[ Gi Rin POV ]
Bunyi pukulan ombak telah membuatkan lena aku terjaga. Spoil betul.
Aku sedar yang aku sekarang di dalam pelukan seseorang. Aku dongak sikit. Pucuk hidung ku terkena dagu si 'dia'. Oh Taehyung. Tengah tidur.
Aku bergerak sedikit untuk menggeliat. Tapi pergerakan aku membuatkan dia tergerak juga. Opps. Phew! Dia sambung tidur balik. Selesanya bila dipeluk. Terasa seperti mahu tidur balik.
Tapi aku ambil masa ni untuk tatap muka dia sepuas puasnya dia. Aku takut dia akan tinggalkan aku.
Aku cuba bermain dengan rambutnya. Malangnya, dia tersedar dari lenanya dan menggenggam tangan ku yang tak sempat berbuat apa apa.
"Buat apa ni Gi Rin?"
Tanya dia sambil menguap. Comelnya.
"Tengah ---"
Tak sempat aku menjawab dia tiba tiba bangun dari katil dengan mengejut macam muka aku ni berubah jadi hantu. Tiba tiba je. Pelik.
"Kenapa ni Taehyung?"
" Maaf, saya balik bilik dulu. "
Dia terus ambil jaketnya dan pergi begitu saja.
--
[Taehyung POV ]
"Tae, kenapa awak senyap je dari tadi? Saya cakap macam macam dekat awak tapi awak balas sepatah je. Awak ada masalah ke?"
"Saya tak berapa sihat. Lepas makan tengahari ni saya terus nak balik bilik tau."
Aku balas tanpa pandang muka dia pun. Entahlah. Aku tak boleh pandang muka dia, memandangkan tak lama lagi aku akan tinggalkan dia. Aku tak sanggup.
Tapi dari ekor mata ku, aku nampak dia angguk dan terus tunduk.
Makanan sudah sampai dan telah dihidang. Aku dan Gi Rin makan tanpa berbual sepatah pun. Huh. I'm so sorry.
--
[ Gi Rin POV ]
Aku ambil patung Pooh kesayangan aku yang jauh aku bawa dari Seoul dan mula bercakap dengan dia since aku tak ada kawan nak berbual.
"Hey Pooh. "
....
" Pooh rasa, Taehyung tu baik tak?"
....
"Kenapa perangai dia berubah ya?"
....
"Dia macam mengelak dari Rin."
....
"Pooh tak rasa ke dia ada benda yang dia sorok?"
....
"Seronoknya cakap dengan Pooh."
....
"Daripada Rin tanya Pooh semua benda ni,baik Rin tanya Tae je."
Lalu Pooh pun mengangguk. Anggukan tu pun dibuat buat oleh aku sendiri.
TTOKK! TTOKK!
Tae dah buka pintu tapi bila dia nampak muka aku, dia tutup pintu semula.
Aku nak tahan tapi tak sempat.
Kenapa ni?
"Yyahh Taehyung! Buka pintu ni!"
"Buka lah!!"
"KIM TAEHYUNG!! I SAID, OPEN THE DOOR!!"
"YYAHH V!!"
Penatlah jerit jerit. Tae ni kenapa? Aku ada buat salah ke? Tak faham betullah.
"Okay. Kalau taknak buka, Rin akan report dekat Cik receptionist dan minta kunci bilik ni."
Yeah. Akhirnya. Dia termakan juga umpan ku dan membuka pintu.
Peluang aku sudah muncul bila dia buka pintu dan aku rempuh pintu dia supaya dia tak boleh nak tutup pintu lagi dah.
Malangnya, aku tersungkur. Lagi 3 cm je dahi aku akan bertemu dengan almari.
"Auchh. Ahh. Tak guna punya almari. Tch. Aku akan saman kau,almari. Wah mentang mentang lah kau hari hari duduk hot--"
Tak sempat ayat aku habis, Taehyung mengangkat aku dan meletakkan aku di sisi katil.
"Kenapa cuai sangat?"
Dia bercakap dengan aku tanpa satu pun reaksi dimukanya.
Kejam. Oh nak tunjuk muka reactionless kau lah ni eh...
Okay takpe takpe
"Saya tak sengaja nak jatuh hee.."
Dia mengurut kaki aku yang terhentak di lantai tadi.
"Tae, awak dah taknak kawan dengan saya lagi ke?"
"Taknak."
"Huh?"
"Saya taknak kawan dengan awak lagi kalau awak cuai macam ni."
Phew! Ingat kan apa lah tadi.
※
Hey yo! Happy 1K. Nahh, bagi korang 1K tu biashe biashe je tapi bagi Ariana, ia sangatlah berharga lol. Dahla. Hakak Ariana takmo buat drama seposen malam malam buta ni. Jadi,pergilah tido.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
I Like You [Taehyung Malay Fanfic]
De TodoDia jahat. Tak pernah bagi aku peluang untuk suka dia. Tapi itu dulu. Sekarang aku benci dia. Tapi bila aku dah mula cintakan dia semula,semuanya jadi huru hara.