Bab 22

1.3K 70 2
                                    

Pagi itu Izzah bercadang untuk ke kedai baju tapi tak boleh pula. Yela kan ada sesi temu duga. Rasa tak sabar pun ada. Yang paling best nya dia tidak perlu memandu kerana Rusydi yang akan menjemputnya nanti. Baju merah digosok. Sehelai shawl diambil dan digantung. Selepas siap semuanya , dia menyolek pula mukanya. Tidak keterlaluan. Baju merah yang sudah siap digosok tadi dicapai dan dipakainya. Yeah, tudung selendang pula digayakan. Sungguh ayu!

Selepas puas menilik diri di depan cermin , dia turun ke bawah untuk bersarapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas puas menilik diri di depan cermin , dia turun ke bawah untuk bersarapan. Kerusi ditarik dan Izzah duduk dengan gembira. Kelihatan Dina sedang berusaha untuk mencapai Nutella di atas meja tetapi tidak berjaya kerana dihalang oleh Athirah. Kalau tak dihalang , mau rumah ni coklat dek serangan Nutella.

"Kak , bagi ajela dekat Dina tu .. kesian pulak. Heheheheh comel." Izzah menyuap secebis roti yang dicuit ke dalam mulut.

"Err.. nanti satu rumah jadi Nutella Jah. Baik tak payah bagi. Dah Dina duduk diam-diam," Athiraj kini tidak lagi memangku Dina. Sebaliknya dia meletakkan Dina di atas kerusi. Mudah. Tak adanya dia nak mencapai Nutella lagi.

"Kak , mama mana ?" Baru perasan Izzah tidak melihat kelibat Puan Farisah lagi pada pagi itu. Selalunya Puan Farisah la yang akan sibuk memekik nama anak daranya untuk turun makan.

"Oh, mama keluar. Jumpa kawan sekejap," Athirah membetulkan tudungnya.

"Lah, Kak pulak nak pergi mana ni pakai tudung ni?"

"Kak Thirah nak balik rumah emak Kak Thirah sekejap. Rindu pula," Athirah senyum.

"Okay. ." Sekeping roti terus disuap ke dalam mulut. Gelojoh betul dia ni! Sedang dia berbuat begitu, bunyi hon di luar rumah kedengaran. 'Mesti Putera,' teka Izzah. Dia bersalam dengan Athirah dan Dina sebelum menapak keluar ke kereta milik Rusydi.

Dia terus meluru masuk ke dalam kereta. Tali pinggang keledar dipakai. Tidak lupa juga untuk membaca doa.

"Gementar tak? Saya dulu gementar gila. Harini dah jadi cikgu dah," ujar Rusydi dengan riang hati. Hmmm dia akan .menjadi cikgu seperti biasa hari ini kerana dia telah ditemu duga pada minggu lepas.

"Mestilah gementar."

"Weh Putera, apa cerita Adib dengan Hajar sekarang?" Rasa nak tahu tu membuak-buak di dalam dada. Kali terakhir dia mengetahui perkembangan mereka pun di Group WhatsApp.

"Minggu depan nak nikah dah,"

Mata Izzah membuntang. Nikah? Tak ada angin tak ada ribut terus nak nikah? Ish pelik nya. Hmm tengoklah ada yang nak menikah dah. Izzah sekali lagi memikirkan perihal dirinya. Dia menunduk seketika.

"Lah,kenapa ni sedih ke diorang nak menikah?" Papp.geramnya. Main serkap jarang aje.

"Taklah. Sedih je sebab diri ni tak ada orang nak," kata Izzah sambil ketawa kecil.

'Yeke tak ada orang nak? Aku nak ,weh' Rusydi hanya mampu melafazkan itu di dalam hatinya saja. Biarlah mereka berkerja dahulu. Barulah kahwin.

***

"Hahahaha Hin, tak sangka awak cikgu di sini juga ya,"

"Mestilah. Ini kan Khairuz Zahin." Dia membuat gaya poyo ny yang sudah dikenali ramai dari dulu....

Izzah sebenarnya baru habis sesi temuduga bersama pengetua. Semuanya berjalan dengan lancar. Dia bercadang ingin melawat bilik guru, tak sangka pula akan bertemu Khairuz Zahin.

"Ehem. Eh Khairuz??" Rusydi pelik.

"Eh Abang Shi, buat apa dekat sini?"

"Cikgu baru,"

Izzah diam menikus. Tak tahu nak menyampuk.

"Bye, nak balik dah. Esok jumpa."

***

"Merenung ke luar jendela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Merenung ke luar jendela. Melihat kebesaran-nya. " Lagu Najwa Latif dinyanyikan penuh hayat. Entah apa yang membuatnya ingin menyanyikan lagu itu.

"Hoiiii bangunnnn!" Izzah segera memandang ke meja sebelah. Kelihatan seorang suami cuba mengejut isterinya yang lena tidur.penat mungkin.macam macam.

"Kenapa tengok diorang macamtu Ijah?" Soal Hajar yang kebingungan. Dia bersama Hajar saja di Kafe Zharina's sebenarnya. Adiba dan Adib apalagi uruskan kafe lah. Jadi kami sajalah yang berborak.

"Apa cerita kau dengan Adib? Aku dengar dah nak menikah , betul ke?" Tanya Izzah. Hajar terkulat-kulat untuk  terangkan hal itu.

"Ya betul tu..."

"Cepatnya,"

"BIAR CEPAT ASAL SELAMAT!," Terkejut mereka. Tiba-tiba saja suara garau menyampuk. Adib rupanya. Ceh cepat selamat. Sweetnya..

Hello Budak Straight A Where stories live. Discover now