BAB 2 | Sedondon

21.4K 705 12
                                    

"Dah siap ke persiapan nenek nak berangkat nanti?" Soal Ain perlahan.

Esok, neneknya akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Ini kerana neneknya berserta Mak Ngah dan Pak Ngah dijemput sebagai tetamu Allah untuk menunaikan haji di tanah suci Makkah.

Ain bersyukur dan gembira neneknya dapat menunaikan haji semasa hayatnya disamping dia mendoakan perjalanan mereka semua selamat.

Dia juga teringin nak ikut nenek untuk menunaikan haji. Dari segi kewangan, wang simpanannya lebih dari cukup. Tetapi memandangkan dia risau pelajarannya terjejas memandangkan tidak lama lagi dia akan menduduki STPM, jadi keinginannya itu disimpan buat sementara waktu.

Mungkin, sehingga selepas tamat peperiksaan nanti dia masih boleh pergi ke tanah suci. Semasa ketiadaan neneknya nanti, dia akan menghuni di rumah agam Pak Ngah dan Mak Ngahnya.

Nasibnya baik kerana tidak perlu berdepan dengan Fedzriq memandangkan lelaki itu tinggal di kondo miliknya sendiri. Bolehlah dia meluangkan lebih masa dengan sepupu kesayangannya itu.

"Dah siap dah sikit-sikit. Hah, nanti masa nek tak ada jaga diri kamu baik-baik. Nak pergi mana, pergi berdua dengan Reen. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat hubungi Fedzriq." Pesan nenek panjang lebar. Ungkapan nenek itu telah menyedarkan Ain dari lamunannya yang panjang.

"Baik, nek. Ain akan dengar segala nasihat nenek. Nenek jangan risau ya. Nenek pun rajin-rajin lah telefon Ain." Ain segera memeluk neneknya.

Kenduri diadakan dalam suasana kampung secara rewang. Nenek sengaja memilih untuk rewang sekali sekala dapat mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga. Kedudukan rumah neneknya di pinggir bandar jauh dari kesibukkan kota. Rata-rata jiran mereka adalah keluarga yang berkerja sendiri. Ada juga yang mengambil upah di ladang-ladang dan kilang-kilang yang berhampiran.

Rumah banglo peninggalan arwah datuk mula dipenuhi dengan orang kampung yang datang. Mereka sibuk menyiang bawang, sayur, ayam, daging dan lain-lain.

Di dalam rumah, Mak Ngah dan jiran-jiran sibuk membentangkan karpet untuk jemaah masjid membacakan doa. Ain dan Reen membantu apa yang patut di dapur.

"Eh, perempuan tepi la sikit. Berat ni tahu tak?" Ain yang terkejut mengalihkan pandang di belakangnya. Fedzriq kelihatan sedang mengangkat kawah besar sambil menjelingnya dengan tajam.

'Ni memang spoilkan mood aku. Menyampah betul!'

"Hmm. Bagus, dah jadi bisu. Sedar diri tak apa." Kata lah apa kau nak kata Fedzriq. Kau memang tak layak bercakap dengan aku. Dasar lelaki psiko. Sebaik sahaja Fedzriq berlalu, mak cik-mak cik yang ada mula membawang.

"Apa hal dengan Along tu? Macam tak puas hati dengan kamu je."

"Entah la mak cik. Orang gila tak boleh dilayan. Iyakan aja.. Betul tak?" Ain berlucu untuk menenangkan hati yang tengah marah.

'Umur je dah 23, tapi perangai tak matured langsung si bedebah tu.'

"Ain, kenapa tak bersiap lagi. Reen mana? Kejap lagi jemaah nak sampai." Tegur Mak Ngah.

"Ain naik siap dulu. Kejap Ain cari Reen." Manalah princess ni menghilang.

Dalam kepala ligat memikirkan baju apa yang hendak dipakai olehnya.

"Reen. Cepat lah. Mama kau suruh siap." Sergah aku apabila terpandang Reen yang sedang mengemas di ruang tamu.

"Okey, jom." Mereka naik beriringan ke bilik Ain di tingkat atas.

Ain mengeluarkan baju kurung moden berwarna biru lembut dari closset. Baju itu sudah diseterika sejak semalam.

"Ni baju kau? Cantiknya.." Reen excited melihat baju Ain.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now