Kring..kring..kring..bunyi jam itu menggangu tidur Jongin menyebabkan jejaka itu terpaksa bangun dari katilnya. Dia sudah bangun sejak setengah jam yang lalu akibat bunyi bising yang datang dari jirannya. "sejak bila la ade orang kat rumah sebelah ni, dah la baru pindah buat bising pulak tu, rimas betul la" rungut Jongin. Bermalas-malasan dia menyiapkan dirinya untuk pergi kerja. Setelah siap mandi Jongin segera ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Tidak seperti rakan sekerjanya yang lain, Jongin tinggal bersendirian sejak 5 tahun yang lalu. Selepas kematian ommanya, Jongin tinggal bersama-sama Makciknya, namun demikian 5 tahun yang lepas Jongin telah dihalau keluar. Alasannya kerana Jongin sering pulang lewat malam. Bukannya Makcik nya tidak tahu Jongin terpaksa kerja sehingga lewat malam untuk menyara keluarga Makciknya. Selepas sepupunya berkahwin dengan anak orang kaya, maka khidmat Jongin untuk menyara keluarga Makciknya itu sudah tidak diperlukan lagi. Walaupun tinggal bersama keluarga Makciknya dalam bilangan yang ramai, Jongin tetap merasa keseorangn kerana mereka tidak pernah mengambil tahu keadaan Jongin, sama ada sihat atau sakit, maka Jongin tidak berasa kekok tinggal berseorangan. Sedang sibuk dia menyiapkan sarapan, terdengar ada yang mengetuk pintu rumahnya. Disangkakan Makcik depan rumah datang untuk membebel mengenai Baby J nya yang sering merosakkan pokok bunga Makcik depan rumahnya itu, dibiarkan sahaja Makcik itu diluar. "malas aku nak dengar die membebel" namun ketukan pintu masih xberhenti "tak paham ke orang tak nak buka pintu." Dek kerana tak tahan bunyi bising maka Jongin membuka pintu. "hello, ade sape-sape tak? Hello?" kedengaran suara manis seorang gadis di hadapan pintu rumah Jongin "ya, ada ape-ape yang boleh saya bantu?" tanya Jongin kepada gadis tersebut, walaupun sedikit terkejut melihat ada gadis dihadapan rumahnya namun Jongin masih bertanya akan niat kedatangan gadis tersebut. "hello, hai, saya Krystal, jiran baru awak, semalam baru pindah sini." Tersengih-sengih Krystal memperkenalkan dirinya kepada Jongin. Namun hampa Jongin tidak membalas seperti yang difikirkan. "so?" pendek sahaja balasan Jongin itu membuatkan gadis manis itu sedikit malu. "takde ape-ape, sebab saya jiran baru, so saya fikir kene kenal jiran tetangga kat sini, and orang first kenelah jiran sebelah rumah,hehe" panjang lebar Krystal membalas pertanyaan pendek Jongin. "awak nak pergi kerje ke ni? Saya ingat nak tanya pasal jiran-jiran yang lain kat awak sebab.." belum sempat Krystal menghabiskan ayatnya Jongin telah berkata "macam ni la puan, saya tak ambil tau pasal jiran-jiran kat sini, kalau puan nak tau, puan tanya sendiri" Jongin sudah menutup pintu sebelum Krystal sempat untuk membalas kata-kata Jongin. "Sombong betul la mamat ni, aku cik lagi la" runggut Krystal, tiba-tiba pintu dibuka, Krystal terkejut, mungkin die dengar aku cakap die sombong..abis la aku. "lagi satu puan, tolong jangan buat bising kat sini, saya tak suka. tq" pintu ditutp semula. Namun demikian terukir satu senyuman di bibir Krystal, akhirnya saya dah jumpa awak.
##
*5 tahun yang lepas
Krystal jalan tanpa arah tuju, fikirannya kosong, yang difikirkan ketika itu hanya mati. Dia merasa keseorangan selepas pemergian keluarganya akibat kemalangan jalan raya. Seluruh keluarganya maut di tempat kejadian. Hanya Krystal sahaja yang selamat. Baginya sudah tidak ada erti lagi dia meneruskan hidupnya. Dia tidak biasa untuk keseorangan. Sebelum ini, hidunya ceria, namun kini, dia keseorangan. Krystal tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Sambil menangis Krystal "omma, appa, hyung, kejap lagi Krystal datang"
"cik, jangan macam ni, setiap masalah ada penyelesaiannya, kita boleh selesaikan dengan cara baik." Pujuk pegawai bomba yang datang untuk menyelamatkan Krystal, namun tidak diendahkan oleh Krystal. "masalah saya takde sape boleh selesaikan, saya nak jumpa keluarga saya" tangisan Krystal semakin kuat. "keluarga cik kat mana? Saya boleh tolong panggil, saya pasti keluarga cik akan datang." Pujuk pegawai bomba itu lagi. "keluarga saya kat syurga, dah 3 bulan dieorang kat sana, awak boleh tolong panggil dieorang datang sini semula?" tergamam semua yang berada disitu "saya tak boleh hidup tanpa keluarga saya, saya nak jumpa omma" "macam mana puan boleh cakap puan tak boleh hidup tanpa mereka sedangkan 3bulan sebelum ni puan boleh hidup macam biasa" kedengaran satu suara di belakang anggota bomba tersebut "selama ni saya tersiksa, saya sendiri, takde sape dengan saya, awak tak rasa apa yang saya rasa..awak tak hadap ni semua" tersedu-sedu suara Krystal. "macam mana awak yakin yang saya tak rasa apa yang awak rasa, selama ni saya keseorangan selepas kematian omma saya" nada suara itu lebih tinggi berbanding sebelumnya. "kenapa saya perlu percayakan awak" "terserah awak nak percaya atau tidak, tapi saya yakin keluarga awak tak nak tengok awak dalam keadaan macam ni, awak ingat kalau awak bunuh diri, awak dapat jumpa keluarga awak kat syurga nanti?" terasa sindiran jejaka itu di hati Krystal. Kaki Krystal lemah dan terduduk, sambil menangis semula "maafkan krystal omma, appa, hyung". Krystal memandang wajah jejaka itu, entah kenapa dia boleh percaya kata-kata jejaka tersebut, mungkin kedengaran seperti jejaka itu tidak menipu.
YOU ARE READING
changing mr jongin :: kim kai [COMPLETED]
RomanceKulitnya gelap. Hidupnya sunyi. Bicaranya sepi. Sendirian sudah menjadi peneman sejak azali. Namun, kehadiran Krystal ke dalam hidup Jongin telah menyebabkan dunianya berubah sama sekali. Bising. Bingit. Budek telinga Jongin menahan mulut Becok Krys...