Keesokkan harinya seperti biasa Jongin melakukan rutin hariannya dan besiap sedia untuk pergi kerja. Dilihat tiada Krystal seperti biasa. “kat mana pulak dia ni” secara tiba-tiba soalan tersebut muncul difikirannya. Arghh apa aku fikir ni. Cepat-cepat Jongin mengalihkan fikirannya kepada perkara lain. Sebelum pergi kerja sempat dia melihat ke rumah Krystal. “Owh, ada lagi kasut dia tu, baju pun ada lagi kat ampaian tu, apalah baju pun tak angkat” terkumat kamit mulut Jongin membebel sambil diperhatikan Krystal dari dalam rumahnya. Tersenyum seorang Krystal melihat telatah Jongin. “nampaknya dah makan umpan oppa kita ni,hahahaha”.
##
“Pagi tadi oppa cari saya ke?” terkejut Jongin apabila Krystal berdiri di belakangnya ketika dia cuba untuk membuka pintu. “macam mana puan boleh ada kat belakang ni, terkejut saya” Jongin pelik bagaimana dia tidak perasan akan kehadiran Krystal dibelakangnya. “saya memang dah tunggu oppa dari tadi kat luar rumah saya, mungkin oppa tak perasan saya kut” senggih Krystal. “pagi tadi oppa cari saya kan,? Saya Nampak. Kenapa oppa cari saya, rindu ek?” tanya Krystal kepada Jongin menyebabkan pipi Jongin sedikit kemerah-merahan. “mana ada, jangan perasan” cepat Jongin menafikan kata-kata Krystal. Entah kenapa Jongin merasakan apa yang diluahkan oleh Krystal itu benar. “hahaha, tau la oppa, saya gurau je” balas Krystal. Keadaan sunyi seketika. “saya nak tanya sikit boleh?” tanya Jongin memecahkan suasana sunyi. “ya?” kali ini pendek jawapan Krystal. “kenapa puan buat macam ni?” “buat macam mana?” pura-pura Krystal tidak faham akan pertanyaan Jongin. “buat-buat tak paham pulak” balas Jongin lagi. “betul la, saya memang tak paham maksud oppa,” Krystal masih tidak mahu mengaku. “ye la, awak buat macam-macam nak tarik perhatian saya, bukan saya tak tau, ada saja yang awak buat setiap hari, lipas la, gas habis la, saya tau itu semua taktik awak nak rapat dengan saya,” panjang lebar Jongin berbicara, namun Krystal kelihatan tidak focus kerana dia terlalu memikirkan penggunaan Bahasa ‘awak’ menngantikan ‘puan’. “krystal?” panggil Jongin. “ya?”betul la tu, saya buat sebab saya nak tarik perhatian oppa” balas Krystal sambil tersenyum. “ya la, tapi kenapa awak perlu buat semua tu?” Jongin masih merasakan dia tidak mendapat jawapan lagi dari persoalannya. “sebab oppa pernah tolong saya dulu” “tolong krystal?” pelik Jongin akan kenyataan Krystal itu. Kemudian Krystal menyambung semula “5tahun yang lepas, oppa inggat tak, oppa pernah terserempak dengan seorang gadis yang ingin bunuh diri.? Tanya Krystal inginkan kepastian sama ada Jongin masih ingat atau tidak. Jongin kelihatan berfikir sejenak “ya, saya ingat, masa tu, awak pun ada disana?” tanya Jongin semula. Krystal ketawa kecil sebelum menyambung “ya, saya disana juga, sayalah yang nak bunuh diri tu” balas Krystal sambil tertawa. Jongin kelihatan pelik akan reaksi Krystal pada ketika itu. “dulu saya jumpa awak, awak nak bunuh diri, sekarang ni, awak gelak sebab awak teringat semula pasal kes tu? Tanya Jongin dengan pelik. “apa yang nak dipelikkan oppa?” masih kedengaran sisa-sisa tawa Krystal. “oppa tau tak, saya tak jadi bunuh diri sebab oppa cakap keluarga saya mesti tak nak tengok saya sedih macam dulu, asyik terfikir nak bunuh diri sebab keseorangan, tapi, pelikkan oppa, saya percaya cakap oppa, sebab tu, saya tak jadi bunuh diri.” “memang pelik, macam mana awak boleh percaya cakap saya” sambil itu Jongin tersenyum. “mungkin sebab saya nampak akan kejujuran oppa pada masa tu” Jongin terdiam, dia tidak tahu untuk membalas kata-kata Krystal. Suasana kembali sunyi. Kali ini Krystal pula memecahkan kesunyian “oppa tau tak, lepas tu, saya cari oppa kat kawasan tu, tapi, sayangnye tak de yang kenal Lee Jongin.” memang benar apa yang dikatakan oleh Krystal itu, tetapi Jongin merasa sedih mendengar kata-kata Krystal itu. “jadi saya fikir, memang oppa tak menipu, so saya tetap cuba cari oppa sampailah beberape minggu yang lepas saya ternampak oppa kat mall,” balas Krystal lagi. “lepas tu, saya pun follow oppa sampai kawasan perumahan ni, and now saya kat depan oppa ni” balas Krystal. “oppa?, kenapa diam je ni?” “maaf, saya termenung pulak”. “saya nak tanya sikit boleh?” “oppa nak tanya apa? Tanya je la, Krystal tak kesah pun” balas Krystal pendek. “macam mana Krystal boleh, ermm, arhh, tak de ape la” Jongin kehabisan kata-kata untuk bertanya kepada Krystal tentang bagaimana Krystal boleh berubah menjadi ceria dan hidup bermasyarakat semula. “saya boleh berubah sebab saya sendri mencuba oppa” tiba-tiba Krystal membalas seperti dia mengetahui akan pertanyaan Jongin. “sebenrnya oppa, ramai yang nak berkawan denggan oppa, nak bersembang dengan oppa, contohnya Makcik Jung, Makcik Song. Dieorang semua cuba untuk beramah mesra dengan oppa, tapi, oppa mungkin tak biasa nak melayan kerenah meraka” Krystal berhenti sejenak sebelum menyambung semula kata-katanya. Mungkin oppa rasa keseorangan sebab tak de sapa ambil peduli pasal oppa, tapi hakikatnya, jiran-jiran kawasan perumahan ni tau pasal oppa” “maksud Krystal?” tanya Jongin. “contohnya Makcik Jung tu, dia membebel kat oppa sebab nak cakap terima kasih kat oppa, tapi belum sempat Makcik jung cakap terima kasih, oppa dah masuk rumah” “terima kasih sebab apa?” pelik Jongin mendengar kenyataan dari Krystal. “Makcik nak ucap terima kasih kat oppa sebab baby J dah tolong makan tikus kat rumah dia tu, tapi baby J ada terpecahkan bunga ros kesayangan Makcik Jung” “owh,saya tak tau pulak” “memang la oppa tak tau, oppa bukan nak dengar dulu”Krystal ketawa. “Lagi satu Makcik Song tu, setiap kali lalu depan rumah oppa mesti dia tengok rumah oppa, kadang-kadang saya tanya kenapa Makcik selalu tengok rumah oppa, nak tau apa yang Makcik Song balas?” “apa” tanya Jongin ringkas “sebab Jongin ni anak muda, entah makan entah tidak, sihat ke tak kalo lampu tu padam lewat sangat waktu malam” terdiam Jongin mendengar penjelasan dari Krystal mengenai jiran-jiranya. “oklah oppa, banyak pulak kita sembang hari ni, saya happy sebab dapat bersembang macam ni dnegan oppa”. Krystal berjalan masuk kerumahnya, tiba-tiba Jongin memanggil namanya “krystal” “ya oppa” “tq” “welcome oppa” masing-masing tersenyum dan masuk kedalam rumah.
YOU ARE READING
changing mr jongin :: kim kai [COMPLETED]
RomanceKulitnya gelap. Hidupnya sunyi. Bicaranya sepi. Sendirian sudah menjadi peneman sejak azali. Namun, kehadiran Krystal ke dalam hidup Jongin telah menyebabkan dunianya berubah sama sekali. Bising. Bingit. Budek telinga Jongin menahan mulut Becok Krys...