1

244 11 0
                                    

Suasana di dalam kelas 5 permata sunyi sepi. Cuma ada 5 orang pelajar sahaja yang ada di dalam kelas itu. Yang lain pula menghadiri kem motivasi.

Jimin menggaru kepalanya. 'Siapa yang harus aku tanya ni? Seokjin tidur. Tak sampai hati aku nak kejutkan dia. 2 budak perempuan tu pun tidur jugak. Yang tinggal cuma...huh..minah tu!'

Jimin berjalan ke arah tempat duduk Yuju. Yuju sedar akan kehadiran jimin tetapi dia buat tidak kisah sahaja.

"Harini ada perjumpaan untuk pelajar yang dapat biasiswa kan?" Jimim bertanya.

5 saat berlalu, Yuju tidak memberi respon. Jimin hairan. Dia yakin suaranya tadi sudah cukup kuat. Mustahil Yuju tak dengar. Jimin mula naik angin.

"Yah!!! Kenapa kau ni sombong sangat? Aku nak tanya sikit pun tak reti nak jawab?" Jimin merengus kasar. Sungguh dia geram dengan rakan sekelasnya yang sombong itu.

Yuju langsung tidak mempedulikan Jimin. Matanya ralit membaca nota fizik.

Jimin manjadi semakin marah dengan reaksi Yuju yang buat tak endah dengan apa yang dia katakan tadi. "Ok, fine. Kau menyampah sangat kat aku kan. Aku pun bukan nak sangat cakap dengan kau. Buang masa aku sahaja." Jimin terus meluru keluar dari kelas.

Yuju mengeluh. Rasa serba salah mula menebal dalam hati. Memang dia annoyed dengan si Jimin tu, tapi tindakan dia tadi sudah melampau. Jimin tanya dengan cara yang baik. 'Kenapalah aku cari pasal dengan dia lagi?'

Hey YouWhere stories live. Discover now