Kelas berjalan seperti biasa sehingga sebelum pukul 10 pagi itu.
"Okaylah guys. That's all for today. Don't forget to submit the assignment I gave you last week. Ariana, you dah submit assignment I?" Mata Mr. Heidi memandang tepat ke arahku.
"Baru nak hantar ni." Kataku senyum sebelum bangun menghantar assignment padanya.
"Good. So guys sape tak submit lagi sila submit or there will be no marks for you." Habis ayat Mr. Heidi, dia pandang aku yang sedang meletakkan assignment sebanyak 13 muka surat itu. Aku perasan dia pandang aku, tapi aku buat tak tahu je.
Sebaik hampir semua orang keluar dari kelas, Mr. Heidi memanggilku.
Aku ke meja, dia memandang pelajar lain yang baru nak keluar, macam tengah tengok line. Yana yang terkebil menunggu, tiba tiba mendapat panggilan telefon dan melambai sambil buat isyarat mulut 'got to go' padaku. Aduh, tinggal aku dengan Mr. Heidi je dalam kelas sekarang.
"Kenapa Mr.?"
"I nak mintak tolong you bawakkan assignments kawan kawan you kat bilik I."
Wait, what? Amboi.. Bawak assignment students sendiri pun malas ke dia ni? Tapi aku pun student dia. Aku terpaksalah.
"Okay." Aku senyum, mencapai assignment yang berlapis lapis. Susah aku nak bawak sebab semuanya bercover plastik, licin.
Kami berjalan ke biliknya, Mr. Heidi tak banyak bunyi. Tangannya sibuk main phone.
![](https://img.wattpad.com/cover/81734089-288-k458fa1.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Lecturer
RomanceIni hasil kolaborasi antara aku dan seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Nadhirah. Idea-ideanya aku jadikan ilham untuk aku tulis. Segala details dalam cerita ini adalah dari ceritanya. Dan sebelum ni pun dalam cerita-cerita yang melibatkan deta...