"Sini ke?" Naural memandang ke seluruh ruang. Ada apa yang best dekat sini? Apa yang ada untuk hilangkan kesedihan dia ni?
"Bukan sinilah. Tempat lain."
Satu pintu dibuka, menghubungkan ke satu bilik kecil. Tapi di tengah-tengah ada piano. Piano? Syoknya. Kenapa dia tak pernah tahu tempat ni ada piano? Kalau dia tahu, hari-hari dia datang lepak.
"Mana datang piano ni?"
"Ermmm... Saya tak tahu pula asal usul piano ni."
Naural tergelak. Apalah dia ni, orang nak tanya macam mana piano ni boleh ada dekat sini. Dia faham lain pula.
"Bukanlah. Saya nak tanya, sejak bila ada dekat sini? Piano ni siapa tuan dia?"
"Oh... Saya yang punya. Saya bawa datang sini dulu. Kalau bosan boleh datang main."
"Serius? Kayanya awak!" Teruja kut ada kawan kaya macam ni. Tapi kawan ke?
"Tak adalah kaya. Awak nak main tak?"
"Boleh ke?" Mata dia dah bersinar-sinar. Sukanya. Ni baru betul boleh kurangkan kesedihan dia.
"Mestilah boleh. Untuk pengetahuan awak kan, ni first time saya bawa orang lain masuk sini. Selama ni saya seorang aje yang tahu."
"Really? Bestnya awak. Maknanya lepas ni kalau awak ada sakitkan hati saya, saya nak bocorkan bagi orang lain juga tahu. So, janganlah buat, ya? Better takut dengan saya."
Naural tertawa dengan kata dia sendiri. Berani ke nak bocorkan?
"Takkanlah. Saya tak akan sekali-kali sakitkan awak. Awak bernilai dalam hidup saya, manalah saya sanggup nak lukakan awak."
Nampak jelas air mata yang bergenang di mata Naural. Romantiknya dia...
"Jom..."
"Nak pergi mana? Saya belum puas lagilah. Nak main dulu boleh?"
"Memang nak pergi main dulu pun. Jomlah."
"Okey..." Lebar senyuman Naural. Dah hilang sedih ke? Tak adalah hilang tapi dah simpan dalam-dalam. Malas nak ingat, nak fikir. Lupakan... Lupakan... Lupakan...
"Tahu main tak ni?"
"Kalau tak reti awak nak jadi cikgu piano saya ke?" Muka dia dicomelkan. Teringat pula kenangan dia orang masa main boling beberapa hari lepas.
"Ermmm... Okey juga kan idea tu. Tapi depend pada berapa banyak upah yang saya dapatlah. Boleh tak?"
Naural telan liur. Upah? Dia ni memang tak pernah buat kerja ikhlas ke apa? Semua pun nak upah bagai.
"Cancel la. Tak suka upah-upah ni. Mesti benda pelik-pelik awak minta nanti."
Dia tertawa. Ada-ada ajelah Naural ni.
"Mana boleh cancel. Dah, jom. Saya ajar main piano ni."
"Tapi upah tu. Saya tak nak bagi upah, okey?"
"Okey-okey. Tak nak bagi upah pun tak apa. Sini, duduk sebelah saya."
Lebar senyuman Naural dengar kata lelaki tu. Dapat juga main piano, sebab ni impian dia dulu. Tapi dia manalah mampu nak masuk kelas piano ni. Yuran dia mahal.
Sepanjang petang dia orang habiskan masa bermain piano. Terdengar gelak tawa Naural tiap kali dia salah tekan. Tapi lelaki tu sabar aje melayan. Dia rasa bahagia. Dah lama diharapkan semua ni. Apabila dah jadi kenyataan, takkan disia-siakan peluang itu.
Keesokan harinya pun dia habiskan masa dengan laki tu lagi. Dah banyak kali dah dia suruh lelaki tu buka topi dia. Tapi sampai sekarang dia cakap belum masa lagi. Masa untuk apa entah? Dia pun tak tahu.
YOU ARE READING
Love Riddles
General FictionTajuk: Love Riddles Penulis: Misztyra Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-46-4 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perh...