Naural tersenyum sendiri. Dia dah jatuh cinta ke? Kenapa dari tadi degupan jantung dia ni dah lain? Tak berdegup pada perkadaran normal? Semalam pun dia terasa berat hati nak balik. Yalah, dia kena balik dengan Dila and the gang, kan.
Okey, lupa nak bagi tahu yang grup yang dia sertai tu menang. Gembira dia apabila terpandangkan senyuman lelaki bertopi tu walaupun sipi-sipi aje. Macho juga. Rasanya kalau nampak sepenuhnya memang pengsan dia dekat situ juga.
Dadanya dipegang. Sekarang ni dia tengah berbaring sambil dengar lagu. Jantung, apa dah jadi ni? Kenapa dah mula mainkan irama lain? Cik hati dia sangat aktif sekarang.
Teringatkan kenangan semalam. Tak sangka kemahiran dia main boling tak karat-karat lagi. Tak adalah malu sangat nak tunjuk bakat depan lelaki bertopi semalam.
Sedang dia tersenyum-senyum sendiri di atas katil, bunyi ketukan yang kuat mematikan semua perasaan sweet dan cute yang dirasainya itu. Adoi! Siapalah pula yang mengacau aku ni? Malas dan lemah aje langkah yang diatur mendekati pintu.
"Apa dah jadi ni? Siapa yang ketuk tadi?" Naural keluar dari bilik namun dia mendapati tiada sesiapa di situ. Tapi tak sempat keluar lagi, dia dah tersepak sesuatu. Barang yang tersepak tadi dipandang. Kotak? Cantik berbalut pula tu. Siap bereben lagi. Polka dot. Wah... Nice taste. Haha. Siapa yang bagi ni?
Naural merendahkan badan. Kotak-kotak diambil. Kotak-kotak? Okey, ada dua, ya. Dua-dua berbalut cantik. Naural bawa masuk ke dalam, diletakkan di atas meja belajar dia. Lepas tu dia duduk menghadap kedua-dua bungkusan tu.
Nak buka ke tak? Buka tak? Okey, cari kertas kejap. Dua keping kecil dibuat daripada kertas besar tadi. Satu tulis YA, satu lagi tulis TAK. Okey, sekarang kita tengok siapa yang kena. Dua kertas kecil yang dah dilipat lagi kecil tu digoncang sebelum dibaling ke atas meja. Naural baca doa dulu sebelum ambil satu, kertas yang paling jauh dari dia.
Mata ditutup. Tolonglah... Tolonglah dapat...
YA!
Yeah! Boleh buka! Happy sangat kut Naural ni. Tapi kan, kalau dah dari awal dia memang nak buka, apa motif buat semua benda tadi?
Perlahan-lahan bungkusan yang pertama itu dibuka.
Mata Naural membulat. Topi? Cantiknya topi ni. Ada warna pink lagi. Haha. Favourite tu. Untuk dia ke? Untuk apa?
Bungkusan nombor dua dicapai. Kali ni memang dah yakin untuk dibuka.
Kali ni reaksi Naural memang over. Dia terkejut! Barang di dalam bungkusan tu tak dapat dikenal pasti lagi. Sebab tak nampak, masih dalam kertas tu. Apa dia ya rasanya?
Coklat?
Aku bukan alergi coklat ke? Siapa pula insan yang berhati mulia ni. Ada ke patut bagi aku coklat. Memang sah-sahlah ni semua bukan untuk aku. Tapi kalau bukan untuk aku, kenapa dia pergi letak depan bilik aku ni? omel hati Naural.
Dia menapak keluar, pintu tak dikunci pun. Sebab nak pergi mengunjungi jiran dia ni aje. Pintu diketuk, dalam kiraan lima dah terbuka. Bagus! Tangkas!
"Dila, nak coklat tak?"
"Coklat apa?"
"Aku pun tak tahu siapa pula yang baik hati bagi ni. Aku bukannya boleh makan coklat ni. Kau ambillah. Aku nak buat baik ni, nak sedekah dekat kau."
"Okey, thanks. Kalau ada lagi nanti bagilah. Jimat dah duit makan aku hari ni."
"Hah? Boleh kenyang ke?"
"Bolehlah. Kau apa tahu? Itulah, rugi betul tak makan coklat ni. Kenapa kau alergi, eh?"
"Entahlah, sebab nanti suami aku gila coklat kut, aku mestilah opposite, kan? Senang!" Dia tersengih sebelum melangkah masuk meninggalkan Dila yang melopong. Apa jawapan Si Naural ni? Selamba aje dia jawab.
YOU ARE READING
Love Riddles
General FictionTajuk: Love Riddles Penulis: Misztyra Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-46-4 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perh...