"Abang, adik nak makan ice cream . Abang belanja adik boleh. " Linda memujuk abangnya .
" Adik tadi mama call . Dia cakap nak adik balik sekarang jugak . " Linda mendengus sehingga merah muka dia .
" Lantak dia lah . " Linda sambung berjalan tanpa menoleh ke belakang . Dia tahu apabila dia balik , telinga dia akan mula bernanah .
" Adik !! Stop !! " Izwan menjerit , dan betul , semua orang di sekeliling mereka memerhatikan mereka .
" Abang nak apa lagi ! I've said , adik tak akan balik . Adik sanggup merempat kat tepi jalan daripada balik ke rumah tu ! " tanpa melengahkan masa , Ikhwan mendukung Linda dan menuju ke lif untuk ke parking lot .
---
" Mama nak apa lagi ! Adik dah bosan tahu tak ! Boleh tak kalau sehari mama tak conquer life adik ! Sehari pun tak apa lah mama . " air mata asyik meleleh tidak dapat diberhentikan . Wan dan Iz hanya duduk disebelah Linda dan mendengar apa yang dimarahi oleh mama . Mereka kesian pada adik mereka , walaupun umur dah 19 tahun tetapi hidup macam budak darjah 1 . Pergi mana mana mesti kena ada mama atau abah kalau tak jangan harap lah nak keluar rumah .
" Mama dah katakan kalau nak pergi mana mana bagitahu mama ! Susah sangat ke adik nak dengar apa yang mama minta . " di dalam hati Linda sudah mula memaki maki mamanya tu. Tak habis habis dengan ayat yang sama .
" Kalau adik dengar apa yang mama suruh , adik dapat apa ? Tak dapat apa apa pun kan ! Daripada adik dengar apa yang mama suruh baik adik pergi jalan jalan dengan abang . " Linda bangun dan menuju ke biliknya .
---
" Tak habis habis dengan ayat lapok dia tu . Sakit hati aku tau . Abang aku pun sama , bukannya nak tolong aku . Senyap sepanjang masa . " Linda meluahkan segala amarahnya pada Balqis melalui telefon .
" Aku bukan nak backup apa yang mama kau cakap . Tapi benda yang dia cakap memang betul . Lagi lagi kau tu anak dara dia orang . Lagi lah dia marah . " Balqis memberi pendapatnya .
" Hishh .. Kau ni pun satu . Kau pun sama jugak , lagi lagi kau tu anak tunggal mak bapak kau . But mak bapak kau tak kongkong hidup kau pun kan. Dah lah aku off dulu . Bye. " Linda pun mematikan panggilan itu.
Pintu bilik Linda terbuka , kedua dua abangnya mengeluarkan sesuatu dari belakang mereka . Sekotak kasut adidas berwarna mint dari abang sulungnya dan sepasang dress paras lutut berwarna mint juga dari abang ngahnya pula . Linda tahu yang abangnya sedang memujuknya. Kenapa kata macam tu ? Linda senang terpujuk dengan warna yang dia suka . Yes,mint is Linda's favourite colour .
" Tak payah nak pujuk adik lah abang . Wardrobe adik dah penuh dengan pujukan abang tu . " Linda menyelibung di bawah selimutnya .
" Abang bukan tak nak save adik . But we can't . " Wan bersuara .
" Bla bla bla... Suka lah tengok adik kesayangan abang menitiskan air mata kesedihan kan . " Wan dan Iz geli hati apa bila dengar apa yang adik dia katakan .
" Alah jangan lah merajuk. Malam nanti abang bawak adik pergi funfair nak? " Wan berjalan menuju ke arah katil Linda.
" Alah mama mesti tak bagi. Dia nak anak dia terperuk macam kerang busuk dalam bilik ni. "
" I've her permission already, dude. " Linda terus bangun dan pandang ke arah abang dia.
" You not kidding with me right. " Linda berharap yang abangnya tidak menipu dia .
" Siapa lah abang ni kan. Sampai adik dah tak percaya kan abang. " Linda terus meluru ke arah abangnya dan memeluk ke arah kedua dua abangnya .
" Thanks bro . Bro fist ? " mereka bertiga membuat bro fist dan ketawa sesama sendiri .
Linda mengenakan jeans legging, baby-t warna mint dan kasut adidas warna mint yang dihadiahi oleh Ikhwan . Mint is everything !!
" Adik , kau dah ke belum ! " jerit Ikhwan dari tingkat 1 . Walaupun bilik Linda di tingkat 3 , suara Ikhwan still kedengaran . Kuat benar suara dia .
" I'm coming ! " jerit Linda sambil menuruni tangga . Dia pun tidak pasti kenapa dia tiba tiba sahaja turun menggunakan tangga . Abang Wan mesti perli aku nanti , habis lah aku .
" Aik , sejak bila kau pandai pakai tangga kat rumah ni . " Ikhwan ketawa. Kan dah cakap . Mesti dia bahan aku punya.
" Biarlah . Orang tengah happy ni ,karang orang merajuk baru tau . " muka Ikhwan dan Izwan terus berubah serta merta apabila Linda kata hendak merajuk. Bukan apa habis lah duit poket mereka nanti asyik belikan barang untuk adik mereka.
---
" Wow , it was so beautiful . Abang nak tahu satu benda tak ? " Linda memandang keluar , dia boleh nampak keindahan tempat itu dengan menaiki benda yang bulat tu (sorry author tiba tiba lupa apa nama benda tu) Ikhwan dan Izwan memandang ke arah adik mereka .
" I love you guys very much . Kalau adik tak ada abang , adik tak boleh nak bayangkan hidup adik macam mana . " air matanya akan turun bila bila masa sahaja . Ikhwan dan Izwan serta merta peluk adik kesayangan mereka itu .
" Dah lah tak mahu nangis . Tak cantik lah adik abang nangis " Ikhwan mengelap air mata Linda yang sedang mencurah curah .
" Kesian abang tak dapat adik ipar . Nak tahu sebab apa ? Sebab adik buruk . Buruk sebab apa ? Sebab adik menangis . " Izwan sudah ketawa terkekek kekek .
" Abang memang nak kena kan . Karang tak bagi adik ipar baru tahu . " Ikhwan hanya senyum melihat telatah adik adik nya .
" Lepas ni turun kita pergi main tu eh . " Linda menunjuk ke arah gerai mainan yang berderet . Ikhwan dan Izwan mengangguk .
---
" Thanks abang , for bring me to here . I'll never forget this sweet memory . Before this , let me take a selfie . " Linda mengeluarkan IPhone 6+ yang dihadiahi oleh Ikhwan sebelum ni . Sememangnya warna mint juga .(Author tahu yang warna mint ni memang mengarut , anggap lah memang ade warna mint yer )
" Macam pernah dengar je ayat tu. Kau ciplak dari lagu tu kan ! " Linda jelirkan lidahnya dan senyum ke arah camera phonenya .
Cakap nak publish bila habis PT3 . Cakap jer lebih . Tangan ni gatal sangat nak taip , daripada dia lagi gatal tulis jelah xD jangan lupa vote and comment . Jangan lupa baca buku author yang pertama tajuk Butterfly . Maafkan author kalau ade salah tatabhs o typo
YOU ARE READING
Aku Nak Bebas !!!
Teen FictionHidup gadis ini selalu bagai di dalam sangkar burung yang hanya boleh lihat dari luar . Tidak pernah langsung keluar dari rumah . Bukan tidak pernah keluar dari rumah, dia hanya keluar rumah apabila abangnya balik dari cuti semester sahaja . Dia...