(Bab 4)

26 2 4
                                    

"TEMAH!!!!"

Kedengaran suara mak cik syila sedang teriak memanggil mak temah. Kami bergegas menuju ke bilik mak cik syila dan kelihatan mak cik syila sedang memandang aku dengan tajam sekali.

"Kau nak tunggu tekak aku ni terkeluar dulu ke baru kau nak datang ha?!? Pergi siapkan pakaian aku sekarang!" kata mak cik syila sambil menjegilkan mata pada mak temah.

Mak temah hanya akur dan terus beredar meninggalkan aku dengan mak cik syila. Wanita itu memandang aku tidak berkedip. Aku hanya menelan air liur dan hanya menunggu apa yang hendak dikatakan oleh mak cik syila.

"Kau mari sini" arah mak cik syila kepada ku. Aku akur dan berjalan menuju kearah nya perlahan-lahan. Jantung aku mula berdebar dengan laju sekali. Apa yang mak cik syila nak buat kat aku ni?

"Duduk" arah nya lagi dan aku akur. Duduk saja di sebelah tilam, mak cik syil manarik rambut ku dengan kasar. Rasa macam nak tercabut ja kulit kepala ni. Aku hanya menahan sebak dan keperitan.

"Kau dengar sini yer pompuan! Aku jijik tengok muka sampah kau kat sini! Kalau tak kerana peguam tu suruh aku jaga kau, tak hingin aku nak suruh kau duduk sini faham?! Kau berambus sekarang!" tengking mak cik syila dan terus menolak tubuh ku jatuh ke lantai.

Air mata ku laju berjuraian membasahi pipi. Apa lah salah aku terhadap mak cik syila sampai dia benci aku sebegini? Perlahan-lahan aku bangun untuk beredar namun langkah ku terhenti apabila aku terlihat adry dihadapan. Aku kaku.

"Sian kan? Pompuan sial macam kau ni bawak malapetaka jer, kau blah lah sampah. Busuk aku bau kau sekarang ni" hina adry sambil menolak tubuh ku keluar. Aku hanya mampu menangis di dalam hati. Terseksa aku kali ni.

Setapak demi setapak aku melangkah ke bilik. Kepala aku usap perlahan, rass terbakar dan perit masih lagi tidak hilang. Buka saja pintu bilik, aku terkedu apabila seorang lelaki sedang baring di atas tilam. Ni bukan ke kawan adry? Apa dia buat kat bilik ni?!

"Kau pembantu ke?" soal lelaki tersebut. Disangka kan dia tidur rupa nya tak. Aku hanya mengangguk tanda ya. Lelaki tersebut bangun dari baring nya dan memandang aku atas dan bawah. Pelik sangat ke aku ni?

"Nama?"

"Cik ni siapa ye nak tanya nama saya bagai? Saya rasa cik ni tak ada kene mengena pun dengan saya" kata ku tegas. Yelah tiba-tiba tanya nama bagai. Seram sejuk pula dibuat nya.

Lelaki itu hanya tersenyum dan berdiri, dia mendekati ku namun aku berundur kebelakang untuk menjarakkan diri dengan dia.

"Saja tanya tak akan tak boleh?" kata lelaki itu lagi sambil tersenyum sinis. Bulu roma aku mula menegang. Seram wei.

"Cik boleh keluar sekarang sebab ni bukan bilik cik"

"Ye ye aku keluar"

Dan lelaki itu terus beredar. Aku masuk dalam bilik terus menutup pintu dan mengunci nya. Takut aku dibuat nya.

Sedang kusyuk aku membaca buku, pintu diketuk dengan ganas sekali berserta laungan dari adry.

"Woi!!! Perempuan buka pintu lah sial! Cepat lah!!!"

Aku menyembunyikan buku tersebut dan segera membuka pintu. Satu tamparan hinggap di pipi ku sehingga ku jatuh ke lantai.

"Kau cakap apa kat kawan aku hah?! Sial kau! Kau tu sekadar menumpang je! Kau faham tak?!" adry mendekati aku dan memegang rambut ku dengan kasar. Aku hanya mampu bertahan dengan tangisan.

"Perempuab macam kau ni patut mampus! Lagi sekali kau cakap bukan-bukan dekat kawan aku, siap kau!" tengking adry dan menolak kepala ku ke lantai. Kepala ku bagai terhantuk sesuatu namun aku tetap menguatkan diri untuk tidak menangis sekuat nya.

Cintaku Hanya PadamuWhere stories live. Discover now