5

49 4 0
                                    

Tangannya terketar-ketar. Telefon bimbitnya yang sudah kehabisan bateri itu terlepas dari tangannya. Yuju segera mengusap air matanya yang mengalir dengan deras itu.

Beberapa saat kemudian, sebuah kereta berhenti di tepi jalan, kira-kira 3 meter dihadapan Yuju.

Pemandu tersebut keluar daripada keretanya. Dia menuju ke arah Yuju.

"Adik, macam mana boleh jadi macam ni? Dia ni tengah mengalami pendarahan sekarang. Awak sudah panggil ambulans ke belum?" Soal wanita itu semasa dia sedang memeriksa nadi Suga yang masih tidak sedar itu.

"Belum..saya.." Yuju terdiam. Dia berasa amat bersalah. Sepatutnya dia cepat-cepat menghubungi ambulans. Tetapi, dia menjawab panggilan Tiffany dahulu.

"Mari tolong saya angkat dia ke kereta. Kita perlu ke hospital secepat mungkin."




Hey YouWhere stories live. Discover now