idea: ada satu post aku jumpa kat blog pannchoa yg alololololo sweet gitu plus lagu Nell - Perfect and sikit pengalaman sendiri yg agak tragis. XD
cast: Nayeon Twice, Hyungwon Monsta X, Minhyuk Monsta X, Tzuyu Twice
tarikh tulis: 2/8/2016
"Aster High Vs. Iris High!" Hanya laungan itu sahaja yang didengari jelas oleh Nayeon.
Suara serak basah juruhebah tidak rasmi Iris High memberi analisis dan komen tentang para pemain yang bertanding yang kemudiannya kedengaran sayup-sayup di bawa angin. Tahun ini, Iris High terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Perlawanan Bola Sepak antara Sekolah di daerah Gyeonggi-do. Memandangkan perlawanan yang sedang berlangsung adalah sekadar perlawanan suku akhir, bilangan pelajar yang dibenarkan turun dari kelas untuk memberikan sokongan kepada pasukan sekolah boleh dikira dengan jari. Kebanyakan mereka adalah dari kelas yang gurunya sibuk menguruskan acara ini sehingga terpaksa menangguhkan kelas. Akhirnya mereka yang malas duduk di kelas turun ke padang untuk menyatakan sokongan padu. Nayeon tahu kebanyakan mereka juga merupakan kawan-kawan wakil sekolah juga. Ada muka yang Nayeon kenali ketika mereka menuju ke padang.
Sambil menopang dagu, anak mata Nayeon lebih menjurus ke arah luar tingkap meskipun Puan Lim sedang membuat tutorial. Suara lunak Puan Lim kedengaran tenggelam timbul melantun dari gegendang telinga kanan ke kiri tanpa sempat diproses ke otak. Tumpuan Nayeon lebih kepada si wakil sekolah yang bertenang menendang bola kepada rakan sepasukan. Sesekali Nayeon melihat ke arah khemah juruhebah yang terletak bertentangan tingkap kelasnya. Namun, jarak khemah yang berada di hujung padang sana menyukarkan dia melihat si juruhebah berambut kelabu. Suara juruhebah terdengar seperti berteriak hampa apabila bola yang ditendang gagal masuk ke gawang dan tersasar lalu tertampan ke tiang gawang. Begitu pun, sorakan hebat audiens kecil mematikan kekecewaan pada wajah para pemain kerana Nayeon ternampak salah seorang pemain tersenyum lebar hingga menampakkan gigi putih.
Terlepas sengihan kecil dari bibir Nayeon yang bercalitkan liptint berperisa cherry. Pantas dia menghadang senyumannya dengan telapak tangan agar tidak disedari oleh Puan Lim. Mujurlah Nayeon duduk di bahagian belakang kelas. Tidak lama kemudian, awan tebal kelihatan mendekati padang. Kelas Nayeon yang berada di tingkat empat dan bersebelahan padang memudahkan Nayeon untuk melihat langit.
Mulanya Nayeon tak kisah sangat sebab sangkanya awan putih biasanya hanya datang untuk meredupkan alam. Lega juga melihat mereka tidak berpanasan. Tapi dahi Nayeon berkerut. Bagaimana kalau awan ini membawa hujan? Sayangnya kalau mereka terpaksa menangguhkan perlawanan. Tanpa disangka-sangka, berjujuh hujan turun. Pada mulanya renyai-renyai. Tapi lima belas minit kemudian, semakin lebat hujan turun. Para pemain pula langsung tiada tanda untuk menghentikan permainan. Masing-masing terus bermain seolah-olah hujan tak pernah turun langsung.
Loceng berbunyi dan kelas Puan Lim telah pun tamat. Bagaimanapun, Encik Nam terlibat dalam acara sukan dan tidak dapat masuk ke kelas. Memandangkan di luar masih hujan, tiada seorang pun rakan sekelas yang turun ke padang kecuali seorang dua yang memang tidak peduli. Masing-masing hanya menyaksikan perlawanan dari tingkap kelas.
YOU ARE READING
Random Malay FF
RandomAntara ff yang ditulis dari tahun 2013 sampai sekarang. harap maklum kalau penulisannya pelik sikit. asalnya semua unpublished sebab macam boring dan plot yg tiada hala tuju. ada yang unedited dan unbetaed. (because malas XD) prompt dan idea datang...