When You Go 《krisho》

139 10 0
                                    

idea: datang dari rumor yg mengatakan Kris keluar exo sebab sakit. ni kira macam apa yg berlaku sebalik tadbir gitu la. #jangankecam #niceritalama

cast: Kris, Suho, Exo

tarikh tulis: 15/5/2014

Langit petang mula menuju senja. Kris mendongak memandang langit yang berwarna kejinggaan. Mentari petang nampak kelam menyembunyikan diri di sebalik horizon.

Sayu rasanya bila keseorangan. Melalui semua kepayahan sendiri meski dia pernah disokong jutaan orang. Keputusan yang dia ambil memang sukar. Meninggalkan Exo ketika mereka dipuncak populariti sememangnya suatu keputusan paling sukar yang Kris pernah lakukan.

Namun, semua yang berlaku ada hikmahnya.

Dia percaya keputusannya itu adalah demi kebaikan. Biar dia dikutuk. Biar dia dihina. Biar dia dikata pentingkan diri sendiri. Tapi, bukankah mencari kebahagiaan itu lebih penting?

Telefon Kris sudah lama berdering dan dia baru sedari sekarang. Skrin telefon dia tatap dengan senyum nipis.

"Hello?"

"How's your operation going?"

Kris terdiam sejenak. Sudah lama dia tidak mendengar suara ini. Sesudah menarik nafas pendek, Kris menjawab, "Everything's okay. How's Exo?"

"They're fine. But I want to know more about you."

"Aku okay. Semua berjalan dengan lancar. Sekarang aku tengah ambil angin kat luar hospital."

Kris tahu mengapa suara di hujung talian senyap sekejap.

"Kris..."

"Aku okay, Suho." Kata Kris cuba meyakinkan Suho. Nampaknya Suho sedang menahan tangis berdasarkan nada suaranya yang mulai pecah.

"Cuba kau tengok belakang."

Dahi Kris berkerut seribu. Mengapa Suho menyuruhnya untuk toleh ke belakang? Tanpa membuang masa, Kris terus berpaling ke belakang. Dan tidak semena-mena air matanya turun mencurah-curah tanpa disedari.

Dia nampak Suho sedang berjalan sambil mengusap pipi yang berlinangan dengan air mata. Paling dia tidak sangka ialah kemunculan ahli Exo. Semua ahli Exo berada di situ.

"Kris!!!" Pekik Chanyeol yang mula berlari ke arahnya dan Kris dapati semua ahli mula berlari ke arahnya.

Kris tergamam saat semua ahli Exo cuba memeluknya dan dia rasa makin tersentuh.

"Kitorang semua rindukan kau!" Luah Tao saat dia memeluk Kris.

"Aku pun rindukan korang jugak." Ucap Kris dalam bisikan kerana tidak terdaya lagi untuk berkata-kata. Dia amat terharu waktu ini.

"Kitorang mintak maaf sebab tak dapat teman kau masa operation." D.O kelihatan sugul tapi Kris cuma meramas rambutnya. Kris sebenarnya tidak kisah. Asalkan dia tahu yang Exo sebenarnya tidak pernah melupakan dirinya.

"Tapi kitorang tak pernah lupakan kau." Beritahu Sehun. Kris mengangguk. "Aku tahu."

"We are one!" Ucap Kai tapi ucapan itu membuatkan suasana lebih sayu dan apa yang Kris tahu, semuanya menangis bersamanya.

"Encik Wu Yi Fan, saya kena bawa awak naik. Sekarang masanya untuk makan ubat." Tegur seorang jururawat lalu mendekati Kris. Cepat-cepat Kris mengelap air matanya dengan lengan gaun hospital.

Ahli Exo mengambil kesempatan untuk memeluknya buat kali terakhir sebelum Kris menggerakkan kerusi rodanya ke arah jururawat yang sedang menunggu.

"Selamat tinggal, Exo." Ucap Kris perlahan. Dia terus menangis saat jururawat mendorong kerusi rodanya.

==

Suho masih lagi menangis. Jujur dikatakan dia tidak sanggup lagi untuk menghadapi situasi sebegini.

Ketika Kris dibawa pergi, dia tahu ini kali terakhir mereka bersua muka.

Suho sempat berbisik kepada Kris saat mereka berpelukan tadi.

"We're still waiting for you to come back."

"You know I won't come back."

Kata-kata itu memang menghiris kalbu kerana Suho tahu sesuatu yang lebih pedih.

Dua tahun sebelumnya, Suho bertindak senyap-senyap. Dia sudah tahu bahawa Kris telah menfailkan saman terhadap syarikat majikan mereka. Tapi ada sesuatu yang membuatkan Suho musykil. Kris sering menghilang pada waktu-waktu tertentu dan Suho tahu ada sesuatu yang sedang berlaku tanpa pengetahuannya.

Suatu hari Suho mengekori Kris. Dan dia tidak menyangka rupanya Kris pergi ke sebuah hospital swasta. Lama juga Kris berjumpa dengan doktor. Setelah Kris berlalu pergi, Suho cepat-cepat mendapatkan doktor yang Kris jumpa.

"Kami tak boleh bocorkan maklumat pesakit kepada orang luar." Ujar seorang doktor ketika Suho bertanyakan tentang Kris.

"Tapi saya ahli kumpulan dia! Dia keluarga saya!" Suho berasa tertekan lalu tanpa dia sedari, dia memegang bahu doktor yang lebih tinggi daripadanya.

Setelah melepaskan nafas lemah, doktor tadi membuka mulut. "Encik Wu Yi Fan telah disahkan menghidap kanser otak. Saya harap awak bersabar sebab nyawa dia dah tak lama. Kanser yang dia hidapi ni dah tahap kritikal."

Mendengarkan penjelasan tersebut, Suho bagaikan terpaku. Bagaikan langit dan bumi runtuh pada masa yang sama dan lautan membelah untuk menelannya.

Sebab itulah Suho tidak mahu bertanya sebab sebenar mengapa Kris bertindak sedemikian. Kerana dia tahu, keputusan itu diambil demi kebaikan.

Sekarang, mereka bebas berkarya. Chanyeol dan D.O. aktif dengan lakonan sementara Lay, Tao dan Xiumin aktif dalam penciptaan lagu.

Semuanya berkat usaha kecil Kris. Dia bersyukur walaupun jauh di sudut hati, dia marahkan Kris yang suka merahsiakan segalanya.

"We are one." Ucap Suho sebelum akhirnya dia ditelan oleh tangisnya sendiri.

(720 patah kata)

a/n: okey aku mengaku aku rindu ot12. siapalah tak rindukan? lebih-lebih lagi kau dah support dorang dari debut lagi. T_T

Random Malay FF Where stories live. Discover now