Part 1

8K 476 28
                                    

Langkah diatur mahu mendekati sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain dengan girang. Sudah lama dia memerhati kumpulan kanak-kanak itu. Dia hanya mampu lihat tetapi tida mampu untuk mendekati mereka.

Setiap hari dia akan ke situ untuk lihat mereka bermain. Walaupun hanya menjadi pemerhati dari jarak jauh, dia gembira. Mendengar gelak tawa dan senda gurau kumpulan kanak-kanak itu sudah mampu buat dia bahagia biarpun tidak merasainya.

Namun, hari ni dia mengambil keputusan untuk mendekati mereka. Dia mahu bermain dengan mereka. Dia mahu berkawan dengan mereka. Dia mahu bergembira dengan mereka. Itulah impiannya sejak dia tinggal di situ dan membesar di situ. Dia mahu jadi seperti kanak-kanak yang lain iaitu boleh bergelak tawa dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya.

Dengan perasaan takut-takut, dia mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut. Senyuman mesra dilemparkan kepada mereka.

"Kamu semua main apa? Saya nak main boleh?" tanya dengan mesra.

Kumpulan kanak-kanak itu berhenti bermain apabila dia menyapa. Mereka memandang tajam ke arah dia.

"Tak boleh! Kamu anak ahli sihir yang kejam!"

"Anak syaitan!"

"Kamu tak layak bermain dengan kami!"

"Ibu bapa kamu pembunuh!"

"Kamu ahli sihir yang jahat!"

"Kamu pembunuh sama macam ayah kamu!"

Kumpulan kanak-kanak tersebut bertindak membaling batu ke arahnya. Dia menahan dengan tangan supaya batu itu tidak mengena pada tubuh dan kepalanya.

Tapi akan daya batu-batu yang dibaling tetap mengenai tubuhnya yang kecil. Air matanya mula mengalir kerana tidak tahan dengan kesakitan. Bukan sakit di badan tapi sakit di hati lebih parah. Tiada ubat yang mampu menyembuhnya...

"Tolong... Sakit..." rayunya bersama esakan.

"Kita bunuh ahli sihir yang kejan tu!" kata salah seorang budak lelaki itu.

Dia lari sekuat hati apabila dirinya dikejar oleh kumpulan kanak-kanak tersebut. Air mata tetap mengalir membasahi pipinya. Banyak kali dia terjatuh akibat tersadung akar kayu dan batu, tetapi dia tetap bangun.

Takut dia akan disakiti oleh kanak-kanak itu lagi. Telapak tangan dan lutut yang melecet akibat jatuh dibiarkan. Dia terus berlari masuk ke dalam hutan di mana rumahnya berada.

Satu ketika dulu, keluargnya tinggal bersama penduduk kampung lain. Tetapi setelah peristiwa itu berlaku, mereka dipulau oleh penduduk kampung sebab itu rumahnya berada di hutan jauh dari kebencian orang. Menyendiri tanpa teman. Mengenang nasib diri yang malang.

Dia masuk ke dalam rumah atau lebih tepat dipanggil pondok usang. Ruang dalamannya hanya sekangkang kera. Bilik tidur, ruang tamu dan dapur dalam kawasan yang sama. Dia merebahkan badan pada tilam yang sudah lusuh dan pudar warna. Sekali tangisan dia hamburkan sepuas-puasnya.

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa hidupnya tidak seperti kanak-kanak lain? Kenapa dirinya dibenci oleh penduduk kampung?

Ibu dan ayahnya tak salah! Ibu dan ayahnya seorang penyayang... Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Kasih sayang yang dia dapat dari ibu bapanya melimpah ruah.

Tapi mereka menuduh ibu dan ayahnya sebegitu rupa. Ibu dan ayahnya bukan pembunuh! Mereka yang pembunuh! Mereka bunuh ibu dan ayahnya sehingga menjadikan anak yatim!

"Ibu... Ayah.... Lycidas rindukan ibu dan ayah...." rintihnya bersama air mata yang mengalir membasahi wajahnya polos.

Akhirnya, dia tidur bersama hati yang terluka. Dia berharap tidurnya akan lena dengan bermimpikan ibu bapanya.

Hanya mimpi yang mampu mengubat hati yang luka. Hanya mimpi yang mampu temukan dia dan ibu bapanya. Hanya mimpi dia mampu bahagia...

Book 1: Lagenda Castreiland (✓)Where stories live. Discover now