"Weyh weyh dia .. Dia dah datang. Perghh jom, jom pergi tengok. Ahhh my charming yoongi wait for me babeh .."
"Yoongs, yoongi oppa i love you. Handsomenya awak"
"Awak memang charming dari kecil ke apa haa yoongi?"
"Yoongi, eheh weyh dia pandang aku lah ahhhh"
Permulaan hari aku memang begini, suasana pagi aku memang setiap hari disajikan dengan jeritan histeria gadis yang boleh dilabelkan gedik berfangirling dengan si dia. D I A? Dia lah MIN YOONGI. Lelaki pelik disekolah Bts - Shi high school ini. Dia berperwatakan pelik yang sememangnya pelik, sombong? Entahlah aku tak ambil pusing tapi apa yang pasti dia ramai girls fan disekolah.
"Yoongi, tunggulah I. Kenapalah jalan laju sangat huh?" Jerit si queenka yang berfangirling itu.
Namun jeritan mereka tidak dilayan oleh Yoongi.
Dia terus masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat duduknya di belakang aku dan apa lagi? Membutalah tu!
"Matilah aku .." Bisik aku di dalam hati.
1, 2, 3 ...
BANNGGG ..
Bunyi dentuman pintu kelas aku yang ditolak oleh fans fans Yoongi. Gadis gadis itu mula meluru ke arah Yoongi sehinggakan kerusi aku dan diri aku juga di langgar sehingga aku turut sama tergolek dan dihimpap kerusi dek kerana mereka yang ingin memberikan hadiah mahupun breakfast kepada yoongi.
"What's wrong with you guys huh?" Jerit aku sambil menahan sakit.
Siapa kata tak sakit kalau kena tolak boleh dikatakan setiap pagi benda ini terjadi huh?
Aku bingkas bangun, ku cerlung mata mereka semua. Jelingan tajam aku berikan, nafasku tarik sehabis mungkin.
Sabar aku pun ada limit ok?
Aku melangkah ke arah gadis gadis dihadapan yoongi yang sedang lena dibuai mimpi itu dan aku renung mereka sedalam yang mungkin.
"Otak korang letak mana huh?" Aku mengetap kasar bibir merah aku ini.
Sabar haena, sabar control okay?
"Hek eleh budak pendek ni kan, eii geram aku lah" jawab salah seorang dari mereka dan mula mara ke arah aku dan apa yang aku nampak dia nak naikkan tangan ke arah muka aku yang bersih ini.
''Ahhhhh" jeritku di dalam hati sambil menutup mata.
Yelah siapa yang tak takut kalau ada orang nak tamparkan?
Tapi kejap, kenapa tak rasa apa apa?
Kenapa rasa angin?
Perlahan aku celikkan mata mencari tangan yang ingin melayang itu..
"Kau siapa nak tangankan dia?" Soal jejaka disebelahku ini sambil mengenggam erat tangan gadis itu.
"Baekhyun.." Sebutku sambil memandang matanya yang sepet itu. Baekhyun juga turut berpaling ketika aku menyebut namanya, dia tersenyum simpul dan berpaling ke hadapan semula.
"Sakitlah .." Aduh gadis itu sambil menarik narik tangannya dari Mr BB itu, byun baekhyun.
"Korang keluar sekarang, dan berhambus pergi masuk kelas masing masing sebelum aku .." Baekhyun memberhentikan kata katanya apabila terdengar suara Yoongi yang baru bangun itu menyapa kami semua.
"Apa yang korang memekak ni ha? Eii korang boleh keluar tak? Rimas aku tahu tak?" Jerit mark sambil menggosok gosok matanya yang masih lagi mengantuk itu.
"Dah pergi cepat, berambus .." Arah baekhyun sambil melepaskan tangan gadis itu kasar, lalu mendekati aku.
"Kau okay?" Soal baekhyun sambil menilik aku dari atas hingga ke bawah ..
ŞİMDİ OKUDUĞUN
I Will Show You | MIN YOONGI |
FanfictionI will show you, ini bermula kerana aku Jun Haena. Yang pada mulanya tidak ambil kisah tentang kehidupan orang sekeliling kecuali orang orang penting sahaja. Mula, menunjukkan perubahan akibat satu peristiwa yang buat diri aku rasa tercabar oleh si...