BAB 10 | Halus

23.1K 792 23
                                    

"Ain!!!" Reen yang masuk ke biliknya terus memeluk Ain yang sedang berbaring dengan erat sekali.

"Eh? Bila kau datang?"

"Baru je sampai. Kau buat apa?"

"Tak buat apa pun. Rehat-rehat je. Kau datang dengan siapa?" Tanya Ain mula tak sedap hati.

"Semua."

"Semua?"

"Ye Puan Ain. Semua. Papa, mama, Along, Angah. Puas hati?" Reen tergelak sambil mengusik.

"Ish.. Ada apa-apa ke hari ni?"

"Tak ada apa pun. Saja datang. Papa ada hal nak bincang dengan nenek. Pasal bussines kut." Ain hanya mengangguk-angguk faham.

"Betul ke kau dan Along dah bukan suami isteri?"

"Firasat aku macam tu. Tapi Fedzriq kata aku masih isteri dia. Aku pun keliru sekarang ni."

"Better kau tanya orang-orang yang lebih arif hal ini. Ustaz atau ustazah. Benda ni kena pastikan betul-betul. Supaya hubungan tu bersih dari dosa."

"Nanti aku cuba tanyakan hal ni."

"Jom lah turun bawah. Mama semua kat bawah." Dengan malas, Ain menyarung tudung dan melangkah turun ke bawah.

Fedzriq, Faridz, Mak Ngah, Pak Ngah dan nenek rancak berborak. Melihat Ain dan Reen di anak tangga, mata Fedzriq terus terpaku pada wajah itu. Ain yang tahu dirinya diperhatikan terus menunduk dan segera mendapatkan Mak Ngah dan Pak Ngahnya untuk bersalaman.

"Ain sihat? Lama tak datang rumah Mak Ngah, sayang?" Datin Harlina menggosok kepala Ain.

"Sihat Mak Ngah. Maaf, Ain sibuk sikit kebelakangan ini."

"Tak apa, nanti free datanglah rumah Mak Ngah ya."

"Ibu nak renovate bahagian mana?" Tanya Dato' Faizuddin apabila semua orang terdiam.

"Tu.. Nak besarkan sikit bilik Ain. Tengok macam sempit sekarang ni. Barang dia pun dah banyak dengan dokumen kerja lagi. Nak buat partition macam ruang kerja tu."

"Boleh, tapi ruang bawah pun renovate jugak lah. Along boleh siapkan plan?"

"Boleh, tapi along kena tahu jugak macam mana dekorasi yang Ain nak."

"Haa.. Nanti hal itu bincang dengan Ain. Jom ibu tunjuk ruang bawah yang nak pecah tu dulu."

"Ain ke dapur sebentar." Ain terus melarikan diri ke dapur dengan alasan mahu sediakan minuman dan sedikit kudapan.

"Mak Kiah, ada apa kat dapur untuk kudapan?" Tanya Ain lembut.

"Mak Kiah tengah siapkan makan tengah hari. Nak buat kuih atau cucur ke?"

"Erm.. Ain siapkan muffin dan roti telur cheese lah." Ain mula menyelongkar bahan-bahan yang diperlukan..

Tak adalah susah mana nak siapkan menu-menu tu memandangkan Ain memang selalu sediakan untuk juadah minum petang.

Mak Kiah kelihatan sibuk di menggulai. Ain membantu sekali sekala. Doh muffin telah dimasukkan ke dalam acuan lalu dibakar dk dalam oven.

Ain memotong roti gardenia yang sudah diselitkan dengan cheese menjadi kepingan yang kecil-kecil. Telur pula dipecahkan di dalam mangkuk untuk dicelup.

Siap memasak ke semuanya, Ain membantu Mak Kiah siapkan sambal belacan.

"Ikan ni nak panggang ke Mak Kiah?"

"Ya Ain. Nenek nak makan ikan bakar hari ni?"

"Nak guna pemanggang dapur atau panggang bara?"

"Panggang bara lah. Sedap sikit." Mak Kiah tersenyum.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now