" Mama , abah ! Adik dah tak kecil lagi , adik dah besar ! Apa salahnya kalau ada tinggal dekat kampus tu . Lagi berapa bulan , adik dah nak masuk U dah . Adik dah siap prepare semuanya . So please jangan control adik lagi , adik dengar apa yang mama dan abah nak sejak dari kecil lagi . Mama suruh adik jadi doktor , adik jadi doktor . Adik ikut kata mama and now you see , adik akan ambil jurusan perubatan . Sekarang ni adik dah 19 tahun , bukannya budak darjah 1 . " Tan Sri Dato' Muhiddin dan isterinya Dato' Zubaidah memandang antara satu sama lain .
Mereka berbuat demikian demi kebaikan anak mereka , mungkin anaknya salah faham . Mereka takut hendak berenggang dengan anak bongsu ataupun anak kesayangan yang dipanggil oleh orang lain .
" Bukan abah dan mama tak nak bagi kamu tinggal di sana . Tetapi kami risau dengan keselamatan kamu Lin . Kamu tahu tak yang kamu ni satu satunya anak perempuan mama ! Kalau terjadi apa apa dekat anak mama yang sorang ni , mama boleh jadi gila kamu tahu tak ! " Dato' Zubaidah akhirnya mengalirkan air mata yang ditahannya sejak dari tadi lagi .
"Semuanya alasan je lebih . Adik tak pernah nak rasa kebebasan dalam hidup adik . Sekali pon tidak . Setiap kali habis periksa , kawan kawan adik mesti pergi celebrate . Tapi adik ? Adik duduk dekat rumah , belajar belajar belajar . Tak pernah nak rehat , dah cuti pun kena tuisyen . Kawan kawan adik asyik tanya kenapa adik tak pernah join dia orang keluar makan ataupun main . Adik nak cakap apa kat diorang . Sekarang ni adik dah nak mencecah 20 tahun , so please jangan control hidup adik . Adik nak free ! " Lin bangun dari sofa dan menuju ke lif untuk pergi ke tingkat 3 di mana bilik nya terletak di tingkat itu .
" Myra Haslinda binti Muhiddin ! Mama cakap tak boleh , mean tak boleh ! " akhirnya Dato' Zubaidah meninggikan suaranya itu sempat lagi Linda mengangkat tangannya dan berkata ' talk to my hand ' . Dato' Zubaidah mengelap air matanya dan menuju ke dapur . Mungkin hendak menenangkan dirinya dengan minum segelas air .
Tan Sri hanya menggeleng-gelengkan kepalanya , dia sudah tidak tahu hendak buat apa terhadap anaknya . Salah dia juga kerana asyik menyekat kebebasan anaknya itu , dan menyebabkan anaknya berkelakuan sebegini .***
Linda mencapai IPhone 6 plus yang dihadiahkan oleh bapanya itu dan membuka aplikasi messenger . Dia menaip nama rakannya dan menekan ke arah gambar profil rakannya itu .
Myra
Wei !!! I need your help !!! Aku tak tahu nak buat macam mana lagi !!! Nak jer aku lari dari rumah ...Balqis
Dia orang buat macam tu mesti ada sebab punya lah . Tak kan lah nak sengsara kan hidup kau .Myra
Kau ni pon sama la . Yang kau nak back up mama dan abah aku buat apa . Aku ingat kau lah best friend forever aku . Rupanya tak jugak .Balqis
Aku bukan nak bela apa yang dia orang cakap . Manalah tahu kau sampai kat sana nanti , jumpa kawan yang tak elok ke ? All for your good , my friend .Linda keluar dari aplikasi itu sejurus selepas dia habis baca apa yang dihantar oleh Balqis . Dia tidak sangka yang rakan baiknya itu pun anggap benda yang sama seperti mama dan abahnya .
***
Linda keluar dari biliknya dan menuju ke lif , masuk sahaja ke dalam lif dia pun menekan punat yang bernombor 2 untuk pergi ke dapur . Sudah berapa lama dia mengurung diri sendirinya di dalam bilik itu . Tentulah dia berasa amat lapar . Dari pagi hingga ke tengah hari tadi dia tidak turun langsung ke dapur untuk menikmati masakan pembantu rumahnya , ataupun dikenali sebagai Mak Kiah . Linda menuju ke hujung dapur dan mengetuk pintu bilik Mak Kiah .
" Mak Kiah , Lin lapar lah . Mak Kiah ada simpan lauk lagi tak . " terserlah harapan yang makanan masih disimpan pada muka Linda .
" Nasib baik Mak Kiah ada simpankan lauk untuk Lin , kalau tak kebulurlah anak Mak Kiah sorang ni . " Mak Kiah mengusap lembut pipi Linda dan menuju ke arah meja makan . Linda senyum hingga ke telinga.
" Lah yang Linda duk tercegat kat depan pintu bilik Mak Kiah tu buat apa . Meh duk sini makan . Hari ni Mak Kiah masak lauk kegemaran Linda . Nasib baik Mak Kiah tak merajuk tadi tahu . Dah meh sini cepat makan . " Linda jalan menuju ke arah meja makan lalu duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan .
" Mak Kiah nak pergi mana tu ? Mari lah sini teman Lin makan . " Mak Kiah berhenti berjalan dan menuju balik ke arah meja makan dan duduk di sebelah Linda .
Mak Kiah berasa amat kasihan sekali dengan Linda sejak kecil lagi . Jika Linda ada masalah apa apa , pasti Mak Kiah tahu . Mak Kiah umpama nenek bagi Linda , umpama pendengar masalah bagi Linda . Sebenarnya Mak Kiah tahu yang Linda sedang bergaduh dengan mama dan abahnya . Mak Kiah dapat tahu yang dia bergaduh dengan mama dan abahnya melalui air muka anak perempuan majikannya itu .
Mama dan abah Linda tidak pernah pun sekali mengajak Linda keluar untuk bercuti , walaupun di dalam negeri sekali pun . Walaupun bapanya Tan Sri sekalipun dan walau mamanya Dato' sekalipun dia tidak pernah untuk keluar negera apatah lagi dalam negara mahupun dalam negeri . Hidupnya penuh dengan kekongkaan . Anak Mak Kiah pun pernah ke setiap negeri . Tetapi Linda , sekadar balik ke kampungnya sahaja lah yang paling jauh . Itupun hanya di dalam kawasan perkampungan di situ sahaja.
Abang abangnya pun jarang sekali balik ke rumah , mungkin disebabkan mereka tinggal jauh dari mama dan abah mereka .
" Mak Kiah mengelamun sampai mana tu . Teringat kat tukang kebun rumah orang sebelah kew? Kalau berminat Lin boleh tolongkan . " Linda menuju ke singki untuk membasuh tangan dan pinggan .
" Ada je kamu ni Lin , baik Mak Kiah mengelamun pasal anak anak Mak Kiah dengan abang abang kamu tu . " Mak Kiah tersengih memandang Linda .
" Dah lama abang Wan dengan abang Iz tak balik Malaysia kan , Mak Kiah . " Mak Kiah mengangguk apa yang dikatakan oleh Linda .
" Tahun ni dia orang last year kan . Tak lama lagi konvo lah tu . Meriah sikit rumah ni , kalau tak hmmm... senyap sepanjang masa . Nasib baik Lin ada , kalau tak bosan Mak Kiah . Lagi berapa bulan Lin dah nak masuk U , memang bosan lah Mak Kiah macam ni . " Linda ketawa kerana Mak Kiah sedang mengadu kepadanya . Sebelum ni tidak pernah pula Mak Kiah berbuat sebegini .
" Mak Kiah nak risau apa , tukang kebun sebelah rumah tu kan ada . Boleh selalu teman Mak Kiah borak !! " Linda ketawa dengan lebih kuat kali ni . Tapak tangan kanan Mak Kiah sudah mendarat di peha kiri Linda , tak ada lah sekuat mana pun ringan ringan sahaja .
" Ada ada je kamu ni Lin . Dah lah , sekarang dah lewat ni Mak Kiah masuk tidur dulu yer . Pagi esok Mak Kiah masak favourite breakfast untuk Lin yer . " Linda menunjukkan gaya ok dan menuju ke lif untuk balik ke biliknya .
" Bila abang Wan dengan Abang Iz nak balik . Adik rindu abang . " air mata yang ditahan sejak dari dapur akhirnya gugur juga . Abang abang dia sahaja lah yang dia boleh harapkan .
→ANB←
ACTUALLY INI BUKU KEDUA AUTHOR . BUKU PERTAMA IS BUTTERFLY... HARAP KORANG SUKA BUKU KEDUA NI.
YOU ARE READING
Aku Nak Bebas !!!
Teen FictionHidup gadis ini selalu bagai di dalam sangkar burung yang hanya boleh lihat dari luar . Tidak pernah langsung keluar dari rumah . Bukan tidak pernah keluar dari rumah, dia hanya keluar rumah apabila abangnya balik dari cuti semester sahaja . Dia...