•••••••
°Haena pov°
Waktu rehat sudah, bermula. Aku pula membawa diri, berjalan seorang diri tanpa hala tuju pergi mencari idea bernas tentang cabaran itu.
"Ahhhh macam mana ni?!" Runsing aku dengan apa yang ingin dijaminkan. Kaki ku atur lagi, entah sampai ke mana pun aku tidak tahu.
"Jaminan, cabaran, jaminan, cabaran, jaminan, cabaran .." Ulang aku, mengira dan mencari idea untuk perkara itu.
Aku berhenti mengira setelah sampai ke tempat yang tidak dirancang sebagai destinasi rehat hari ini.
Roftop sekolah, port favourite semua pelajar untuk mencari ketenangan. Aku berjalan menuju ke arah hujung roftop dan ku pandang langit yang membiru itu lama lama.
"Langit, ouh langit. Macam mana nak cari idea?" Soalku agak bodoh seketika.
Susah jugak nak cari idea ni eh?
Macam mana ni, apa yang harus aku lakukan hmm?
"Aku kena buktikan yang perempuan ni tak menyusahkan kat Yoongi tu. Dia fikir, perempuan semua macam tu ke? Semua perempuan tak macam fans dia yang gila tu, perempuan ni lembut, berjiwa halus takkan nak menyusahkan orang pulakkan? Macam aku, aku tak pernah menyusahkan mummy daddy, tapi asal otak dia dah labelkan yang perempuan ini menyusahkan huh? Dia ni ada hati ke tak?" Kata aku seorang diri sambil memandang langit, burung yang berterbangan itu juga.
"Ikut suka kau je nak label aku macam macam ye?"
Sinis satu suara entah dari mana pun aku tak pasti.
Takkanlah .. Dia? Eh jap, bukan tadi aku masuk sini takde orang ke?
Aku tertunduk tunduk mencari dari mana datangnya suara itu? Aku berpusing seperti satelit mencari suara itu.
Mana ni? Hantu ke takkanlah?
"Tak payahlah nak cari aku kat mana, sesedap rasa kau jekan kutuk aku?" Sambung suara itu lagi.
"Weh hantu ke apa? Janganlah macam ni takut saya tahu tak?!" Jerit aku sedikit gugup sambil menelan air liur sebaik mungkin.
"Perempuan ni memang menjekelkan, dahlah menyusahkan aku je. Dan kau, sesedap rasa kau je nak mengutuk aku kan?!" Sinis Yoongi agak tajam sambil bangun dari perbaringannya di sebalik dinding tangga itu.
Kini, dia bangun dan menuju ke arah aku dengan cara yang agak menakutkan.
Macam mana aku tak sedar dia ada dekat sini? Aku menyoal diri sendiri.
Bodoh, matilah kau haena, mati. Ahh lantaklah!
Malas baik aku fikirkan caranya bagaimana daripada melayan si Ketam beku yang tiada perasaan ini.
"Kutuk aku lagilah tu dalam hati tu. Kata aku ketam beku heh .."
What thee adakah orang yang kini berada disamping aku ini manusia?
Eh Min yoongi awak ini hantu ke apa?
Macam mana dia boleh tahu aku tengah erm okay lupakan. Aku menjelingnya sekilas, malas nak layan katakan.
"Kau tadi, dahlah langgar aku lepastu sesedap rasa kau je nak kata aku macam macam and now kau kutuk aku ketam beku pulak? Memang, memang dasar perempuan ni menyusahkan .." Perli yoongi sambil memandang langit disisiku.
Dia menarik nafas sedalamnya dan melepaskannya berat.
"Yoongi .."
Panggilku perlahan, dia menoleh dan memandang aku dengan pandangan kosong.
![](https://img.wattpad.com/cover/80979745-288-k693017.jpg)
ŞİMDİ OKUDUĞUN
I Will Show You | MIN YOONGI |
FanfictionI will show you, ini bermula kerana aku Jun Haena. Yang pada mulanya tidak ambil kisah tentang kehidupan orang sekeliling kecuali orang orang penting sahaja. Mula, menunjukkan perubahan akibat satu peristiwa yang buat diri aku rasa tercabar oleh si...