*sekarang
Suara jejaka yang menyelamatkan nyawa Krystal tak lain dan tak bukan ialah Jongin. Bersusah-payah Krystal mencari Jongin selama 5 tahun, baginya wajib untuk dia berterima kasih kepada Jongin kerana telah menyelamatkan nyawanya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari Jongin. Ketika cubaannya membunuh diri, dia terlihat nama Lee Jongin tertera pada nametag yang dipakai ketika itu. Berbekalkan nama tersebut Krystal telah mencari Jongin disekitar kawasan dia cuba membunuh diri, namun hampa, tiada yang mengenalinya, pada ketika itu Krystal yakin memang selama ini Jongin juga bersendirian seperti dia, tetapi yang berbezanya Jongin kelihatan mampu untuk bersendiri, tidak sepertinya. Oleh hal yang demikian ianya menguatkan lagi semangat Krystal untuk mencari Jongin, bukan sahaja untuk beterima kasih, juga untuk memberi sinar baru kepada kehidupan Jongin. Krystal bertekad untuk menjadi rakan kepada Jongin, dan akhirnya dia bertemu dengan Jongin dikawasan perumahan tersebut. Bahagianya Krystal tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, pada hari itu juga, Krystal telah berpindah dari rumah agamnya ke kawasan perumahan Jongin. Hampa. Hanya itu perasaan Krystal pada hari itu. “tak apa, hari ni ko tak nak cakap dengan aku, tapi esok aku akan pastikan kita jadi kawan.” Senyuman Krystal semakin lebar memikirkan idea gilanya untuk berkawan dengan Jongin.
Sekarang aku kene buat list apa yang aku nak kene buat kat Jongin nanti, hmmmm, ape ye? Ha aku tau, ralit Krystal membuat list sehingga tidak sedar hari sudah petang. “siap jugak list aku ni, yeah” jerit Krystal kuat sehingga boleh dikatakan kedengaran sehingga 3buah rumah disekelilinganya. Pastinya Jongin yang ketika itu baru pulang dari kerja terkejut mendengar jeritan Krystal itu. “hmm, baru pindah sini dah buat kecoh,tak paham bahase agaknya perempuan tu” bebel Jongin diluar rumahnya. “BJ, come here” Jongin memanggil kucing kesayangannya “mesti BJ lapar kan, saye dah belikan awak makanan” lembut suara Jongin. Tiba-tiba Krystal keluar rumah dan menyapa Jongin. “oppa suka kucing jugak ke? Same la” manja suara Krystal namun di telingga Jongin kedengaran seperti gedik. Jongin masuk kerumah tanpa membalas pertanyaan Krystal. Pada malam tersebut ketika Jongin hendak menonton drama kesukaannya dia telah diganggu. Tuk,tuk,tuk. Ape lagi perempuan ni nak, runggut Jongin didalam hati. Jongin membuka pintu sedikit dan hanya mengeluarkan kepalanya sahaja “ada apa lagi puan” “oppa, saya nak minta tolong ni. Paip sinki rumah saya dah bocor, boleh tak oppa tolong?” “takboleh” ringkas dan padu jawapan Jongin. “oppa please, dah lewat malam ni, saya nak minta tolong sapa lagi kalau bukan jiran sendiri” rayu Krystal lagi. “boleh call tukang paip untuk betulkan paip puan, saya tak tau nak betulkan paip, bukan kerja saya” ketika Jongin hendak menutup pintu Krystal telah menahan pintu tersebut. Sangkanya Krystal akan melenting namun “okey, tq oppa, nanti saya call tukang paip, btw saya belum kawin,” Krystal senyum sambil menerangakan statusnya “owh,ok kalau takde apa-apa lagi, puan boleh balik”. Pintu ditutup semula. Sambil berjalan pulang kerumahnya Krystal membebel, “Eeeee tak paham ke aku ni single lagi, panggilan aku cik ok, huh, tapi dulu pun die panggil aku puan, arghhh, tak kisah la yang penting sekarang die tau aku Krystal and masih single.” Dipotong tulisan ‘paip rosak’ dari senarainya. Tak apa, tak jadi yang ni, aku cuba cara lain pulak. Dapat cakap pun jadilah la, malam ni mesti dapat sweet dream punya, hehe, krystal ketawa kecil. Lampu rumah ditutup, misinya akan bersambung esok. Krystal melelapkan mata sambil memeluk anak patungnya.
##
Sudah 3minggu Krystal menjadi jirannya namun Jongin tidak pernah melayan atau membantu Krystal apabila gadis itu meminta bantuannya. Walaupun berkali-kali ditolak namun Krystal tidak pernah berputus asa. Ada sahaja yang dilakukan untuk menggangu Jongin. Kadang kala ingin juga Jongin bertanya mengapa Krystal sering meminta bantuannya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa, kenal pun baru saja. Akhir-akhir ini tidak dinafikan Jongin sering berfikir tentang Krystal. “tak pasal-pasal aku dah terfikipasal minah tu, dah kenapa” rungut Jongin sambil melihat keluar tingkap. Ketika itu Krystal berada rumah Makcik Jang. Jiran rumahnya sejak 5 tahun yang lepas. “aku yang dah lame tinggal kat sini pun tak sibuk-sibuk pergi rumah orang, die baru kat sini, habis semua orang dia kacau, huh.” Bebel Jongin lagi. Tiba-tiba dia melihat Krystal menuju kerumahnya. Segera dia beralih dari tingkap rumahnya, “kalau die Nampak aku kat tingkap tadi mesti cakap aku tengok die”. Tuk,tuk,tuk “oppa, oppa” yes, die bukak pintu bisik Krystal dalam hati. “ye ade ape?’ Jongin bertanya. Entah kenapa kali ini kedengaran sedikit lembut di telinga Krystal. “hari ni oppa tak pergi kerje ke?” tanya Krystal manja sambil tersengih menunujukkan giginya yang tersusun rapi. “hari ni ahad, hari cuti, tak kan nak kerje jugak, robot pon ade hari tak bekerja, lagikan saye.”balas Jongin. wah,oppa balas panjang la kali ni, happynya aku. Tanpa disedari Krystal memandang focus pada Jongin menyebabkan lelaki itu kurang selesa. “dah kenapa dengan minah ni”bisik Jongin dalam hatinya. “puan,puan” panggil Jongin menghentikan lamunan Krystal. “ish, oppa ni, berape kali saya nak cakap, saya belum kawin, panggil Krystal je.” Seperti biase runggutan Krystal tidak diendahkan oleh Jongin. “jadi ada apa niat puan datang sini, just nak bagi tau yang puan tak kawin lagi?” sindir Jongin namun tetap kedengaran lawak oleh Krystal. “eh, lupe plak, ni ha, nak bagi oppa tie ni, selalu saya Nampak oppa pakai tie warne hitam je, jadi tadi saya pergi mall nampak tie ni macam sesuai dengan oppa, so saya beli la, cube oppa tengok” sambil itu, tangannya sudah meletakkan tie di leher Jongin, pada fikirannya mungkin Jongin akan menepis, tapi tidak, Jongin hanya membiarkan sahaja Krystal bertindak sedemikian. “wah, cantik la kat oppa warna hijau muda ni, pandai tak saya pilih?” “puan tak penat ke cakap tak henti dari tadi” arghh, tadi ok, sekarang sombong balik, “saya tak penat kalau cakap dengan oppa” semakin lebar senyuman Krystal. “terima kasih sebab bagi tie ni” Jongin mengambil tie dan terus masuk tanpa menunggu Krystal membalas ucapan terima kasihnya “mesti ada lagi yang dia nak cakap nanti, baik aku masuk dulu” kata Jongin dalam hati. “sama-sama oppa,” jerit Krystal dari luar rumah. “esok oppa pakai la tie tu, mesti bertambah smart, lagipun saya dah basuh, boleh terus pakai” sambung Krystal lagi. Tergelak kecil Jongin didalam rumahnya mendengar kata-kata Krystal. Aku dah agak, mesti panjang lebar punya die nak balas.
Okey, makin improve, bagus. List yang dibuatnya sejak awal-awal datang ke kawasan perumahan itu memang membantu secara tidak lansung. Walaupun lambat tindak balas dari jirannya itu, namun dia bahagia kerana Jongin sudah mula untuk bercakap dengannya “ya, of course muke-mule sepatah due je, but not bad la tadi die dah cakap banyak dengan aku” pujuk hati Krystal. Listnya dipandang semula, paip rosak, lipas, tersiram air kat kasut, bagi makanan, tegur setiap pagi sebelum pergi kerja, gas habis dan macam-macam lagi. Semua itu tidak membuahkan hasil pada waktu itu, kerana Jongin langsung tidak mengendahkannya. Tetapi tadi, Jongin sudah berubah sedikit demi sedikit. Bukannya Krystal tidak perasan Jongin mengintipnya dari tingkap. Memikirkan itu sahaja membuatkan Krystal bahagia. Namun tidak lama kemudian, satu panggilan telah merosaakan mood Krystal pada hari itu. “ahjumma, bia saya fikir dulu ye, nanti kalau Krystal dah ada keputusan Krystal bagi tau” segera Krystal meletakkan telefonnya.
YOU ARE READING
changing mr jongin :: kim kai [COMPLETED]
RomanceKulitnya gelap. Hidupnya sunyi. Bicaranya sepi. Sendirian sudah menjadi peneman sejak azali. Namun, kehadiran Krystal ke dalam hidup Jongin telah menyebabkan dunianya berubah sama sekali. Bising. Bingit. Budek telinga Jongin menahan mulut Becok Krys...