Part 2

19 3 0
                                    

Abang dah balik. Muka aku muram kembali.

" Aina, sedangkan air untuk abang kamu. Dia penat tu. "

Laju je akak pergi dapur buat air. Abang hulur tangan.

" Kau nak apa? "

Tanya aku bermalas malasan. Hish.

" Kau asal? Salamlah. Itu pun nak diajar? Asal, kau macam tak suka aku balik je? Cakap jelah. "

" Kalau aku kata ye? "

Dicubit pipi aku. Meronta meronta aku pegang tangan dia supaya dia lepaskan aku.

" Abang, ni air kau. Itupun tak reti nak buat sendiri. Pondan! "

Ketawa abang perlahan. Aku pun sama. Kelakar, walaupun akak cakap macam tu tapi dia buatkan jugak untuk abang.

" Kau tengok kakak kau tu. Ego melebih. "

" Aku sepak kau karang. "

" Mulut abang ni, tade insurans langsung. Dah jumpa ayah ke belum? "

Abang mengangkat cawan yang tersergam indah.
Harum betul bau.

" Dah, kat office. "

" Kau tanak kerja dengan ayah ke? Penat kot dia. Sorang sorang handle syarikat dia. "

Akak menyampuk. Abang diam. Alahai, baru je nak gurau gurau. Petik pulak buah serius ni dah kenapa.

" Dahlah bang, kerja mana mana pun okay. Adik sokong apa pun yang abang buat. "

" Kau tanak try dulu ke Faiz? Kau nak susahkan ayah? Kau anak tahu. "

" Akak..."

Panjang aku memanggilnya. Air mata abang dah bergenang aku tengok. Allahu.

" Abang, kau naiklah dulu. Rehat ke apa ke. Nanti lunch turun bawah, mak nak sembang. Mak busy kat dapur tu. "

" Yelah. Kau ni dik, bebel macam mak nenek. "

Terus aku sepak punggung dia. Terkekeh kekeh dia ketawa. Tunggu kau, bang.

.

Disebabkan bosan dalam bilik, aku turun. Niat nak tengok tv. Tiba tiba tertengok free show.

Aku yang kat tangga ni trylah pasang telinga.

" Mak faham. Dahlah tu, mak tak salahkan Faiz. Faiz berhak nak pilih, Faiz dah besar nak. "

" Ampunkan Faiz mak. Selalu susahkan mak dengan ayah. Faiz bukan tak nak kerja dengan ayah, tapi.. "

Sayu aku melihat abang duduk berpelukkan kaki mak. Adui, leleh bhai.

" Mak faham. Dahlah tu, ayah kamu pun okay. Kerja kamu tu pun mulia, janganlah kamu risau, Faiz. "

" Tapi gaji Faiz takdelah besar sangat mak. Setakat nak makan makan sikit, boleh lah Faiz belanja. "

Aku turun perlahan lahan. Handset Samsung aku keluarkan. Aku cuit abang, mak just cool saja.

" Ni, abang famous tahu. "

Gambar abangku menjadi viral apabila dia menjadi seorang rela yang membantu ibu ibu atau orang yang bergelandangan pada umur yang masih muda.

" Eh, abang hensemlah. "

" Abang, kau jangan nak melebih. Tak pasal pasal kau rasa sepakan sulong aku. Hidup mati nasib. "

" Haha. "

Aku senyum. Abang tak hensem sangat. Tapi, hati abang tu lagi hensem.

.

" Abang, kau baik baik balik. Ni ada sikit, barang barang adik yang baru tapi tak pakai. "

" Sebab kau gemok. "

" Ayah! Tengok abang! "

Ayah menepuk bahu abang. Abang senyum. Aku pandang akak. Cis, dia buat muka bhai.

" Ayah bangga dengan Faiz. Ayah yakin rezeki tu dari Allah. Jangan lupa bawak isteri sekali eh, lain kali ye. "

Cemberut muka abang. Haha. Kan, padan muka. Tua sangat siapa suruh. Haha.

" Abang, balik nanti kalau kau bawak bakal isteri, aku sponsorkan honeymoon. Haha, tapi takut kau tak laku, sia sia je aku beli. "

" Aku risau kau je tak laku, Aina. Kahkah! "

" Dahlah Faiz, pergilah balik, nanti lewat pula. "

Mak cuba meredakan kemarahan akak. Mau meletup tu karang. Jangan dia suruh aku berkawad udah lee.

" Balik dulu, semua. Assalamualaikum. "

" Waalaikummussalam. "

Macam tulah abang, balik sentiasa dengan ketawa, pulang sentiasa bawa keredhaan ibu bapa.

Walaupun kerja abang, gajinya sikit, tapi In Sha Allah, gajinya besar di akhirat nanti.

----

Jangan pernah pandang rendah pada orang lain. Mungkin dia tak mulia pada dunia, tapi dia mulia di akhirat sana.



Trivia Hidup AisyahWhere stories live. Discover now