“apa yang kau tenung kat computer tu?” tanya Jongkook menyentak lamunan Jongin. “kau cari bunga?” tanya Jongkook lagi. “kau tau tak kat mana ada jual rose merah?” tanya Jongin kepada Jongkook namun matanya masih menhahadap komputernya. “kau kan selalu beli bunga untuk awek kau, jadi mesti kau tau kan?” sempat lagi Jongin memerli Jongkook. “ewah, sejak bila pandai nak beli bunga ni? Untuk jiran baru kau ke? Aku teringin la nak jumpa jiran kau tu, hebat betul dia” “apa yang hebatnya?” tanya Jongin pelik. “hebatlah, sebab boleh buat kau jadi mat bunga ni, siap search lagi pasal rose merah, so sweet.” Tersenyum Jongin mendengar Jongkook berkata-kata sedemikian. “bila pula la aku cakap nak bagi bunga ni kat dia, bunga ni untuk Makcik Jung la. Hari tu dia cari bunga rose merah ni, eh silap, bukan merah, tapi pink ni ha” sambil itu dia menunjukkan gambar kepada Jongkook. “owh, rose pink ni memang payah nak cari, harga dia agak mahal sikit sebab tu tak banyak stok kat sini” jawapan Jongkook menyebabkan riak wajah Jongin berubah “tapi ada kat Seoul.” Sambung Jongkook lagi, muka Jongin kembali berseri-seri. “jangan cakap dengan aku kau nak pergi Seoul semata-mata nak cari bunga ni” Jongkook yang faham akan perangai Jongin yang pasti akan mencari apa yang dia nak sehingga dapat. “apa salahnya kalau aku nak buat macam tu?” jawapan Jongin itu sudah menjawab pertanyaan Jongkook tadi. “yang kau beriya-iya cari bunga tu sebab apa?” Jongkook yang pelik meneruskan siasatan terhadap rakannya yang dianggap sudah buang tabiat “hari tu Baby J die terpecahkan pasu bunga rose pink makcik Jung. Jadi aku rase aku kene la ganti balik kan? Betul tak?” tanya Jongin kepada Jongkook. Jongkook hanya tertawa dan menyambung semula kerjanya.
Mana oppa ni? Dah malam tapi tak balik-balik lagi, banyak sangat kerje ke? Ke ada apa-apa yang terjadi kat oppa. Ish apa aku fikir ni. Nak telefon tak de no pulak, tu la kau, tak pernah nak minta, kalau harapkan oppa yang minta dulu, memang tak kan terjadi la. Runggut Krystal didalam hatinya. Berulang kali dia melihat jam didindingnya. Dah pukul 12 malam pun masih tak balik lagi, mana oppa ni. Tiba-tiba kedengaran enjin kereta memasuki pekarangan rumah Jongin. yes oppa dah balik segera Krystal lari kebawah untuk berjumpa Jongin. “tak tidur lagi ke dia ni?” cakap Jongin dalam hatinya apabila melihat lampu bilik Krsytal masih menyala lagi. “oppa pergi mana baru balik ni?tau tak orang risau” bebel Krystal. “ada banyak kerja tadi kat pejabat” pertanyaan Krystal itu menyebabkan Jongin tidak jadi untuk mengeluarkan barang yang dibelinya. “Krystal risau saya?” pertanyaan Jongin menyebabkan Krsytal malu dan dia masuk kerumah tanpa menjawab soalan Jongin. Jongin tertawa melihat kelakuan Krystal itu dan dia menjerit kearah rumah Krystal “saya tak ada apa-apa, jangan bimbang”. Krystal yang mendengar jawapan itu didalam rumah tersenyum sendiri sambil menutup mukanya.
##
“terima kasih Jongin, susahkan Jongin je, Krystal tengok ni, cantik tak bunga rose ni? Tanya Makcik Jung kepada Krystal yang baru datang ke halaman rumahnya. Krystal melihat Jongin namun Jongin hanya tersenyum sahaja. “cantiknya bunga ni, oppa yang belikan ke?” “haah, Jongin yang belikan” balas Makcik Jung. Bagusla Makcik Jung suka, saya takut saya salah beli, jauh tu saya, kalau makcik Jung tak suka, saya dah fikir nak jual semula” gurau senda Jongin itu menyebabkan mereka ketawa. “saya balik dulu ya Makcik Jung.” “saya ikut oppa la” Krystal mengatur langkah mengikuti jejak langkah Jongin sehingga sampai di perkarangan rumah Jongin. “krystal” panggil Jongin. “ya oppa” sahut Krystal manja. Jongin mengeluarkan sekotak hadiah dari keretanya. “untuk Krystal ke?” tanya Krsytal sebelum sempat Jongin berkata-kata. Jongin hanya mengangguk. Bahagianya Krystal apabila dia mendapat hadiah dari Jongin, tidak pernah disangka yang Jongin ada memikirkan tentang dirinya. “awak suka?” tanya Jongin yang sememangnya dia sudah tau jawapan melalui reaksi Krystal sewaktu menerima hadiahnya itu. “jadi sebab ni la oppa balik lambat malam tadi?” Krystal tidak menjawab soalan yang ditanya Jongin kerana dia juga yakin Jongin sudah tahu jawapannya. “hari ni awak busy? Saya ingat nak ajak awak keluar petang nanti” “oppa ajak date? Pertanyaan Krsytal menyebabkan Jongin malu namun jawapan yang diberi oleh Jongin juga menyebabkan Krystal tersipu malu. “kalau Krsytal anggap kita date, saya tak kisah” terukir senyuman dibibir Jongin dan kelihantan muka Krystal sudah merah kerana menahan malu. “Petang ni pukul 7 saya tunggu Krystal disini ya”.
Krystal segera membuka hadiah sejurus dia masuk ke dalam rumah. Apabila dia buka terkjut apabila dia melihat didalamnya ialah dress labuh polkadot yang memang dia cari sekian lama. Krsytal begitu gembira apabila akhirnya Jongin kelihatan berubah, namun apabila dia terpandang calendar riak wajahnya berubah. Aku tak boleh rosakkan mood hari ni, katanya didalam hati.
“kita nak makan kat mana oppa” tanya Krystal apabila sudah hampir satu jam didalam kereta namun masih lagi belum sampi ke destinasi yang dituju. Jongin hanya diam sahaja sejak dari mula perjalanan sehingga sekarang. “oppa” panggil Krystal. Jongin hanya menoleh kearahnya dan tersenyum. Dah kenapa oppa ni tak cakap pula. Dia dah tau ke aku.. “okey, dah sampi” Jongin segera memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran mewah.
“Lisa?” “hai Jongin awak buat apa kat sini?” Tanya Lisa rakan sepejabat Jongin. “kami datang nak makan kat sini, kenalkan Krystal ni Lisa rakan sepejabat saya. “lisa nak join dinner dengan kami sekali?” pertanyaan Jongin itu menyebabkan Krystal sedikit terkjut. Kata nak date, tapi ajak orang lain jugak, keluh Krystal didalam hatinya. Namun Lisa bijak meneka reaksi muka Krystal yang tidak mahu diganggu maka ditolak pelawaan Jongin walaupun sebenarnya dia mahu. Usai sahaja Lisa pergi datang pula rakan Jongin yang lain. Satu demi satu surprise yang Krsytal dapat hari ini. Tadi dapat hadiah, ajak dinner sekarang jumpa dinner dengan kawan oppa sekali, merosakkan date orang je la mamat ni. Huh. Jongkook yang menerima bulat-bulat pelawaan Jongin turut bersama-sama menikmati makan malam yang sepatutnya indah bagi Jongin dan Krystal.
##
“sorry”hanya itu sahaja yang mampu dikeluarkan oleh Jongin selesai mereka makan. Ketika itu Jongkook sudah pulang alasannya sungguh tidak masuk akal. Tidak mahu ganggu kami berdua. “tak ada apa la oppa dah tau nak date ajak orang lain buat apa” tapi itu semua hanya dalam hatinya, tidak diluahkan. Tiba-tiba Jongin mengeluarkan seutas rantai dari koceknya. Krystal tergamam melihat Jongin bangun dan memakaikan rantai itu dilehernya. “Tanda terima kasih saya pada Krystal sebab dah banyak bantu saya.” Jongin berkata sambil mulutnya dirapatkan di telinga Krystal. Hati Krystal sebak ketika itu, tidak dinaifkan dia begitu bahagia namun dia juga teringat janjinya pada makciknya menyebabkan Krystal menangis. “Krystal tak suka ka?” Jongin sedikit gusar apabila melihat Krystal menagis. “Krystal suka sangat, rantai ni cantik, tapi, layak ke Krystal dapat rantai ni oppa, Krystal..” ketika itu bibir Jongin sudah berada dibibir Krystal. Kiss scene dihalayak ramai tidak pernah difikirkan akan terjadi oleh Krystal, namun semua itu terjadi dan yang lebih mengujakannya ialah Jongin. Hari itu adalah hari yang paling bahagia buat Jongin juga buat Krystal. Segala janji yang dibuat bersama makciknya sudah dilupakan.
YOU ARE READING
changing mr jongin :: kim kai [COMPLETED]
RomanceKulitnya gelap. Hidupnya sunyi. Bicaranya sepi. Sendirian sudah menjadi peneman sejak azali. Namun, kehadiran Krystal ke dalam hidup Jongin telah menyebabkan dunianya berubah sama sekali. Bising. Bingit. Budek telinga Jongin menahan mulut Becok Krys...