idea: request by Alya. inspired by Lee Hi - Rose. This fic took longer to finish than I thought. TT sorry for the long wait Alya!
Cast: Bae Je In, Oh Sehun
Tentangan dari bapa Bae Jein membuatkan Oh Sehun semakin berputus asa. Hanya kerana perbezaan taraf, hubungan mereka tidak direstui. Mungkin ini kedengaran cliche pada zaman sekarang yang serba moden. Namun tak dapat dinafikan masih ada yang berfikiran bahawa status keluarga merupakan segala-galanya.
Mungkin sebab kisah silam bapa Jein yang membuatkan lelaki tua itu paranoid. Cinta antara dua darjat yang tidak kesampaian. Tidak mahu dia melihat anak dara kesayangannya menerima nasib sama. Tidak mahu anak dara kesayangannya melalui penyeksaan yang menyakitkan.
Sehun pernah dipukul hanya kerana mahu berkawan dengan Jein. Begitupun, ia tidak menjadi alasan untuk Sehun terus mendekati gadis manis itu.
Status mereka memang bagaikan langit dan bumi. Sehun seorang remaja yang kehilangan bapa dan hidupnya hanya bergantung harap kepada ibu yang bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah selain dirinya sendiri yang punya dua kerja part time. Satu part time selepas sekolah di kafe dan satu part time di waktu malam di sebuah kedai serbaneka.
Sebenarnya pertama kali Sehun bertemu dengan Jein pun ketika dia bekerja di kedai serbaneka. Dari pukul tujuh malam hingga pukul sembilan setengah Sehun belum punya masa untuk makan malam. Perut sekadar diisi dengan sebatang sosej ayam yang dipanaskan semula. Itupun sambil-sambil dia menjaga kaunter.
Sedang dia menyusun paket-paket snek di rak, seorang gadis berambut pendek masuk ke dalam dan terus ke rak di mana Sehun berada. Sambil membongkok, Sehun mencuri pandang ke arah gadis itu. Dia mencapai satu mangkuk ramen lalu terus ke kaunter. Kaunter kosong. Dan Sehun pantas berlari ke kaunter tersebut.
Barkod diiimbas. "$4.50." Sebut Sehun. Raut gadis itu dipandang. Kulitnya mulus tanpa sebarang cela dan jerawat. Hidungnya tidak semancung mana tapi comel saja di mata Sehun. Bibirnya merah dengan liptint pekat. Namun yang menjadikan Sehun tidak senang ialah matanya.
Mata sepet itu kelihatan bengkang seolah-olah dia baru sahaja mengeluarkan selautan air mata.
Dompet dikeluarkan daripada beg tote yang tersangkut dibahu. Not $5 diserahkan.
Sehun memasukkan duit itu ke dalam mesin kira dan duit syiling diambil sebagai baki. Kemudian spontan dia mencapai sekotak banana milk yang tersusun di tepi kaunter. Kotak kecil itu diletakkan sebelah mangkuk ramen.
Gadis itu mengangkat muka dengan riak kebingungan.
"Saya belanja." Kata Sehun. Senyuman manis diukir.
"Thanks." Balas gadis itu tanpa sebarang senyuman balas. Kedua-dua mangkuk ramen dan kotak susu itu di usung keluar.
Wow. Kenapa Sehun tak rasa marah? She's a bit rude. Tapi tengok kepada muka dia memang dia tengah dalam masalah or something. Jadi Sehun faham untuk tidak menegur kebiadaban gadis itu. At least dia dah cakap terima kasih.
Anak mata mengekori orakan langkah gadis berblaus biru serenity. Bagai semangat yang telah disedut keluar dari jiwa, gadis itu dengan lemah melabuhkan punggung ke bangku di luar selepas menuang air panas ke dalam mangkuk ramen. Duduk menghadap ke dalam, setentang dengan kaunter, mangkuk yang masih panas di letakkan atas meja bulat. Kemudian gadis itu merenung kosong. Hala pandangannya tertunduk ke kotak susu.
Seorang pelanggan masuk. Sehun mengira barangan yang dibeli. Dan dia pandang ke luar. Gadis itu masih berangan! Tak tahu ke mi tu dah kembang! Nanti tak sedap! Nak kena tegur ni.
Baru sahaja berniat begitu, gadis itu bagai tersedar dari lamunannya dan terus membuka penutup mangkuk. Menggunakan penyepit, mi itu ditarik-tarik. Asap halus berkepul. Baunya tak dapat dihidu oleh Sehun sebab dia berada di dalam kedai yang bertutup dan berdingin hawa. Alangkah bagusnya kalau dia yang duduk di situ dan makan ramen panas tu.
YOU ARE READING
Random Malay FF
RandomAntara ff yang ditulis dari tahun 2013 sampai sekarang. harap maklum kalau penulisannya pelik sikit. asalnya semua unpublished sebab macam boring dan plot yg tiada hala tuju. ada yang unedited dan unbetaed. (because malas XD) prompt dan idea datang...