•••••••
Air mata yang masih laju membasahi pipi itu tidak mampu aku lap, apabila dilap ia masih jatuh lagi bagaikan air terjun.
Bunyi dentuman kilat memainkan peranan ketika ini. Seperti memahami keadaan hati aku yang sudah bercelaru kini.
Akhirnya, dentuman kilat itu di akhiri dengan hujan yang mula lebat membasahi bumi .. dan juga aku yang masih berpeluk lutut ini.
"Baekhyun .. Sampai hati kau. Kenapa kau kata aku macam tu? Kenapa?!" Tangis aku sendiri.
Sahabat, kesayangan dan juga di anggap sebagai 'oppa' sanggup mengamuk kerana aku tidak memberitahunya perihal apa yang Min Yoongi katakan itu?
Berkecai hati, apabila ditengking sebegitu. Apa salah aku Byun Baekhyun?
Kini badan, baju dan beg sekolah aku sudah lencun dibasahi oleh air mata awan yang turut menangis bersamaku kini.
'Terima kasih awan, sebab kau pun faham situasi aku sekarang ni ..'
Mata yang sudah sembap itu aku halakan ke hadapan apabila sinaran lampu kereta mula menepati diri ini.
Air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir itu cuba aku seka.
Aku fokuskan ke arah susuk tubuh seseorang yang datang mendekati aku kini. Kepala yang kini mula dilanda ribut taufan pula aku gagahkan untuk memandang tepat ke arah susuk tubuh itu.
"Kau buat apa ni?!" Marah si jejaka itu.
Suara itu, ya! Suara itu amat aku kenali tapi di mana?
Ingatan yang mula memberat ini membuatkan aku sukar untuk meneka siapa dia.
Hanya air mata sahaja yang mampu aku berikan sebagai jawapan disebalik air hujan yang turut menyertai ini.
"Kenapa kau duduk dekat sini tengah tengah hujan ni huh? Kau dah nak mati sangat ke apa?!" Jerkah lelaki itu menarik aku supaya bangun menghadapnya.
Aku tidak kisah apa yang berlaku kini. Apa yang pasti hati aku telah hancur apabila si sahabat sendiri yang disayangi sanggup menengking aku sebegitu.
"Jun haena! Kau dengar tak apa yang aku katakan ni huh?!" Marah lelaki itu menarik aku mendekatinya.
Aku gagahkan untuk berdiri lama, namun disebabkan kepala yang kian memberat itu membuatkan aku mula hilang imbangan.
Pandangan mata yang tadi boleh melihat kini kabur dan wajah lelaki itu mula hilang dari pandangan.
Ttuupp ...
Aku terkulai jatuh rebah dihadapan lelaki itu, sempat juga lelaki itu menyambut diriku ini ..
"Dasar menyusahkan ..." Hanya itu yang dapat aku dengari sebelum aku betul betul hilang daya untuk bertahan.
'Yoongi? ..'
Akhirnya aku menutup mata, tidak mampu bertahan lagi.
•••••••
Yoongi pov -Kereta yang aku pandu kini mula melintasi jalan dihadapan hentian bas.
Segera aku menarik break kereta itu laju apabila terlihat satu susuk tubuh yang amat aku kenali sedang duduk berpelukkan lutut dibasahi air hujan yang kian melebat di luar hentian bas itu.
"Jun haena? .. Si gadis yang menerima cabaran aku ataupun dikenali sebagai gadis yang menyusahkan .."
"Apa yang dia buat dekat situ time time hujan cenggini?" Soalku lagi, pelik.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
I Will Show You | MIN YOONGI |
FanfictionI will show you, ini bermula kerana aku Jun Haena. Yang pada mulanya tidak ambil kisah tentang kehidupan orang sekeliling kecuali orang orang penting sahaja. Mula, menunjukkan perubahan akibat satu peristiwa yang buat diri aku rasa tercabar oleh si...