3

60 4 0
                                    

Jimin meraba laci mejanya untuk mengambil buku nota kimia. Tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu.

'Kertas apa ni?' Desis hati Jimin. Dia lantas membuka lipatan kertas tersebut.

'Sorry pasal haritu. Masa tu aku bad mood sebab aku datang sekolah lambat so .. aku kena marah dengan cikgu disiplin..'

Selesai sahaja Jimin membaca isi kandungan surat misteri itu, bibirnya lantas mengukir senyuman.

"Kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang?" V menegur kawan baiknya itu.

Senyuman Jimin mula beransur pudar. "Makcik tu bagi surat minta maaf kat aku." Jimin menghulurkan kertas itu kepada V.

"Ohh..tu sebabnya dia buat dek kat kau haritu. Kesian Yuju.." V benar-benar bersimpati dengan Yuju. Dia juga pernah kena marah dengan cikgu disiplin aka Cikgu Lee yang garang macam singa tu.

Hey YouWhere stories live. Discover now