BAB 5 | Sah

20.8K 677 26
                                    

"Tak encik. Saya tak mahu. Tolong encik. Saya tak salah." Ain merayu sambil menangis teresak-esak. Dia tak tahu harus menghubungi siapa. Yang pastinya dia tak mahu neneknya tahu tentang perkara ni. Dia amat berharap dia dilepaskan tanpa dikenakan sebarang tindakan. Jika nenek tahu akan hal ini pasti nenek amat kecewa.

'Allah.. Aku tak akan benarkan hal ni sampai ke pengetahuan nenek.'

"Mintak maaf encik, cik. Bukti dah jelas encik dan cik berdua-duaan di rumah ini. Encik dalam keadaan separuh bogel manakala cik dalam keadaan basah dan mengaibkan. Jika tak dibendung perkara ini, seakan-akan mempermainkan dan menjadi ikutan. Sedangkan kita tahu bahawa zina itu adalah haram dan khalwat itu adalah perkara yang ditentang dalam islam kerana membawa ke arah zina. Seeloknya kamu berkahwin. Berkahwin adalah perkara yang mulia ibarat seperti mana kita mendirikan masjid." Terang seorang ustaz yang sudah berumur dikalangan mereka yang hadir.

"Tapi, kami bukan mempermainkan agama Ustaz. Saya dan dia betul-betul tak buat apa-apa."

"Tapi jika dilihatkan hal ini sudah menjatuhkan maruah kedua-dua belah pihak. Dan cik Ain sebagai perempuan lagi terkesan dalam hal ini kerana aibnya telah terbuka dan tercalar. Di masa ke depan, ia akan menjadi sulit jika berhadapan dengan orang ramai. Ada baiknya Encik berfikiran rasional atas semua yang berlaku ini." Ustaz yang berkopiah putih lembut dalam menasihatai Fedzriq.

"Izinkan saya bercakap dengannya sebentar, ustaz." Pinta Fedzriq perlahan dan permintaannya itu mendapat anggukkan dari Ustaz.

Lengan Ain di tarik kasar untuk keluar dari bilik tersebut. Muka Fedzriq sudah memarakkan api yang sudah lama menyala. Ain menggigil ketakutan.

"Kau yang rancang semua ni kan?!" Tanya Fedzriq kasar.

"Tak— Tak.. Sumpah demi Allah, saya hanya datang untuk menyerahkan fail saja.." Ain sudah menggeletar. Jantungnya berdegup kencang seolah dipalu-palu bak gendang. Dia merembeskan air mata sambil teresak-esak. Dia takut dengan kenyataan yang bakal dia tempuh. Tetapi melihat kemarahan Fedzriq dia jadi lagi takut.

"Sekarang kau memang dah buat aku betul-betul bencikan kau, Ain Humaira!! Kalau bukan kau, siapa lagi? Kau nak kata aku?" Fedzriq mengcengkam kuat kedua-dua bahu Ain. Menghamburkan segala kata-kata berbentuk amarah yang meluap-luap dengan nafas yang tercungap-cungap. Wajahnya merah menyinga. Matanya juga berair menahan emosi yang sedang merusuh di jiwanya.

"Saya tak tahu... Tapi bukan saya yang lakukan semua ini.." Suara Ain sudah melirih. Mengharapkan pertolongan Allah agar semua yang berada di sini memahaminya. Air mata Ain tak dapat ditahan lagi.

Rasa dingin mengaliri tulang belakang Ain. Tangannya gemetar begitu juga dengan kaki. Baiklah, seluruh tubuhnya gemetar hebat. Otaknya terasa beku saat berusaha mengumpulkan serpihan-serpihan adegan yang baru saja dilewati.

'Bukan salah aku Fedzriq. Aku hanya tolong Reen. Mama, papa, Ain tak salah.'

"Kenapa kau tak membantah keputusan tu? Kau memang setujukan dengan perkahwinan ni? Aku dah agak dah. Betul lah ni plan kau?" Fedzriq masih dalam amarahnya. Dia bercekak pinggang dengan nafas yang turun naik. Dia mundar mandir melepaskan kegeraman.

"Damn it!!" Adam menjerit kuat.

"Encik, bawa bertenang. Boleh saya dapatkan nombor telefon saudara mara yang boleh dihubungi?" Salah seoarang pegawai bertanya kepada Fedzriq dan Ain namun kedua-duanya membisu.

"Encik dan cik tolong bagi kerjasama. Kalau tak perkara ni lambat untuk diselesaikan. Mari ikut kami." Seraya dengan itu Fedzriq dan Ain terpaksa mengikuti mereka. Fedzriq mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi setiausahanya.

"Tolong batalkan meeting saya dengan wakil Philiphine di Singapore tu. Tunda ke minggu depan." Ringkas arahan Fedzriq. Sebaik masuk di bilik tersebut, mereka diminta duduk.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now