"Naural!"
Naural yang dari tadi asyik termenung, memandang ke arah suara tu. Kacaulah! Baru dia nak termenung pasal lelaki bertopi tu. Faiza ni mengacau pula. Dah lepas 40 minit ke?
"Sorry aku lambat." Tercungap-cungap dia. Tadi dia berjalan kaki ke sini. Malas nak menunggu bas sebab macam lambat aje. Tu yang dia rela jalan kaki.
"Tak apalah, tapi yang kau menjerit tu kenapa? Sakit telinga aku dengar."
Faiza tersengih. Dia duduk di sebelah Naural, di atas rumput. Tak sangka pula Naural suka lepak sini. Macam syok aje tempat ni, boleh selalu datang lepas ni.
"Saja. Nak bagi kau sedar kehadiran aku." Gitar di tangan Naural dipandang. Naural baru lepas menyanyi ke?
"Kau menyanyi ke tadi?"
Pipi Naural memerah.
"Mana ada, aku main gitar aje. Kau nak apa datang sini? Tadi cakap ada hal penting. Cakaplah." Sengaja Naural gesa kawan dia ni. Kalau tak, nanti mesti nak cakap pasal Naural dan kemungkinan Naural menyanyi.
"Haahlah, nasib baik kau ingatkan. Aku hampir nak lupa tadi." Dia tersengih-sengih. Rasa macam hari ni hari bertuah dia.
"Yang kau tersengih ni kenapa? Aku bukan faham pun. Baik kau cakap." Geram pula tengok. Kalau nak tersengih aje baik duduk di dalam bilik.
"Thanks."
"Hah? Thanks?"
"Yalah, thanks sebab paksa aku juga berdepan dengan Luth tadi. Sebab kau, aku rasa bahagia sangat sekarang. Sebab? Aku duduk satu meja dengan dia masa dekat library tadi. Rasa macam tak percaya, kan? Tapi memang betul pun." Rasa macam nak menjerit aje Si Faiza ni. Seronok sangat, hampir nak tercapai dah impian dia selama ni.
"Akhirnya berjaya juga kau beranikan diri, kan? Tengok, kan dah berbuah hasil. Dia dah kenal kau sekarang." Dia pun turut seronok jugalah, sebab semua ni pun ada sikit pertolongan dia, kan?
"Haah. Apa yang aku nak selama ni dah tercapai. Dia dah kenal aku, aku dah jadi kawan dia."
"Cukup ke jadi kawan aje?" Naural tersengih nakal. Dia tahu apa yang Faiza ni impikan. Tak akanlah jadi kawan aje, kan?
"Jadi kawan dia pun dah cukup Naural, aku bukan layak pun untuk dia tu." Merendah diri pula Faiza. Sedangkan dalam hati cakap... nak... nak.
"Betul ni? Baru aku ingat nak tolong lagi. Kalau macam tu dah tak payahlah, kan?" Naural mencapai gitar, dah nak baliklah kut.
"Hah? Naural janganlah. Tolonglah aku. Pleaseee."
Naural pandang raut Faiza. Lama. Pening pula rasa. Tadi tak nak, ni nak pula. Dengan buat muka yang tak comel langsung tu memang tak boleh buat dia cairlah. Tapi macam syok aje jadi orang tengah ni.
Naural kenyit mata.
"Okey! Set!"
"Yeah! Kau memang kawan paling best, paling sporting, paling comel, paling baik, paling segala-galanyalah untuk aku." Teruja sangat sampai tak boleh bernafas Naural Si Faiza buat. Kuat sangat dia peluk Naural.
"Memanglah aku semua yang paling tu, yang paling ni... Baru tahu ke? Tapi tak tahulah kenapa aku dapat kawan yang paling slow macam kau ni. Benda kecil macam ni pun tak boleh buat." Dia tertawa. Suka tengok Faiza yang dah bulat mata pandang dia.
"Naural! Kejamlah kau!"
Dua-dua kawan ni dah berkejaran di atas padang tu. Faiza mengejar, Si Naural pula melarikan diri. Walaupun cuaca tengah panas terik pun tak dikira. Yalah, masing-masing dalam hati ada taman sekarang ni, kan? Faiza dengan Luth dia. Si Naural pula cubalah teka siapa?
YOU ARE READING
Love Riddles
General FictionTajuk: Love Riddles Penulis: Misztyra Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-46-4 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perh...