idea: subjek eksperimen dan lagu ost aldnoah zero, aliez.
cast: Luhan, Lea
tarikh tulis: bulan berapa dan berapa haribulan tak ingat sebab lupa nak tulis. hahaha tapi yang penting awal tahun ni.
Cahaya terik memaksa Luhan untuk membuka mata, kornea terasa pedih apabila cahaya artifisial dari siling memicing tepat ke arah wajahnya. Dia menggerakkan tangan mahu menghadang cahaya itu daripada terus menyeksa deria penglihatannya. Atau tetapi, pergerakannya telah terbatas. Dalam keadaan tidak bermaya, Luhan tertunduk dari baringnya, cuba melihat apa yang sedang membataskan pergerakannya.
'Apa ni', Bisik Luhan sendiri yang kehairanan melihat kedua-dua tangannya dibelenggu ke katil. Menoleh ke kiri dan ke kanan sambil mata mengitari sekitarnya, Luhan jadi terpinga-pinga.
Berdasarkan mesin-mesin yang memaparkan detak jantungnya, dia mengandaikan dia berada di sebuah hospital. Namun, jika diambil kira belenggu yang merantai kaki dan tangannya, Luhan yakin dia bukan berada di hospital. Kalau hospital sakit jiwa sekalipun, takkanlah dia akan dibelenggu sebegini. Paling ekstrem pun hanya akan diberi ubat penenang.
Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Mantera itu diulang-ulang di dalam hati bagi mengelakkan dirinya dipagut kemarahan. Dia tahu ia bukan perkara yang baik kalau dia sedang marah.
Putih. Segala objek di dalam bilik kecil ini berwarna putih. Dari cadar katil, cat dinding, peralatan elektronik, lantai linoleum hinggalah ke siling. Hanya sebuah tingkap cermin tanpa bingkai terlekap kemas di dinding. Luhan amat yakin bahawa cermin gelap itu sebenarnya adalah kaca lut cahaya satu arah. Di mana ada seseorang yang memerhatikannya tanpa pengetahuannya.
Luhan menggigit bibir hingga terasa metalik darah di lidah. Mengapa dia boleh berada di sini? Sedangkan memori terakhir Luhan adalah bersama Lea.
Lea.(230 patah kata)
a/n: aku pun tak tau apa yg aku tulis sebenarnya.
YOU ARE READING
Random Malay FF
RandomAntara ff yang ditulis dari tahun 2013 sampai sekarang. harap maklum kalau penulisannya pelik sikit. asalnya semua unpublished sebab macam boring dan plot yg tiada hala tuju. ada yang unedited dan unbetaed. (because malas XD) prompt dan idea datang...