Part 4

3.6K 369 10
                                    

"Lihatlah orang kampung! Inilah anak ahli sihir yang kejam dan anak syaitan yang jahat. Ibu bapanya merupakan pembunuh yang membunuh rakyat yang tinggal di Castreiland! Mereka tinggal di kampung kita hanya satu matlamat! Iaitu mahu membunuh penduduk kampung kita kerana orang yang tinggal di bandar, di kota sudah habis dibunuh dengan kejam!"

Penduduk kampung mulai mempercayainya. Perasaan benci mulai menular dalam hati.

"Anak pembunuh!"

"Ibu bapa kau pembunuh, kau juga pembunuh!"

"Pembunuh tidak berhati perut!"

"Kau juga ahli sihir yang jahat macam ibu kau!"

"Ibu bapa kau kejam, kau juga kejam!"

"Ibu bapa kau tidak berperikemanusian!"

"Celakalah kau dan ibu bapa kau!"

"Keluarga kejam!"

Lycidas menggelengkan kepala mahu menafikan segala tuduhan, hinaan dan makian itu. Hatinya sakit, jiwanya terluka dan dirinya rapuh. Air mata mula membasahi wajahnya kerana tidak sanggup mendengar makian penduduk kampung tentang ibu bapanya.

"Tak!!! Kamu salah!!! Ibu bapaku tidak begitu!!!" jeritnya bersama airmata.

"Ah... Kau diam!!!"

Seorang lelaki menolak badannya. Kepalanya dipijak. Tanah yang kering menjadi basah kerana darahnya. Sakit... Ya, sakit! Sakit pada badannya tiada tandingan sakit dihatinya. Luka dihatinya terlalu parah dan dalam. Tiada ubat yang mampu menyembuhi luka itu.

"Argghhhhh!!!!!!" jerit Lycidas sekuat hati.

Lelaki yang memijak kepalanya terpelanting jauh. Penduduk kampung lari bertempiaran kerana amukannya. Tali yang mengikat tangannya cair bagai air. Tanpa melengahkan masa dia berlari sekuat hati masuk ke dalam hutan. Makin lama, makin jauh dia berlari tanpa arah.

Namun, kakinya tersadung akar. Dia jatuh tersemban di atas tanah. Perlahan-lahan dia bangun duduk. Kepalanya ditundukkan. Sebelah tangannya menekup wajahnya. Bahunya sedikit bergerak-gerak. Satu-persatu air jernih jatuh bersama esakan. Makin lama makin kuat esakan mengenangkan nasib diri.

Serentak itu, cuaca yang redup tiba-tiba sahaja mendung. Awan hitam mula berkumpul. Titis-titis air mula membasahi bumi. Seakan-akan menangis bersamanya.

Ibu...

Ayah...

Kenapa...

Kenapa...

Apa salah kita...

Apa dosa kita...

Banyak sangat ke kesalahan kita...

Besarkan sangat ke dosa kita...

Kenapa mereka membenci kita...

Kenapa kita dihina sedemikian rupa...

Kenapa kita caci dengan kata-kata itu...

Tidak cukup dengan itu kita dihalau dari rumah sendiri...

Tiada ruangkah untuk kita hidup di sini...

Tiada peluangkah untuk kita hidup dengan bahagia...

Kenapa takdirku begini...

Kenapa...

Ibu...

Ayah...

Bawa Lycidas pergi dari sini...

Lycidas mahu bersama ibu dan ayah...

Lycidas tidak sanggup tinggal di sini lagi...

Tolong...

"Lycidas... Jaga buku ni baik-baik... Jangan benarkan sesiapa membukanya. Jika buku ini terbuka dan tidak menggunakan sebaik mungkin, kelak akan berlaku bala bencana yang dahsyat atas kehendak orang yang membukanya. Dengar anakku, pelihara hatimu... Bila kamu membuka buku ini dengan hati yang suci, kamu memperoleh manfaat yang baik. Jika hatimu hitam, sebaliknya akan terjadi."

Dia bangun apabila teringatkan Buku Larangan ibunya. Di dalam fikirannya hanya satu...

Dia mahu semua penduduk kampung menderita sebagai mana dia menderita...

Dia mahu semua penduduk kampung merana sebagai mana. dia hidup merana...

Dia mahu semua penduduk kampung terseksa sebagai mana dia terseksa saban hari...

Hatinya perlahan-lahan timbul titik hitam. Makin lama makin banyak memenuhi hatinya.

Tiada lagi warna putih...

Hitam dan kelam...

Dirinya sudah basah kuyup kerana meredah hujan. Kedinginan hujan tidak menjejaskan suhu badannya. Apabila sampai di rumah, dia terus melangkah masuk tanpa mempedulikan badannya yang basah. Lumpur yang meletak ditapak kaki mencemari lantai rumahnya juga tidak dihiraukan lagi.

Satu almari kecil dibuka. Tiada apa yang berada di dalam almari tersebut. Apa yang ada hanya bungkusan yang dibalut dengan kain hitam. Dia mengambil bungkusan itu. Kain hitam itu dibuka menyerlahkan sebuah buku lama.

"Maafkan Lycidas, ibu... Ayah..."

Book 1: Lagenda Castreiland (✓)Where stories live. Discover now