Jumaat, 16 Mei 1983
Kami akhirnya sampai ke sebuah rumah teres setingkat di jalan Mapple yang bernombor 62.Mungkin mak sewa rumah ni.Dia tidak akan mampu untuk membeli rumah.Hmm..luar agak cantik, dalam tak tau lah.
Mak memakir kereta Ford Fiesta putihnya di hadapan rumah.Fuhh, penatnya.Lenguh punggung aku.Dah la sempit dengan barang-barang, tak pasang radio pulak tu.Bosan yang teramat.Dia kata radio boleh mengganggu tumpuan.Ya, dia memang tidak layak berada di atas jalan.
Aku harap pada masa akan datang, aku boleh muatkan radio di dalam poket dan dengar menggunakan sesuatu alat tanpa mengganggu orang lain.Kejap, itu satu idea yang baik.Aku patut masuk peraduan reka cipta.
Tapi, perlukah aku rosakkan suasana? It's 1980s, man.Semua orang bawa radio yang besar bersama mereka.Buat apa rasa segan?
"Kamu tak nak keluar ke, tuan puteri?" Kata Puan Maria yang berada di luar.
Aku membuka pintu sebelah kanan, seraya menendang beg pakaian ke luar.Aku terus menghala ke pintu hadapan rumah.Like a boss.
"Sarah, tolong mak angkat barang ni," pinta Puan Maria.
Heh, dia ingat aku apa? Kuli dia? Ingat aku tak boleh buka pintu yang berkunci.Aku ada..
Belum sempat hati aku menghabiskan kata-kata, mak menyampuk. "Sarah, klip rambut kamu mak dah simpan.Mak tahu kamu akan gunakannya."
What?! Damn! Macam mana dia tahu pasal klip rambut ni? Huh, terpaksa aku tolong.
"Nah, bawak baju-baju ni.Letak dekat depan pintu tu.Nanti mak bawak masuk," Puan Maria mencampakkan dua bagasi hitam di hadapan aku.Damn.
"Mana mak letak almari? Dalam bonet?" Tanyaku selamba.
"Kamu jangan nak buat lawak.Semalam mak dah upah lori untuk angkat barang-barang kita.Semuanya dah ada kat dalam."
"Mereka tak curi apa-apa?" Tanyaku seraya mengangkat dua bagasi yang berat itu.
"Kamu ingat mak pergi mana semalam? Mak ada dengan mereka.Kamu bukannya nak tolong.Kalau tidak, kita boleh sampai sini semalam," rungut Puan Maria.
"24 jam, bukannya ada beza pun"
"Kalau kamu dah besar nanti, kamu akan faham betapa berharganya masa yang kita ada"
"Habis tu? Mak buat apa kat belakang tu? Menikmati pemandangan?"
"Kamu ada kerja kan yang nak dibuat? Pergi buat kerja kamu.Mak tengah sibuk ni," kata Puan Maria yang sibuk menggeledah bonet keretanya.
***********************
Semua beg pakaian sudah dikumpulkan di hadapan pintu masuk.Fuhh, penatnya.
Mak menuju ke arah aku bersama sebuah beg merah kecil. "Dah siap? Cepatnya.Nanti mak bagi upah ya."
"Tunggu sekejap.Mak habiskan 30 minit untuk cari beg tu.Mak tahu tak, saya sorang sahaja yang angkat semua ni?!"
"Betul lah tu.Mak tak nampak sesiapa pun kat sini," kata Puan Maria selamba.
"Mom, I hate your sarcasm."
"Kejap ya.Mak tengah cari kunci rumah.Sementara tu, buatlah macam rumah sendiri," kata Puan Maria sambil menggeledah beg merahnya.
Aku bersandar pada pintu masuk."Mak, kita ada kat luar rumah.Apa yang saya boleh buat dekat sini?"
"Sabar ya, mak tengah cari ni."
"Sepatutnya mak letakkan kunci rumah bersama kunci kereta.Nanti tak lah susah nak cari."
"Mak benci merancang."
"Habis, saya ni apa?"
Puan Maria memandang aku. "Kamu pun sama.Mak tak rancang pun."
"What? Benda tu tak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ibu."
"Kalau mak ada perancangan keluarga, mak akan ada anak yang lebih sopan dan senyap."
Sempat lagi dia perli aku.
"Sekarang, bawak bertenang dan jadi macam anak yang mak harapkan."
Lebih baik aku diam.Lagi banyak aku cakap, lagi sakit hati aku.
"Ok, dah jumpa," Puan Maria menayangkan kuci rumahnya. "Ke tepi, mak nak bukak pintu," Puan Maria menolak aku ke tepi.
"Mak tak nak buat ucapan perasmian?" Perli aku.
Puan Maria memasukkan kunci pada lubang dan memulasnya. "Selamat datang ke rumah baru kita"
Puan Maria melangkah masuk meninggalkan aku dengan beg-beg pakaian.Tak guna.
Aku membawa masuk bagasi-bagasi ke dalam rumah, lalu menutup pintu.
Perabot-perabot semua dah disusun.Cantik jugak rumah ni, tapi tak seindah rumah lama aku.Tapi, rasa suram semacam.
Eh, mana mak?
"Mak! Mak dekat mana?! Aku menuju ke dapur.Tadi rasanya mak ke situ.
Kelihatan mak sedang menyalakn sebatang lilin pada kek.Dapur dihiasi dengan belon yang berwarna-warni.Kain rentang bertulis, "Welcome To Your New Home", ditampal sepanjang almari dapur.
Aku teruja. "Apa semua ni mak?"
Mak mengukirkan senyuman. "Tiup lilin kamu, sayang."
Aku pun mendekati kek, lalu memuncungkan mulut.
"Uh, uh, uh," Puan Maria menggoyangkan jari telunjuknya.Kemudian dia berbisik, "Make a wish."
Aku tersenyum riang.Mak memang nampak lain.Apa yang dah merasuk dia? Lantaklah.Aku lagi suka mak yang macam ni.
"Saya harap, kita akan hidup bahagia.Selamanya," kataku seraya menghembus lilin pada kek.
Puan Maria memelukku erat. "Mak harap permintaan kamu akan jadi kenyataan."
Aku membalas pelukannya.Kami membisu, membiarkan ikatan kasih antara ibu dan anak terjalin erat.
Pop!!
Sebiji belon meletup secara tiba-tiba.Aku terkejut, lantas memeluk mak dengan lebih erat. "Mak, saya takut."
Puan Maria mengusap rambutku. "Tak ada apa, sayang.Mungkin belon tu tercucuk pada sesuatu."
Hatiku mula rasa tidak tenteram.Apa yang tidak kena dengan rumah ni? Sejak tadi aku rasakan sesuatu yang aneh.Kenapa mak berkelakuan pelik? Betul ke ni mak?
Positif Sarah, positif.Mungkin mak teruja.Belon tu pula meletup kerana tercucuk sesuatu.Segalanya perasaan aku sahaja.Jangan fikir yang bukan-bukan, Sarah.
YOU ARE READING
The Night Carnival
HorrorSarah, seorang gadis berumur 15 tahun yang baru sahaja berpindah ke sebuah pekan kecil disebabkan perceraian ibu bapanya.Ibunya, Maria cuba untuk memulakan kehidupan baharu setelah berpisah dengan suaminya. Pada mulanya, agak sukar bagi Sarah untuk...