Part 3

3.9K 374 16
                                    

Lycidas terjaga dari mimpinya yang panjang. Peluh membasahi dahinya tanda dia baru sahaja mendapat mimpi buruk. Mimpi yang selalu menghantui sejak kecil lagi. Kadang-kala mimpi itu juga yang mampu mengubati rasa rindu pada ibu dan ayahnya.

Apabila memperolehi mimpi tersebut, dia mahu cepat-cepat membuka mata kerana dia takut akan mimpi itu. Mimpi peristiwa yang membawa luka yang dalam dihatinya. Peristiwa yang membuatkan dia kehilangan orang tuanya menjadikan dirinya anak yatim piatu dalam usia 11 tahun.

Sudah 10 tahun berlalu, setiap satu peristiwa yang terjadi dalam hidupnya, dia ingat satu-persatu. Tidak pernah tertinggal untuk dirakam oleh kotak memorinya. Setiap kata cacian, hinaan dan makian dia ingat. Segala-galanya dia ingat. Hatinya terdetik mahu melawan mereka tapi apabila teringat pesan ibu bapa mereka, dia terus bersabar.

Tapi sampai bila dia dia harus bersabar? Sabar ada hadnya. Sampai satu saat dia pasti akan kehilangan kesabaran itu. Semua makhluk yang ada ada tahap kesabarannya. Ia akan meletus sama ada cepat atau lambat. Masa itu akan tiba...

Kesabaran yang dia cuba kawal pasti akan hilang...

Bosan tinggal di rumah, Lycidas akan keluar berjalan-jalan di kawasan hutan seorang diri tanpa teman. Dia tidak mempunyai kawan manusia. Pokok-pokok, haiwan liar dan burung-burung adalah penemannya, penghiburnya dan pendengar setianya.

Dari kecil sehingga sekarang, flora dan faunalah yang menemaninya sepanjang masa, menghiburkannya setiap hari, dan mendengar masalah yang tanpa bicara.

Bukan itu sahaja, dia bertanggungjawab menjaga hutan tersebut. Jika haiwan buas terluka akibat terkena perangkap pemburu, dia penyembuhnya. Jika pokok-pokok hampir mati, dia penyelamatnya. Jika burung patah sayapnya, dia akan gantikan sayap itu dengan sayap baru.

"Kenapa dengan kau wahai pokok?" tanyanya.

"Siapalah yang tergamak membuat dirimu begini," katanya. Dia menyembuh pokok tersebut. Kesan tetakan pada pokok itu hilang.

"Sama-sama, wahai pokok..."

Dia terus berjalan untuk mencari pokok yang sakit sama seperti pokok tadi di samping itu dia boleh bersiar-siar.

Tiba-tiba sahaja dia terdengar suara orang sedang bercakap. Suara-suara tersebut kedengaran sangat dekat dengannya. Lycidas agak gelebah kerana dia tidak mahu terserempak dengan penduduk kampung yang selalu masuk ke hutan itu.

"Tengok apa yang kita jumpa..."

"Wah... Dapat kepalanya mesti mahal..."

"Aku sukakan sayapnya...

"Habis itu aku dapat apa?"

"Dapat tengok lah..."

Lycidas kaku. Di hadapannya terdapat tiga orang lelaki yang membawa peralatan memburu. Dia tak menyangka bahawa dia akan terserempak dengan penduduk kampung pada hari ini. Setelah sepuluj tahun dia menyepikan diri dalam hutan, hari ini dia bertemu dengan penduduk kampung.

"Kau nk jenis apa? Nak kata manusia tak..."

"Dah terang-terang dia tu syaitan..."

"Aku dengan ibunya ahli sihir jahat..."

"Jadi dia ni apa?"

"Ahli sihir syaitan? Hahahaha..."

"Ibu bapanya merupakan pembunuh!"

"Tak!" jerit Lycidas apabila tiga orang lelaki itu menuduh ibu dan ayahnya.

"Berani kau jerit pada kami, anak pembunuh!" marah salah satu lelaki itu.

"Kita tangkap dia!"

Lycidas tidak mampu melepaskan diri apabila dia kepung ditambah lagi lelaki itu memegang besi dan ada juga yang memegang rantai. Dia mahu menyerang mereka tapi dia takut akan mencederakan lelaki-lelaki itu. Jika dia melakukannya, tuduhan orang kampung jadi benar.

Dia mengerang kesakitan apabila kaki dan tangannya dicederakan oleh pedang yang digunakan mereka. Darahnya sudah menitis keluar. Tubuhnya jadi lemah serta-merta. Dia tidak berdaya untuk melawan dan membiarkan tangannya diikat kemas. Dia dipaksa berjalan dan diheret bagai seekor haiwan yang dicucuk hidung.

Apabila terjatuh dan tersadung, dia dipaksa bangun. Badannya habis calar-balar dan luka tetapi sedikitpun tidak dikasihani oleh mereka.

Sampai di kawasan kampung, dia ditolak di kawasan tengah-tengah kampung sehingga terjatuh. Penduduk kampung mula mengerumuninya. Bisikan-bisikan halus singgah di telinga...

Book 1: Lagenda Castreiland (✓)Where stories live. Discover now