Part 5.

134 13 1
                                    

•••••••

Perasaan aneh yang tiba tiba menyerbu diri semasa tidur membuatkan aku terjaga dari tidur yang lena itu.

Terkejut aku dibuatnya apabila terlihatkan Min Yoongi si blonde yang sedang lena tidur sambil meletakkan kepalanya disisi aku sementara tubuhnya, dibahagian bawah katil itu.

Kepala yang masih berat itu tidak mengizinkan aku untuk berbuat apa apa.

Muka Yoongi yang sedang lena tidur itu membuatkan aku terpesona seketika.

Lembut, kacak, cantik kulitnya ketika tidur tidak sama seperti mukanya yang sentiasa dipamerkan kepadaku.

Si ketam beku ..

bagaimana dia boleh menolong aku? Dan kenapa dia menolong aku?

Sedangkan dia tidak sukakan aku, malah melabel perempuan ini menyusahkan ..

"Syok tengok muka aku? Syok kata aku? Soalnya membuatkan aku tersentak.

'Gila, ingatkan dia tengah tidur rupanya ... Ish memang nasiblah kalau dengan mamat ketam beku ni'

Terkejut akan suprise Yoongi yang hanya berlakon tidur itu membuatkan aku ingin berpaling ke arah lain, ingin menyambung tidur kerana masih pening lagi.

"Malulah tu, dah la kutuk aku lepastu tenung aku kata aku handsome .." Usik Yoongi sambil memandang aku yang sudah berpaling darinya itu.

"Diamlah, perasan je lebih awak ni!!" Marah aku perlahan kepadanya.

Nasib aku tak sihat kalau tak, mati kau Min Yoongi.

"Haenaa ... Haenaaaa .. Junnn .." Panggil Yoongi meleret manja gedik semua.

Panggilan gedik Yoongi itu hanya dilayan oleh bunyi krik krikk sahaja. Malas hendak melayan perangai mark yang mula aneh aneh itu.

"Haena ..."

Kini, yoongi mula memanjat katil kingnya itu lalu mendekati aku yang berbaring ke arah lain ini.

Seram apabila mendengar bunyi cadar emas hitam yoongi itu bergerak gerak apabila tuannya yang berada di atasnya.

"Haena ..." Panggilnya lagi.

Lain suaranya kini, membuatkan bulu roma aku terpacak terus.

'Apa yang dia mahukan? Jangan nak menggedik time time begini, ada yang mendapat kaki nanti' getusku di dalam hati.

Kini yoongi betul betul berada di sebelahku, bunyi hembusan nafas yoongi membuatkan aku terpaku kaku bak batu.

Fuhhhhhhhhhh ...

Tiupan angin yang di lakukan oleh Yoongi itu membuatkan aku yang sudah berada di hujung katil ini tersentak. Lalu ..

Gedebukkkk ...

Terkejut akan kelakuan Yoongi itu, akhirnya aku tergolek jatuh dari katil king milik Min Yoongi itu.

Dengan keadaan diri yang masih tidak sihat, kini dihadiahkan pula dengan sakit sakit di badan akibat hentakan yang kuat, terjatuh ke bawah ini.

"Haena, weyh hahahahaha sorry aku nak memain je. Tak sangka kau terkejut macam beruk ni sampai tergolek bagai .."

Tawa Yoongi yang meletus itu membuatkan darah aku naik seperti gunung berapi.

'Kurang asam punya ketam beku!'

"Aduhhh mummy daddy ahhhh .."

Aku yang kini sedang mencuba untuk berdiri, gagal kerana keseluruh badan mula terasa bisa jatuh tadi. Hanya yang mampu aku keluar hanyalah air mata sahaja ketika ini ..

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Aug 24, 2016 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

I Will Show You | MIN YOONGI |Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin