2

166 8 2
                                    

Sooyoung bermain dengan jari jemarinya yang halus itu. Fikirannya jauh merewang ke tempat lain. Sungguh dia keliru dengan perasaannya. Takkan semudah 123 dia berubah hati?

Suga...

Jiran sebelah rumahnya sejak dia kecil lagi. Daripada sekolah rendah sampailah sekolah menengah, dia sentiasa sama kelas dengan Suga. Sooyoung juga sangat mengenali perangai Suga. Baik buruk Suga semua dia tahu. Maklumlah hubungan ibubapa Sooyoung dan Suga sangat rapat. Jadi, ibubapa Suga selalu menceritakan perangai Suga di rumah.

2 tahun lepas, Sooyoung menyedari bahawa dia sebenarnya menaruh hati terhadap Suga. Tetapi, Sooyoung langsung tidak menceritakan hal itu kepada sesiapapun. Dia tidak mahu Suga tahu tentang perasaanya.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, perasaan suka itu seolah-olah tidak wujud lagi. Sooyoung hairan. Apakah hatinya sudah diragut oleh 'dia' ?

Hey YouWhere stories live. Discover now