"Assalamualaikum semua. Korang akan terima rakan baru di dorm ni. Hajar , sila perkenalkan diri," Cikgu Anis memberi laluan kepada Hajar untuk memperkenalkan diri. Cikgu Anis sememangnya seorang yang peramah , jadi bila ada orang baru yang akan tinggal di asrama ni , mereka tak akan rasa takut sebab Cikgu Anis ni kaya dengan senyuman.
" Assalamualaikum, nama saya Nurul Hajar binti Arham. Boleh panggil saya Hajar. Hajar harap semua boleh terima Hajar," Hajar memandang Cikgu Anis dan Cikgu Anis menyerahkan semua tugas kepada ketua dorm , Syafirah. Syafirah menunjukkan tempat Hajar. Ternyata Hajar duduk di sebelah Izzah. Hajar melemparkan senyuman manis buat Izzah dan Izzah membalasnya. " Hai Hajar , nama saya Aleeya Mardhiya panggil Leeya atau Dhiya. " Kata Aleeya seraya berjabat tangan dengan Hajar."Hajar,"
*****
"Eh Abang Shi. Assalamualaikum," ucap Hajar dengan ramah. "Waalaikumsalam,eh Hajar ye. Baru masuk ke?" RUSYDI menjawab salam Hajar. " Haah , Hajar baru masuk. Abang Shi nak pergi mana? Abang Shi , perpustakaan kat mana ?""Err sorry Hajar. Abang dah lambat ni , kena pergi dulu. Assalamualaikum." Sejurus selepas itu , Rusydi hilang dari pandangan Hajar. " Ish Abang Shi ni. Tak menyempat," rungut Hajar seorang diri. Hajar merupakan sepupu Rusydi. Abang Shi ? Tu panggilan manja nama Rusydi tu.. " Assalamualaikum Hajar. Buat apa dekat sini sorang-sorang ? " Tegur Husnina yang baru keluar dari bilik air. " Waalaikumsalam, nak pergi perpustakaan. Tapi dekat mana ya? Hajar tak tahu," kata Hajar seraya memuncungkan bibir. Comel. " Dekat tingkat atas ni aje Hajar Ooi. Okeylah Nina nak pergi masuk bilik. " Ujar Husnina. Hajar senyum dan beredar selepas mengucapkan terima kasih. Sesampainya di perpustakaan , Hajar menuju ke tempat yang agak kebelakang sedikit. "Nak baca buku apa ya ?" Kata Hajar. Dia bingung sebenarnya. Dia bangun menuju ke rak buku. Matanya tertancap pada sebuah novel yang bertajuk 'Kasih Ana Di Kuala Lumpur.' dan terus mengambilnya. Dia suka membaca buku Ana Muslim. Dia duduk kembali. Cermin mata dibetulkan supaya jelas penglihatannya. "Guys , tengok siapa ni ? Jajar lah guys." Satu suara menyentak Hajar. Dia ke ? Hajar mengangkat muka. Erk alamak , Liy lah. " Eh , Liy ? Liy ape ni , janganlah bising." Tegah Hajar. Dia tak terfikir pula Liyana akan bersekolah di sini. Ah , dia mahu lupakan segalanya , mahu kuburkan segalanya tapi kenapa dia berjumpa semula dengan Liyana ? Kenapa kau ada dekat depan aku Liyana ? Kenapa, Liyana Zameera ? " Jajar , eh what's wrong ni? Pakai cermin mata and tudung labuh pulak ? Weh kena sampuk ke kau ni ?" Liyana terus-terusan mengusik Hajar. Ah , rimas. " Maaf Liyana. Kalau awak ke sini hanya untuk usik saya , saya akan keluar. Assalamualaikum. " Hajar bangun dan mula melangkah ke pintu keluar. "Jajar !" Hajar berhenti tanpa menoleh.
"Jajar sayang , kau nak lawan aku eh ? Tak ape. We'll see !" Kata Liyana seakan berbisik. Gedik sungguh. Orang nak berubah , kau nak hasut balik. Ape punya orang la. Hajar terus menyarung selipar dan berlari masuk ke biliknya dan terus berbaring di atas katil dengan menekup bantal ke muka. Serabut !
" Hajar ? Hajar tak sihat ke?" Tanya Izzah prihatin. Tak adalah , dia pelik. "Eh taklah. Jangan risaukan Hajar." Kata Hajar. Izzah hanya mengangkat bahu. Ada masalah kot. " Ijah , aku takutlah." Adu Aleeya kepada Izzah. Izzah kehairanan. Takut ? Apesyal beb. " Kenapa ?" Aleeya seperti serba salah untuk memberitahu tetapi selepas didesak dia " Err bukan apa Jah. Aku geram lah dengan Aliff tu."
Izzah menjongketkan kening. " Leeya , Aliff ada ramai. Aliff Adam ke ?" Teka Izzah. "Ha yelah , Aliff Adam tu lah. Ko tau tak , suka hati dia aje pergi mengaku depan cikgu yang aku ni kononnya isteri dia. Geram tau dak." Ahh kurang sikit beban dapat cerita. Kejap , kenapa Aliff Adam tiba-tiba berkelakuan macam tu ? Bukan ke pengawas kena jadi contoh kepada para pelajar ? Hai lah , gedik betul."I think that Aliff Adam sukakan kau Leeya." Laju saja Izzah bersuara. Arghhh !
YOU ARE READING
Hello Budak Straight A
RandomKisah cinta seorang wanita yang tabah selepas kematian bapanya. Semua itu hanya sekejap sahaja. Tidaklah dia berasa begitu sedih kerana dia tahu ayahnya milik Allah. Syed dan Rusydi dengan tanpa sengaja tersuka kepada Nawal Izzah yang sungguh canti...