bagus." Wajahku dipalingkan supaya tidak menghadap perempuan itu.
"Lebih baik kamu tarik balik kata-kata kamu tu.Kamu tahu tak dengan siapa kamu bercakap ni?!" Puan Maria memandang tajam aku pada cermin pandang belakang.
"Mak, saya dah 15 tahun.Cukup besar untuk suarakan pendapat saya." Kata-kataku terhenti.Ayat terakhir seolah-olah tidak berani untuk disuarakan. "Sebenarnya apa yang saya cakap tu betul.Cuma mak yang tak dapat nak terima hakikat, bukan?"
"Kalau kita berhenti nanti, siaplah kamu." Puan Maria memberi amaran kepada aku.
"Kenapa? Mak nak tampar saya, tamparlah.Sekarang pun boleh lah, perempuan!" Alamak, macam mana ayat macam tu boleh keluar daripada mulut aku? Memang tidak dinafikan.Aku memang pantang dicabar.
Puan Maria segera menolah ke belakang dengan pandangan menyinga. "Sini kamu!" Tangannya seperti hendak menampar aku.
"Mak, jaga-jaga!!" Kelihatan sebuah kereta putih bergerak laju ke arah kami.Kereta kami agak terpesong daripada laluan sepatutnya kerana mak tidak menumpukan sepenuh perhatian ke atas jalan.Stereng pun dia tak pegang tadi.
Sepantas kilat, Puan Maria menggapai sterengnya dan membelok ke kiri.Kemalangan dapat dielakkan.Mujurlah ada beg baju di sebelah aku.Kalau tidak, mungkin kepala aku dah terhantuk pada cermin kereta.Aku akan pakai tali pinggang keledar lepas ni.
"Kamu tak apa-apa?" Tanya Puan Maria kerisauan.
"Saya hampir mati tadi, mak boleh tanya 'kamu tak apa-apa'!" Jawabku seakan-akan menengking.
"Maaf." Jawab Puan Maria ringkas.Kami tak bercakap sepatah sehingga sampai ke rumah baharu kami.
YOU ARE READING
The Night Carnival
HorrorSarah, seorang gadis berumur 15 tahun yang baru sahaja berpindah ke sebuah pekan kecil disebabkan perceraian ibu bapanya.Ibunya, Maria cuba untuk memulakan kehidupan baharu setelah berpisah dengan suaminya. Pada mulanya, agak sukar bagi Sarah untuk...