Linda mengenakan sweatshirt putih bersama dengan skinny jeans dan kasut converse hitam dan tidak lupa juga topi adidas berwarna putih miliknya itu . Linda amat sayang akan topi itu , topi itu ialah hadiah yang diberi oleh abang sulungnya ataupun lebih dikenali sebagai abang Wan . Habis sahaja berdandan dia turun ke tingkat 1 untuk makan sarapan pagi .
" Awal anak dara sorang ni bangun . " ujar Mak Kiah setelah nampak kelibat Linda di ruang makan .
" Nak pergi jalan jalan dengan kawan . " Mak Kiah agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Linda tadi .
" Mama dan abah tahu tak yang Lin nak pergi jalan jalan dengan kawan ? " Linda menggelengkan kepalanya .
" Mana boleh Lin buat macam ni kat mama dan abah . " Mak Kiah menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Linda .
" Tahu tahu lah Lin bagi tahh dia orang . Lagi pun Lin pergi dengan Balqis , bukan dengan sesiapa pon . At the same time , Lin pergi KLIA jugak . " Mak Kiah hanya dengar apa yang dikatakan oleh Linda .
" Lin pergi KLIA buat apa ? Nak lari rumah kew ! Jangan lah buat macam tu Lin . Kesian kat mama dan abah awak tu . " Linda sudah pun menampar dahinya .
" Kalau Lin nak lari dari rumah , Lin dah lama buat pun . Lin pergi KLIA sebab nak jemput abang Wan dengan abang Iz lah Mak Kiah . Tak kan Mak Kiah tak ingat langsung . " Mak Kiah menggelengkan kepalanya .
" Abang Wan dengan abang Iz balik sebab sekarang kan cuti sem so this year dia orang balik lah . " Mak Kiah mengangguk dengan laju . Tiba tiba kedengaran suara garau tetapi macho sedang berdehem . Linda pusing dan kelibat abang abang dia ada di hadapan dia .
" Abang !!! " Linda meluru ke arah abang abangnya dan memeluk kedua dua abangnya sepuas hati .
" Bila abang balik Adik baru ingat nak ambil abang tadi Abang nampak adik dah siap pakai cantik cantik Abang wan nampak tak topi adidas yang abang bagi adik Abang Iz nampak tak kasut converse yang abang bagi Adik ingat nak buat surprise Tapi abang dah balik dah sampai rumah pun so surprise yang adik nak bagi dah tak ada . " Wan dan Iz ataupun nama panjang mereka ialah Hamzah Ikhwan dan Syahrul Izwan . Mereka berdua saling pandang dan gelak sesama sendiri .
" Yang abang tetiba ketawakan adik ni kenapa ? " Linda sudah mula merajuk . Dia hanya bermanja dengan abang abangnya sahaja .
" Adik tu , cakap tak henti henti . Dah lah takde tanda noktah . Hahahahahaha ... " tangan Linda yang kecil itu mula hingap di lengan Izwan yang tegap tu .
" Aduii , sakit lah adik . Adik dah tak sayang abang kew . " Izwan membuat mimik muka kesakitannya itu .
" Sorry abang . Jawab lah soalan adik abang . Bila abang balik ? "
" Kita orang balik malam semalam. " Linda mengangkat tangan dan menunjuk good ke arah abang sulungnya itu .
" So abang abang ku sekalian dah tidur puas puas lah ni . So , apa kata kita pergi jalan jalan . Dah lama adik tak pergi jalan jalan tau . Nak harapkan mama dan abah memang tak payah lah . " Linda buat muka sedih , reaksi abang mereka ? Tentulah ketawa kan adik mereka itu .
" Ok, ok . Nanti abang bawak adik pergi jalan jalan eh . Dah tua bangka pun nak manja manja dengan abang . " Ikhwan menarik hidung Linda yang nak dikatakan mancung tetapi taklah semancung orang Arab yer .
" Sakit, lah . Dah cepat cepat pergi siap . Lagi satu kawan adik nak join sekali tau . " cepat cepat Linda menolak abang abangnya ke arah lif .
" Daripada abang buat lemak , baik abang naik tangga je dik . Bilik kita orang kan tingkat dua jer . " Ikhwan jalan menuju ke arah tangga .
" Tulah tengok kau adik , hari hari naik lif . Cuba lah bersenam sikit , ni tak bela lemak . " Izwan sambung , mereka berdua ketawa dengan kuat .
" Excuse me , adik still slim tau . Tak kasi orang work out dekat gym kew ? Buat apa abah buat gym tapi tak pakai . " Linda tanpa melengahkan masa dia berjalan menuju ke ruang tamu untuk menunggu abang abangnya .
---
"Adik nak pergi mana ? Ha , ada bagitahu mama dan abah tak . " Ikhwan membuka pintu keretanya .
" Kalau adik tanya , adik tak akan ada kat sini di dalam kereta abang sekarang ni . " Izwan sudah menggelengkan kepalanya , dia sudah tidak tahu hendak buat bagaimana pada adiknya .
" Balqis , kau nak aku introduce dia orang kat kau tak ? " Balqis membuat gaya 'up to you' .
" okok.. Yang nak bawak kereta tu abang sulung aku , his name is Hamzah Ikhwan . Yang pakai cermin mata hitam tu abang ngah aku , Syahrul Izwan . Tullah dah tua bangka pun still tak ada yang nak kat dia orang . " Linda menggeleng gelengkan kepala tanda kesian kan abang abang dia la tu .
" Abang bukan tak laku , laku lah . Tullah adik , bila abang balik asyik nak berkepit dengan abang jer . Memang orang tak nak kat abang lah . Mesti dia orang ingat adik ni girlfriend abang . " Izwan dan Ikhwan high five dan membuat kan Linda rasa nak tumbuk tumbuk abang dia .
" Kita orang nak pergi times square . Jangan nak pergi tempat lain tau. " Linda tersenyum dengan girang .
---
" Weyh Linda , kita dah sampai . Bangun lah cepat . " Linda segera bangun dan membetulkan rambutnya yang dah serabai . Sampai sahaja di pintu besar Times Square , Linda meninggalkan abangnya dan menarik tangan Balqis dan menuju ke lif . Izwan dan Ikhwan sudah biasa dengan perangai Linda yang sebegitu . Sebelum mereka keluar dari perut kereta , Izwan ada memberi kad kredit unlimitednya kepada Linda . Dia tahu yang adiknya tidak akan membawa duit langsung apabila keluar bersamanya . RM 1 pun dia tidak akan bawa . Manja betul Linda dengan abang dia kan .
-ANB-
YEAY!! DPT JUGAK PUBLISH BAB KEDUA NI . HOPE U GUYS SUKA N DUN FORGET VOTE BUKU NI TAU . DAN JAGN LUPA BACA BUKU PERTAMA AUTHOR YANG BERTAJUK BUTTERFLY .
YOU ARE READING
Aku Nak Bebas !!!
Teen FictionHidup gadis ini selalu bagai di dalam sangkar burung yang hanya boleh lihat dari luar . Tidak pernah langsung keluar dari rumah . Bukan tidak pernah keluar dari rumah, dia hanya keluar rumah apabila abangnya balik dari cuti semester sahaja . Dia...