BAB 13 | Cemburu

25.4K 721 30
                                    

Sehingga masuk kerja hari isnin, Ain tidak pedulikan Fedzriq. Panggilan dari Fedzriq langsung dia tak angkat. Berpuluh-puluh mesej berbaur ugutan dari Fedzriq namun tak ada satu pun yang dia endahkan.

Awal pagi, kawannya Farah menumpangkannya ke tempat kerja. Pulang nanti dia akan menaiki kenderaan awam atau grab.

Memulakan tugas, dia menyiapkan report yang tertangguh selepas Fedzriq minta dia betulkan tempoh hari. Ruang kerja sudah mula penuh dengan rakan-rakan kerja yang lain. Ada yang mengucapkan selamat pagi padanya. Ain hanya menghulurkan senyum manis.

Hampir ke waktu lunch, ada mesej masuk ke telefonnya. Segera dia membaca mesej tersebut. Dari Danish.

Danish_NZ:
Jom lunch sama-sama. Saya dah ajak Farah sekali. Today is my treats. 😊

Me:
Ke mana? Saya tak boleh jauh-jauh, nanti takut lambat masuk office.

Danish_NZ:
Dekat-dekat sini je sayang. Saya akan hantar awak sebelum pukul 2. Promise. ✌🏻

Me:
Okey. Jumpa lunch nanti.

Ain tersenyum dan menyiapkan kerjanya yang belum siap. Tempoh latihan praktikalnya masih berbaki 2 bulan. Mengikut peratus, reportnya sudah menjangkau 60%.

"Ain, tak lunch ke?" Tegur Kak Warda.

"Oh ya, ya. Saya janji nak keluar dengan kawan hari ni." Ain mengangguk lalu mencapai tas tangannya. Rupanya dah tiba waktu lunch.

Sebaik sahaja sampai di lobby, Danish dan Farah belum tiba. Jadi, dia menunggu di sofa yang terdapat di ruang lobby tersebut. Ain memilih untuk membelek-belek tegon pintarnya sementara menunggu Danish dan Farah.

"Jom!" Ain yang sedang duduk santai itu terus terkejut. Fedzriq sedang menarik tangannya untuk bangun dan mengikuti langkah lelaki itu.

"Fedzriq! Lepas!" Ain meronta ingin melepaskan pegangan tangannya dar Fedzriq. Namun Fedzriq tidak mengendahkan rontaan Ain dan terus melangkah hingga sampai di kereta yang terparkir di hadapan bangunan. Aksi mereka menjadi tontonan staff yang berada di ruang lobby.

Tubuh Ain didudukkan di kerusi penumpang sebelah pemandu, dan Fedzriq masuk ke dalam kereta.

"Saya ada temujanji lah! Saya tak nak ikut awak." Ain cuba untuk berterus terang dan tangannya pantas ingin membuka pintu kereta namun cepat pergelangan tangan dipegang kejap oleh Fedzriq

"Dengan sia—" Bicara Fedzriq dipotong dengan bunyi deringan telefon Fedzriq. Pegangan di tangan Ain tidak dilepaskan.

"Yes, Mel?" Fedzriq bercakap sambil matanya tidak dilarikan daripada wajah Ain.

"Sekarang I ada hal. Nanti, after lunch I jumpa you."

"Okey, sent me the location." Talian dimatikan dan dia terus menghidupkan enjin kereta.

"Kau nak jumpa siapa?"

"Farah."

"Dan....?"

"Danish." Ain menjawab jujur.

"Text mereka beritahu cancel."

"Awak kenapa berperangai macam ni? Mereka tu semua kawan-kawan saya semasa di New Zealand. Kenapa awak susah sangat nak faham?"

"Aku tak faham dan aku tak nak faham! Kau pun sama, tak faham-faham! Aku cakap tak nak tengok lagi kau berhubung dengan Danish!" Fedzriq memecut laju keretanya. Rahangnya di ketap-ketap.

"Saya serius tak faham dengan perangai awak ni, Fedzriq! Awak sendiri cakap dulu yang awak tak akan terima saya sebagai isteri awak. Jadi, sekarang apa yang awak sedang lakukan? Saya tak nampak hala tuju perkahwinan ini akan jumpa titik perdamaian. Dan saya juga bukan orang yang awak nak, jadi kenapa awak tak nak lepaskan saya? Kita tamatkan saja perkahwinan ini!!!" Jerit Ain kuat.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now