Bab 14

1.3K 72 0
                                    

Puan Syarifah masuk ke kelas 5Akaun1 dengan wajah yang berseri-seri. Mesti ada good news. Kalau tak , tak adanya nak senyum macam tu. Selalunya masam aje. Yekk..

"Kelas,Persatuan Bahasa Melayu adakan pertandingan bersajak serta bersyair. Saya nak 4 orang wakil dari kelas ini. 2lelaki dan 2perempuan. Biar saya yang pilih secara rawak. Selalunya awak semua akan mengelat. So ," Puan Syarifah mengangkat kening. Siapa ya nak pilih. Erm, mestilah pilih yang tak pernah wakil apa-apa lagi sebelum ini. Dengan serta-merta, ibu jari dituding ke arah ......... Izzah!

"Nawal Izzah! " Ujarnya dengan lantang. Selepas itu jarinya dituding pula ke arah .. Adib!

"Adib Zharfan!"

"Liyana Zameera!"

"Haizril Irham!"

Sudah cukup 4 orang.

"Baiklah , Nawal , Liyana , Adib dan Haizril! Balik nanti jumpa saya di perpustakaan. Sharp 2 pm. Siapa lambat saya denda," oh , masih ada lagi tabiat mendenda dia tu. Yang merunsingkan sekarang ni adalah Izzah masuk ? Why cikgu , why! Why me? Limaza? Wae? Izzah? Tulis karangan pun belum tentu dia ingat format inikan pula nak bersajak atau bersyair. Dua-dua dia tak nak. Tangan ditekup di telinga. Harap ini mimpi. Tak sanggup rasanya nak bertanding.

"Tahniah Izzah! Aku yang akan menang , tahu!" Ujar satu suara yang menambah lagi serabut di kepala Izzah. Ah , siapa lagi kalau bukan si gedik Liyana Zameera.

"Kau nak apa sekarang ni Liyana? Tak ada kerja ke jalan ke tempat orang semata-mata nak cakap benda tu? Eyyy bataknya," Izzah rimas. Yela memang betul pun kan, batak. Liyana yang geram mengepal penumbuk. Ingin saja dia menumbuk muka selamba Izzah. Fikirnya , Izzah akan takut jika diusik Liyana. Tetapi sangkaannya meleset.

"Rilekslah Ayan. Betina tu hilang anak. Tu yang meroyan tu." mula Elly. Amboi , kau nak jadi batu berapi-api pulak. Simbah air sikit dah jerit mama , papa ! Lembik.

"Aku hilang anak ke aku dapat anak ke , lantak aku lah. Ooo atau korang ni memang Fans aku. Semua perkembangan aku korang ikut. Eh , orang hilang kawan memang camni eh,"sengaja Izzah menambah rencah pada kata-katanya. Baru sedap didengar. Heheh..

"Mentang-mentang dah berkawan dengan Jajar nak berlagak! " Ujar Sya pula. Biarlah Izzah nak berkawan dengan Hajar pun. Sekurang-kurangnya Hajar nak berubah. Ish tak fahamlah. Nak SPM pun tak ubah-ubah lagi perangai. Tak takut fail ke.

"Biarlah. Aku yang nak kawan dengan diorang. Liyana Zameera , Elly Zara dan Syafinaz Adriana , sedarlah diri sikit. Jangan asyik nak usik sakat orang aje. Semua manusia sama aje di mata Allah," Hajar menjeling Liyana and the geng.

"Eh tu apa bising-bising dekat belakang tu? Salin ni cepat." Arah Cikgu Syarifah.

***

"Jajar,Leeya. Korang balik dulu ya." Ujar Izzah yang sedang mengemas beg sekolahnya. Aleeya dan Hajar berpandangan. Kemudian mereka menggeleng.

"Tak mahu. Kitorang nak ikut kau. Kitorang risaukan kau," jawab Aleeya. Muka risaunya ditunjukkan.
Terharu Izzah dibuatnya.

"Tak apa. Aku dah 17 tahun lah geng." Izzah tergelak kecil. Ada-ada aje diorang ni.

****

Di perpustakaan, Puan Syarifah tidak sudah-sudah membebel dan memberikan tunjuk ajar. Yang paling best sekali Liyana asyik ditegur sahaja. Lepastu , buat muka macam jeruk. Ieyyy...

"Okey, saya harap kamu semua terus berlatih dan good luck untuk SPM tahun ni ya, cikgu gerak dulu. Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam,"

Maka , tamatlah perjumpaan.Penatnya hari ini. Izzah berjalan dengan lemah menuju ke kantin tempat di mana Aleeya dan Hajar menunggu nya.

"Izzah.... " panggil Aleeya. Apa ni. Nak membodek ke apa buat suara leret-leret macamtu.

"Apa dia Leeya. Aku penat lah."

"Look ! Belakang kau!" Izzah menelan liur. Belakangnya ? Ada apa? Ada siapa? Mungkin Hann.. erk. Muka Izzah berubah pucat.

"Cubalah tengok!"

"Tak nak!!!" Jerit Izzah bagai nak gila.

"Nawal , jangan takut. Saya bukan hantu pun." Suara lembut itu seakan memberi seribu ketenangan buat Izzah. Segala penat semua hilang. Dia terus menoleh kebelakang. Kelihatan Rusydi sedang tersenyum melihatnya. Comel. Songkok dibetulkan.

"Nawal , Nawal !" Izzah memandang Rusydi tanpa berkelip. Woahhh.. amboii Izzah ni.... pandai dah...

" Erk! Rusydi rupanya. Ingatkan hantu."

"Mana ada hantu hensem macam saya ni,"

"Awak hensem ke?" Usik Izzah.

"Mestilah saya hensem. Awak juga yang cakap."

"Bila?" Dia hairan. Bila pula dia kata Rusydi hensem ni.

Rusydi melayang-layangkan sehelai kertas ke udara. Muka Izzah berubah merah. Ituu itu surat luahan.... alamak tertinggal bawah mejaaa ..... ish.. Izzah menunduk segera. Malu. Dahla banyak pasal Rusydi ditulis dalam tu.

"Tak payahlah nak tunduk. Nak saya baca kuat-kuat tak surat ni?" Pelawa Rusydi. Hahahahah.... Izzah mencebik. Agak la.. surat luahan tu...

"Buatlah kalau berani! Jangan jumpa saya lagi! Bye , Assalamualaikum." Beg dan tangan Aleeya serta Hajar ditarik meninggalkan kantin. Mereka terus berjalan menuju ke dorm.. geram betul. Rusydi pula terpinga-pinga... haish dia merajuk ke ?
*****

Rusydi> Assalamualaikum,Nawal. Please jawab panggilan saya.

Rusydi>Janganlah marah.. nanti saya belanja coklat , nak????

Rusydi>Alaaa janganlah senyap je.

NawalIjah>K.

Rusydi>K je? Okeylah. Please jawab call..

'Melangkah dan terus melangkah'
Telefon Izzah berbunyi. Urgh mesti Rusydi yang call. Tak sampai hati pula nak tekan butang merah. So , kita jawablah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Janganlah marah," pujuknya.

"Mana dapat surat tu?"

" Okey , saya bertugas bersihkan kelas haritu. Saya menyapu lah. Tiba-tiba terjumpa kertas bertulis dekat lantai. Saya bacalah. Sorryyyyy...." terangnya. Dia harap agar Izzah faham penjelasannya. Bukan sengaja na baca pun. Dah terjumpa mestilah tergerak hati nak baca.

"Hmmm...."

"Err.. maafkan saya?"

"Ok."

Kedengaran suara orang tergelak kecil di sebelah sana.

"Yeayyy .... syukran Nawal. Esok free tak ?"

"Tak pasti."

"Nak ajak Nafiz keluar....."

"Saya?"

"Eh mestilah.... "

"Ok bye. My mom panggil. Byee.."

Talian dimatikan. Berlari-lari anak dia turun ke ruang tamu. Terdengar ibunya menjerit buat dia risau.

" Ye mama. Ada apa?" Tanya Izzah setekah berada betul-betul di hadapan Puan Farisah.

"Mama nak Ijah ikut mama esok."

" Ke mana ?"

"Rumah kawan mama."

"Pagi ke petang ?"

"Jangan banyak soal. Ikut aje."

Tapi mama , Ijah nak keluar esok. Hatinya berkata. Macam mana ni ?

Hello Budak Straight A Where stories live. Discover now