BAB 3 | Celaru

19.4K 649 11
                                    

Fedzriq menguak pintu biliknya dengan kasar. Baru sebentar tadi setiausahanya memberitahu bahawa Nadia bekas girlfriendnya berkeras mahu menunggunya dia bilik.

"What are you doing here, Nad? You tau kan berapa kali I pesan jangan ganggu I di office." Marah Fedzriq.

"Habis tu, call I you tak jawab, message I, you tak reply. Then, you nak I buat macam mana lagi?"

"Yang you gelabah sangat nak cari I dah kenapa? Nad, wake up! Kita dah tak ada apa-apa bila you buat keputusan untuk pergi kepada lelaki itu. Berapa kali you nak I ulang?"

"Itu kesilapan I yang paling teruk, Fred. I terpaksa turuti kemahuan mummy I. Dan sekarang I sedar, I salah. I nak kembali pada you."

"No! I tak akan balik pada you lagi. Cukuplah Nad, be matured. Please, move on. I dah tak ada apa-apa perasaan pada you selain seorang kawan. I tak berdendam dengan you pun dah cukup baik. Tolong terima kenyataan."

"Sorry. I tak boleh terima dan I tak percaya perasaan you pada I hilang macam tu saja. You mesti menipu. Kita bercinta bukan sehari dua, Fred. You tak akan buang I senang-senang."

"Dan you juga sepatutnya tak akan buang I senang-senang dulu masa you pergi kepada Bradly. Siapa yang buang siapa? Sudahlah, Nad. Hati I dah tak boleh nak terima you lagi. Dalam hati I dah ada orang lain."

"Siapa?!!!" Jerkah Nad. Dia tak dapat mengawal perasaan.

"None of your bussines. Lambat laun you akan tahu jugak. I mohon dengan you tolong jangan ganggu I lagi. Now, please." Ujar Fedzriq dengan tenang sebelum membuka pintu biliknya tanda meminta Nadia pergi.

"I akan dapatkan you semula. Yes, dulu salah I. Now, I dah berubah. I yakin antara kita boleh bersatu kembali." Ujarnya sebelum berlalu.

"No and never." Ujar Fedzriq tegas.

Fedzriq melepaskan keluhan kasar. Tali lehernya sedikit dilonggarkan. Dia duduk di kerusinya sambil berfikir tentang sikap Nadia. Mereka dah putus hampir dua tahun. Apa yang membuatkan Nadia fikir yang dia akan menerima Nadia kembali dalam hidupnya?

Sungguh di awal perpisahan mereka, Fedzriq sedikit tertekan dan tak dapat nak berfikir waras. Namun lama kelamaan apabila jelas terlihat sikap Nadia dan dia berjanji tak akan kembali pada perempuan itu lagi.

Selepas ketiadaan Nadia dalam hidupnya, Fedzriq tidak pernah serius dalam setiap perhubungan. Dia hanya sekadar berkawan namun dia masih menjaga batas pergaulannya.

Bukan dia tak pernah mencari yang baik-baik, namum belum ada yang serasi dengannya. Yang mengelilinginya hanyalah sekadar mahukan wang atau mahukan keseronokkan semata.

"Tak guna Fred. Aku akan dapatkan kau balik. Tak kira apa cara sekali pun. Dulu aku tinggalkan kau sebab mama aku yang suruh. Bukan kerelaan aku. Now, aku dah putuskan pertunangan dengan Bradly. Aku nak kau balik. Aku nak kau!!" Nadia menjerit di dalam kereta. Dia mencapai handphonenya dan mendail number seseorang.

"Hello. Simon, aku ada kerja untuk kau. Jumpa aku di Cafe Latte jam 2.30 petang. Urgent." Klik. Nadia tersenyum puas.

'Kau tak akan dapat rampas Fred dari aku. Fred hanya milik aku. Tak dinafikan Bradly memang kaya. Tapi semenjak perniagaan Fred berkembang ke selatan tanah air, kedudukan Fred lagi kukuh dari Bradly.'

Tengah hari itu Fedzriq lunch bersama rakan partner bussinesnya, Ameer. Mereka memilih restoran Italy.

Mereka sebenarnya kerap bertemu dan selalu berbincang hal bussines. Ameer merupakan kawannya sejak di bangku sekolah lagi dan mereka sama-sama melanjutjan pelajaran di UK.

"Fred, macam mana dengan sepupu yang kau tak suka tu? Lama kau tak cerita pasal dia kat aku. Dulu time sekolah kau selalu cerita dengan aku." Soal Ameer.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now