•••••••
Aku berjalan beriringan bersama baekhyun menuju ke pagar sekolah.
Sakit hati? Ya, mungkin. Jelingan Yoongi itu membuatkan aku berasa keliru.
Apa hak dia nak main jeling jeling dengan aku?
Kata perempuan menyusahkan tapi layan jugak. Apa jenis spesis di dunia ni pun aku tak tahu.
Huh dasar lelaki pelik ketam beku!
Eii geramnya! Bebelku di dalam hati sendiri.
"Noonaaa, hati hati! Depan tu ada longkang!"
Jeritan jungkook membuatkan aku tersedar dari khayalan kutukkan Yoongi itu.
Dapat aku lihat baekhyun yang sudah berada jauh dari aku dan manakala aku pula kini berada di dalam bahaya kerana aku tidak sempat untuk membreakkan diri dihadapan longkang yang agak besarnya dan kesannya jika aku terjatuh ke dalamnya.
"Arhhhhhhh mummy daddy .."
Jeritku menutup mata, bersedia redha akan kejatuhan yang bakal berlaku selepas ini.
Namun, apa yang aku rasa kini ialah seperti berada didalam dakapan seseorang.
Mimpikah? Asal tak jatuh ni? Siapakah orang yang seperti putera raja yang menyelamatkan aku ini?
"Lain kali guna mata kau tu. Jangan nak mengutuk aku je kat dalam hati tu"
Terus terbeliak mata aku apabila mendengar suara itu.
'Min Yoongi, matilah aku ..'
Pegangan dia cepat aku lepaskan.
Terkejut, mendengar suaranya. Terkedu aku apabila dia yang menyelamatkan aku daripada terjatuh ke dalam longkang itu. Sekali lagi, aku sudah menempah malang padanya.
Jun haena, apakah nasib kau pada hari ini?
"Tulah, syok sangat kutuk aku kan? Sampai longkang besar depan mata pun tak nampak .." Dia memandangku sinis sambil membuat muka ketam bekunya itu.
"Kesian, tu la aku dah cakap yang perempuan ni menyusahkan ishh .. Lain kali nak kutuk aku, pergi cari tempat yang baik sikit" sambungnya lagi. Sinis sungguh! Seperti sedang menikam dadaku kini.
Dia merenungku seketika lama seperti menanti sesuatu untuk aku berkata. Akhirnya aku yang sudah stabil dengan keadaan diri mula bersuara semula.
"Terima kasih sebab tolong saya. Saya tahu saya salah sebab kutuk awak. Maafkan saya .."
Akhirnya aku mengakui juga kesalahanku yang aku buat tanpa pengetahuannya itu. Mukaku mula bertukar warna menjadi semerah tomato.
First time meminta maaf padanya.
'Rilex haena, rilex ..' Aku cuba mengawal diri apabila berhadapan dengannya.
Malu? Mungkin king sekolah kot.
"Ingat kau ada hutang dengan aku lepas ni, huh dasar semua perempuan menyusahkan .." Kata kata terakhir Min yoongi sebelum dia melangkah pergi meninggalkan aku ini membuatkan aku bertambah bingung dan terkedu bagaikan tugu negara ini.
"Haena okay?"
Soal jin oppa yang mula risau akan diri aku yang hanya mendiamkan diri sejak tadi di situ.
"Haena?"
"Noona?"
"Kau okay?"
Baekhyun menarik tanganku supaya mendekatinya. Lamunan aku mengenai kata kata yoongi tadi itu juga telah pergi setelah ditarik dekat menghadap baekhyun ini.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
I Will Show You | MIN YOONGI |
FanfictionI will show you, ini bermula kerana aku Jun Haena. Yang pada mulanya tidak ambil kisah tentang kehidupan orang sekeliling kecuali orang orang penting sahaja. Mula, menunjukkan perubahan akibat satu peristiwa yang buat diri aku rasa tercabar oleh si...