Malam yang kelam. Bunyi cengkerik menjadi melodi utama dan mengisi kesunyian suasana setiap malam. Tika cengkerik asyik dengan bunyinya, penduduk kampung pula lena tidur dibuai mimpi dan diulik oleh melodi asli dari alam semula jadi. Nyenyak sekali untuk menghilangkan lelah setelah penat bekerja seharian.
Namun, ada sesetengah penduduk kampung masih berjaga demi keselamatan kampung mereka untuk mengelakkan dari diserang oleh raksasa kegelapan. Bukan itu sahaja mereka mahu memastikan pengamal sihir hitam tidak membuat onar menculik budak-budak di kampung.
"Penghulu... Kita mesti halau dia!"
"Ya... Sejak mereka tinggal di sini macam-macam yang terjadi! Sebelum ini tak pernah berlaku sedemikian rupa..."
"Ya! Betul!" sahut orang yang berada di situ di dalam balai mesyuarat.
"Sabar... Sabar... Kita perlu siasat sama ada masalah di kampung kita angkara mereka atau tidak..." kata penghulu.
"Siasat apa lagi? Bukti sudah ada... Pengamal sihir hitam sudah mulai buat onar di kampung kita. Selama ni, pelindung kampung kita kukuh! Sejak mereka tinggal di sini pelbagai bala bencana yang menimpa!"
"Ya! Betul! Betul!" Sekali lagi mereka bersetuju.
"Sabar... Sabar..."
"Ah... Sabar... Sabar... Itu sahaja yang penghulu katakan. Kalau penghulu tidak sampai hati mengusir mereka, biar kami yang halau mereka! Sesiapa yang mahu ikut aku, nyalakan obor-obor... Jika mereka tidak mahu keluar! Kita bakar rumah mereka!"
Mereka mula bergerak ramai-ramai dengan obor-obor berada ditangan mereka. Penghulu kampung terpaksa mengikuti mereka untuk memastikan mereka tidak bertindak diluar jangkaan.
"Keluar kau, ahli sihir!"
"Keluar kau syaitan!"
"Berambus kau dari sini!"
"Tinggalkan kampung ni!"
Pintu rumah kayu terbuka apabila terdengar bunyi riuh rendah di hadapan mereka rumah mereka.
"Kenapa ya?"
"Kau tanya lagi kenapa? Kami nak kau dah keluarga berambus dari sini!"
"Tapi ini satu-satunya tempat tinggal kami..."
"Ah.... Kami tak kira! Kami nak kau berambus dari kampung ni!"
"Tapi hari dah tengah malam... Kat mana kami nak menumpang tidur..."
"Itu bukan urusan kami! Kami nak kau dan anak isteri kau pergi dari kampung ni sekarang jugak."
"Tapi kenapa kami dihalau macam ni sekali?"
"Kau tanya lagi? Disebabkan kau dan anak isteri kau! Kampung kami dah tak aman macam dulu! Keluar dari kampung ni! Jika tak kami akan bakar rumah ni sekali dengan kau!"
"Kasihanilah kami... Kami tiada tempat untuk dituju..."
"Syaitan macam kau tak layak dikasihani!"
Atas desakan dan amaran orang kampung, mereka sekeluarga terpaksa pergi meninggalkan kampung tersebut pada malam itu juga dengan sehelai sepinggan. Hanya barang penting saja yang mereka bawah.
"Ayah... Lycidas penat... Mengantuk..."
"Kesiannya anak ayah... Biar ayah yang dukung kamu..."
Lycidas terus melompat naik ke atas belakang ayahnya. Kepala dilentokkan pada belakang ayahnya.
"Saya, awak tak dukung?"
"Boleh saja... Jika awak tak malu dengan Lycidas..."
Mereka berdua ketawa kecil. Biarpun telah dihalau dan diusir tanpa belas kasihan senyuman dan ketawa mereka tetap mekar diwajah.
"Kita nak tinggal di mana? Hari dah larut malam. Kesian pada Lycidas... Perjalanan kita masih jauh..."
"Awak..."
"Eh, awak ni biar betul? Kita masih berada di Draxton biarpun di sini hutan..."
"Mereka halau kita dari tinggal di kawasan tempat tinggal mereka. Mereka tidak bagitahu pun kita tidak boleh tinggal di Draxton. Jadi, kita boleh tinggal di sini..."
"Betul juga... Baiklah..."
Matanya dipejam seketika untuk mengingati mentera yang dia tahu.
"Wahai pokok penghuni hutan...
Lindungilah kami dari bala bencana...
Izinkan kamu menggunakan dirimu menjadi tempat untuk berteduh...
Sebagai galang gantinya...
Akanku lindungi hutanmu dari segala ancaman bahaya..."
Perlahan-lahan pokok tersebut membuat dinding rumah. Akar pula menjalar menjadi lantai. Daun-daunnya pula menjadi bumbung. Biarpun kecil itu sudah cukup bagi mereka.
YOU ARE READING
Book 1: Lagenda Castreiland (✓)
FantasyFudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian menjadi santapan halwa telinga... Dalam diam, titik hitam memenuhi ruang hatinya sehingga membentuk...