Hari ini Izzah harus berjumpa dengan Rusydi. Ada hal penting katanya semasa bercakap di telefon tempoh hari. Izzah mengatur langkah ke Kafe Zharina's. Kelihatan Rusydi sedang menghirup air minuman yang dipesan.
"Assalamualaikum" Rusydi berpaling dan menyuruh Izzah duduk dahulu selepas menjawab salam Izzah.
"Ada apa nak jumpa ni?" Izzah mahu cepat. Dia tak biasa keluar berduaan dengan lelaki. Dulu boleh lah Arwah masih ada.
"Kan saya dengan awak kata nak jadi cikgu haritu kan, saya dapat tawaran." ujar Rusydi.
"Wah bestnya,"
"Yang paling best , awak pun akn dapat tawaran tu. Saya curi-curi dengar haritu. Heheh"
"Tapi surat masih belum sampai,"
Diam.
"Eh jap jap. Habis kedai alatan sukan tu siapa yang urus?"
"Syed,"
Oh Syed. Mereka berbual-bual kosong beberapa minit dan Izzah meminta diri terlebih dahulu.
Dia memandu dengan cermat ke rumah. Dia tiba-tiba tersenyum sendirian. Dia teringat kenangan sewaktu dia dan sahabat-sahabat nya mengambil keputusan SPM. Result semua gempak-gempak!
"Kau berapa Ijah?" soal Aleeya dengan muka yang gembira.
"Emmmm...straight A!!!"
Mereka bersorak. Tiba-tiba Jajar datang dengan muka yang sedih. Bukan Jajar seorang, malah Rusydi,Aliff,Adib,Adiba dan Haizril. Kenapa?
"Kenapa semua ni?" Soal Izzah.
"Kami..... kami..." kata Adiba tergagap-gagap.
"Tak straight A pun tak apa. Usaha lagi."
"Siapa kata kami tak dapat straight A?kami semua dapat straight A lah." Kata Aliff dengan wajah yang bangga. Hish ,poyo!
Rusydi tampil ke hadapan dan memberi sedikit ucapan kepada sahabat-sahabat nya... dia memandang ke arah Izzah dan berbisik sesuatu.
"Hello Budak Straight A!"
Izzah kelu lidah. Aik.
Dia tergelak lagi. Sampai sekarang dia masih tidak tahu apa sebabnya Rusydi berbisik begitu kepadanya. Ah, usah difikirkan. Yang penting sekarang mereka masih bersama. Kereta diparkirkan di tempat biasa.
"Mana orang lain ni?" Izzah masuk ke dalam dan terus rebahkan diri di sofa.
Dia mengurut dahinya. Op, dia baru teringat. Ya, surat tawaran. Dia bergegas ke luar rumah dan memeriksa peti surat. Yeay dah dapat!!!!!
***
F5 Forever💖
Adiba: Assalamualaikum geng.
Adib: Waalaikumsalam gedik!
Adiba:Ko diam la gedik!
Adib:Aku tumbuk kang nangis!
Nina:Apa masalahnya ni?
Adiba: just nak cakap yang
NawalIjah:Yang?
Adiba: Yes.. ramai on.
Jajar:Yang?
Aleeya: Yepz. Kenapa weh?
Adiba: Adib kena kahwin minggu depan.
Jajar:What? Seriously?
-Jajar left-
Aleeya: Kenapa Jajar left Group?
NawalIjah: Kan Jajr tuuu 😠
Adib:Jajar apa?
NawalIjah:Adib sebenarnya Jajar dah lama sukakan kau!
Adib: what?
Aleeya:-Haahla lupa. Patutlah dia left😞
Adib:Oh Allah!😭
Haizril:Pehal bro?
Aliff: Pergilah pujuk Jajar.😉
Nina:Stop-stop. Pujuk?
Putera:Dia ni pun suka dekat Jajar.
NawalIjah:Lah iyeke😭
Putera:Kenapa nangis!😠😠
NawalIjah: Saja.
Adiba:Hang jeles an?
-Adib added Jajar-
Adib:Jajar 😃
Jajar: ya ...............
Adiba: Sorry. Aku gurau je pasal kahwin tu.
Aliff:Leeya, I love you! Get ready esok!😉
Aleeya: watdoyokmean with get ready tomorrow?✋
Alif:Secret.Wow. Izzah tak percaya. Kenapa selama ini Hajar tidak pernah memberitahunya bahawa dia menyukai Adib.E h lupa pula,esok kan Aliff nak masuk meminang Aleya. Dua hari lepas Aliff bertemu geng F5 kecuali Aleeya di Kafe Zharina's. Katanya mahu masuk meminang Aleeya. Jadi, esok Izzah dan yang lain harus mengikutnya. Kerana terpaksa.kalau tak nanti Aliff nangis pula. Hmmm.. yang lain sibuk dah nak berura-ura nak kahwin , meminang , tunang. Izzah ? Masih sebatang kara. Siapa yang mahukan dirinya kan ?
"Ooi anak dara. Pergi masak. Tolong Kak Thirah tu. Tak malu!" Arah Puan Farisah yang datang entah dari mana. Bahu Izzah dipukul lembut. Izzah menguap dan membuat muka comel.
"Mama, Ijah penat laa... esok nak tolong kawan lagi.please la maa. Nak rehat..."
"Kerja dah dapat belum?"
"Tu ha surat tawaran atas meja. Minggu depan kena pergi sekolah tu,"
"Hah baguslah dah dapat kerja,"
***
"Oiooo gementar oiii.." ujar Aliff separuh menjerit. Siapa yang tak gementar kan. Semasa rombongan sedang masuk meminang F5 bergerak ke taman berdekatan rumah Aleeya kecuali Aleeya. Yela kan dia yang nak menjawab.
"-Haahla beb. Tangan kau sejuk gila do," kata Haizril seraya menggenggam tapak tangan Aliff. Sejuk bak peti ais.
"Rilekslah brader."
Sesaat selepas itu telefon bimbit milik Aliff berbunyi. Tertera nama mama. Segera dijawab panggilan itu dan menekan butang loud.
"Assalamualaikum mama. How tadi?"
"Waalaikumsalam okey je."
"Okey je? What do you mean, mom?"
"Dia terima!"
"Serius ma?"
"Yelaa kamu ni... "
"Syukrannn!!!!!"
Talian dimatikan. Gembira. Aleeya terima.
"Assalamualaikum semua,"
Semua berpaling mencari tuan empunya suara. Kelihatan Aleeya sedang tertunduk malu.
"Aleeya Mardhiya , syukran! " Air mata meleleh jua. Kerana bersyukur sangat.
"Ye, janganlah menangis Aliff."
***
YOU ARE READING
Hello Budak Straight A
RandomKisah cinta seorang wanita yang tabah selepas kematian bapanya. Semua itu hanya sekejap sahaja. Tidaklah dia berasa begitu sedih kerana dia tahu ayahnya milik Allah. Syed dan Rusydi dengan tanpa sengaja tersuka kepada Nawal Izzah yang sungguh canti...