Part 5

10 3 0
                                    

Sejak abang cuti hari tu. Mulut mak tu tak pernah nak senyap. Asyik asyik duk cakap pasal kahwin.

Aku ni,

Kecik lagi tahu. Last last essay pun aku buat pasal kahwin, dah tu. Itu je tajuk yang masuk sejak dua menjak ni.

" Abang, kau cepatlah kahwin, bingitlah aku dengar mak bebel pasal kahwin. "

Kataku sambil duduk di sebelah abang Faiz. Pukul 1.00 pagi, layan movie. Bagus punya amalan.

" Biarlah, bukan mak bebel pasal kau pun. "

" Kau tahukan, aku ni kecik lagi, sepatutnya perkataan kahwin pun aku tak perlu tahu. Bila mak dah cerita, hambek! "

" Dik, aku bukan tak laku macam kak Aina, okay. So, kau janganlah risau. "

Aku geleng kepala.

" Dahlah bang. Aku turun ni nak ajak kau solat tahajjud. Aku terbangun tadi. Jomlah! Kak Aina dah tunggu kat atas. "

" Okay okay. Nanti aku naik. Siapkan sejadah aku tau, Aisyah. "

Aku mengangguk menuruti apa yang dia perintahkan.

Seriuslah?

Masa bila aku jadi macam ni? Ish, please.

" Jangan harap. Ambik sejadah sendiri ye. Nanti suruh aku lipat pulak. Eii, tak kuasa. "

" Dahlah! Syuhhh. "

Aku menjeling sebelum membelakangkan badanku. Abang siapa ni? Ada sesiapa nak mengaku ni abang dia?

----------

Petang petang ni elok hirup udara segar. Budak sekarang ni menghadap IT sangat pun tak elok. Karang pokok pisang pun tak tahu. Haha.

Kelakar.

" Adik. Apa adik buat dekat sini? Tak ajak ayah pun. "

Aku ketawa sambil menggerakkan pinggul ke sebelah kanan untuk memberi ruang kepada ayah untuk duduk.

" Dah lama tak main buaian ni lah ayah. So! Macam mana tadi? "

Bukannya aku tak tahu, tadi abang Faiz ajak mak dengan ayah berbincang. Aku tak tahulah pasal apa.

" Dah settle. Mak kamu tu takkan bebel lagi dah lepas ni. Akhirnya. "

Melihat ayah tersenyum lega membuatkan aku ketawa kecil. Rupanya ayah pun tak tahan.

" Pasal kahwin? "

" Ye, abang Faiz cakap dia nak balas segala jasa baik dengan ayah dulu. Lepas tu, baru dia kahwin. Dia cakap redha mak ayah tu penting, walaupun dia tak dapat nak balas semua jasa mak dengan ayah tapi at least dia nak berusaha ke arah itu. "

" Baguslah kalau macam tu. Lega sikit hati ayahkan. "

Selepas itu, azan maghrib pun berkumandang. Tanggungjawab sebagai hamba harus dilaksanakan dengan khusyu' dan tawadu'.

In Sha Allah.

-----------

Selepas solat dan berzikir, aku termenung.

Teringat pulak dengan kata kata ayah petang tadi. Insaf sungguh aku.

abang Faiz cakap dia nak balas segala jasa baik mak dengan ayah dulu.

Abang Faiz betul. Usaha nak balas jasa mak ayah tu perlu berterusan.

Kenapa ye bila mak ayah dah tua semua tak nak urus mereka?

Sibuk?

Ayah aku pun sibuk tapi sempat je ambik aku dari sekolah?

Pengorbanan.

Itu je perkara yang perlu kita terapkan dalam diri. Ibu bapa yang dah berumur ni perangai mereka akan kembali menjadi seperti kanak kanak.

Jadi,

Belailah mereka sepertimana mereka membelai kita dahulu.

Redha Allah terletak di redha mak ayah.

Siapa yang tak nak redha Allah kan?

;)

Trivia Hidup AisyahWhere stories live. Discover now