6

83 4 0
                                    

Sebaik sahaja mendapat berita tentang Suga, Jungkook segera bersiap untuk ke hospital. Dia memberitahu kawan-kawan yang lain semasa dalam perjalanan ke hospital.

Jungkook bertembung dengan Yuju di pintu masuk hospital. Ketika itu, Yuju ingin pulang ke rumah bersama-sama ibubapanya.

Jungkook perasan yang Yuju cuba mengelakkan diri daripada bertentang mata dengan Jungkook. Jungkook hairan dengan kelakuan gadis itu.

Tatkala Jungkook tiba di pintu masuk wad A4, dia dapat mendengar suara ibu Suga yang menangis teresak-esak. Bertambah sayu Jungkook dibuatnya apabila dia ternampak kawannya yang terlantar di atas katil itu.

"Makcik, sabar ya...Makcik kena kuatkan semangat demi Suga. Makcik tak boleh nangis macam ni..." Sulli cuba memujuk dan memberi semangat kepada ibu Suga, Puan Min.

Puan Min menarik Sulli ke dalam pelukannya. Sungguh dia amat pilu melihat keadaan anak tunggalnya itu. Mujur ada Sulli untuk memberinya semangat.

Jungkook hanya melihat dari jauh. "Terima kasih, Sulli sebab kau ada disisi Puan Min.'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hey YouWhere stories live. Discover now